Latest Post

Majlis Pernikahan Lisa Surihani & Yusry KRU 23 Februari 2012

Written By LAILANATASHA on Friday, February 24, 2012 | 2:26 PM


(Gambar) Majlis Akad Nikah Lisa Surihani & Yusry KRU
Dengan sekali lafaz, Lisa Surihani sah menjadi isteri kepada Yusry KRU. Majlis akad nikah diadakan di Hotel Marriot , Putrajaya. LisaSurihani menerima seutas rantai platinum sebagai mas kahwin.
Majlis pernikahan mereka itu diadakan dengan berkonsepkan “Winter Garden”. Pihak pengantin perempuan menghantar 9 dulang hantaran dan dibalas oleh pihak lelaki sebanyak 7 dulang. Keyboard dan koleksi lagu Beetles merupakan antara hantaran Lisa Surihani buat Yusry.
Di bawah ini adalah koleksi gambar majlis akad nikah dan perkahwinan Lisa Surihani dan Yusry KRU yang diperolehi dari RotiKaya.com :
Majlis Akad Nikah Lisa Surihani & Yusry KRU
Gambar Majlis Akad Nikah Lisa Surihani & Yusry KRU
Gambar Majlis Akad Nikah Lisa Surihani & Yusry KRU
Gambar Majlis Akad Nikah Lisa Surihani & Yusry KRU
Lagi gambar boleh usha pada link dibawah :

BR1M SETIAP TAHUN UNTUK MEREKA YANG MENGHARGAI KERAJAAN BARISAN NASIONAL?

Written By LAILANATASHA on Thursday, February 16, 2012 | 10:24 AM

brimxx


Kalau hendak dibuat tafsiran pada jawapan Datuk Seri Najib Tun Razak  mengenainya, sekurang-kurangnya beliau tidak tutup pintu kata TIDAK. Ini bab cakap-cakap yang mengharap Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 dijadikan amalan tahunan kerajaan.
Jawab soalan mengenai kemungkinan itu semasa sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional di PWTC Kuala Lumpur Rabu malam, beliau berkata. "kita tengok dulu, sampai masa kita umumkan."
Kebelakangan ini pembangkang cuba spin pemberian BR1M kepada golongan berpendapatan kurang daripada RM3,000 adalah umpan kerajaan untuk memancing undi PRU13.
Ahad lalu Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal kata di Ipoh kerajaan BN yakin BR1M dapat diteruskan sekiranya ekonomi negara berkembang pesat.
Dalam sidang media itu Najib memberitahu kerajaan sedia melanjutkan tempoh rayuan BR1M yang akan tamat pada 15 Mac ini jika terdapat rayuan, bagi memastikan kesemua mereka yang layak memperoleh bantuan itu.
"Rayuan ini akan diteruskan sehingga 15 Mac akan datang, (tetapi) sekiranya ada lagi, kita sedia lanjutkan supaya bantuan ini sampai kepada mereka yang ditafsirkan layak," kata Perdana Menteri.
"BR1M adalah satu bentuk bantuan kaedah berkesan yang dihargai rakyat, dan sekiranya ada permohonan mereka tidak diluluskan tetapi mereka layak mendapat bantuan itu, mereka bolehlah membuat rayuan," katanya.
Mengenai Himpunan Hijau 2.0 yang akan diadakan di Kuantan, Pahang pada 26 Feb ini bagi membantah kilang Lynas , Najib berkata setiap pihak mempunyai hak untuk berhimpun mengikut Akta Perhimpunan Aman.
"Buat apa nak atasi (perhimpunan ini), masing-masing ada hak untuk berhimpun di bawah Akta Perhimpunan Aman, jadi berhimpunlah atas undang-undang yang sedia ada.
"Buat apa kita nak bertindak, kita ada program kita sendiri, kita punya perhimpunan pun lagi ramai, lagi besar. (Biarlah) dia buat hal dia, kita buat hal kita," katanya.
Ditanya mengenai desas desus Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah menyatakan hasratnya untuk tidak meletak jawatan, Najib berkata: "Tidak, belum dibincangkan lagi. (Jawatan menteri) ia adalah hak mutlak Perdana Menteri".
Najib juga memberitahu mesyuarat itu meluluskan tiga pertubuhan menjadi anggota bergabung BN - Gabungan Wawasan Generasi  Felda, Persatuan Bekas Anggota Kemas Malaysia dan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia.
Tiga pertubuhan itu merupakan antara 11 permohonan yang telah diterima oleh BN untuk menyertai gagasan itu sebagai anggota bergabung.
Najib berkata permohonan lapan lagi pertubuhan sedang diproses dan ditapis Jawatankuasa Pengurusan BN

SALAM MAULIDURRASUL

Written By LAILANATASHA on Friday, February 3, 2012 | 10:35 PM




Nama penuh: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf

Nama datuk: Syaibah bin Hรขsyim dikenal dengan nama ‘Abdul Muttalib

Bapa-bapa saudara:
• Al-Harith bin Abdul Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
• Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib

Nama Ibu susuan Rasulullah:
- Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
- Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin:
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun

Nama isteri-isteri Rasulullah:
1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
2. Saudah bt. Zam’ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah)
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10. Asma’ bt. al-Nu’man al-Kindiyah
11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
12. Zainab bin Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

Nama anak-anak Rasulullah:
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’
8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).[anak tiri Rasulullah]

Pengalaman bekerja Rasulullah:

* Semenjak kecil lagi, baginda telah menternak kambing dan berniaga membantu bapa saudaranya.
* Abu Talib telah membawa baginda ke Syam (Syria) bagi membantunya berniaga.
* Apabila baginda telah agak dewasa, baginda telah mula menjalankan perdagangan baginda sendiri secara kecil-kecilan dan menjalankan perniagaan dengan menggunakan modal orang lain kerana baginda sedar bapa saudaranya bukanlah terdiri daripada orang yang berada dan beliau terpaksa menyara sebuah keluarga yang besar.
* Ketika baginda berusia dua puluh lima tahun, baginda telah pergi ke Syam untuk kali kedua bagi menjalankan perniagaan Sayidatina Khadijah. Bukti Rasulullah adalah seorang ketua keluarga yang patut dicontohi: Rasulullah merupakan seorang yang pengasih.
* Sebagai seorang suami, baginda sering membantu isteri menjalankan urusan rumah seperti memasak, menampal pakaian yang koyak, memmbersih rumah dan menjaga anak.
* Sebagai seorang bapa, baginda memberi pendidikan agama yang secukupnya dan menjadi seorang contoh yang baik kepada anak-anak.

Gelaran Al-Amin: Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai sehingga baginda diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy.

Sifat-sifat terpuji Rasulullah:
- Berkata benar (siddiq)
- Boleh dipercayai (amanah)
- Penyampai ajaran Islam (tabliq)
- Bijaksana (fatanah)

kepimpinan Rasulullah disebalik peristiwa banjir di kota Mekah ketika Rasulullah berusia 35thn: Kota Mekah telah dilanda banjir kilat yang menyebabkan dinding kaabah pecah dan runtuh. Kaum Quraisy telah membina semula bahagian yang runtuh. Kemudian timbul perbalahan antara ketua kaum Quraisy yang berebut untuk mengangkat dan meletakkan Hajar Aswad di penjuru sebelah timur bangunan kaabah. Perbalahan ini hampir menimbulkan peperangan. Rasulullah telah menjadi hakim bagi menentukan kedudukan Hajar Aswad dan secara tidak langsung Rasulullah telah meleraikan perbalahan antara ketua kaum Quraisy.

Peristiwa Rasulullah menerima wahyu:
- Wahyu pertama diterima Rasulullah pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Ketika itu Rasulullah berusia 40 tahun.
- Wahyu tersebut diterima baginda di Gua Hirak al-Jabar Nur.
- Surah al-Alaq, wahyu pertama yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ”
- Wahyu kedua, surah al-Muddasir (ayat 1-7) diturunkan di Bukit Nur berhampiran Makkah.
- Wahyu kedua ini menandakan pelantikan baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah.

Tokoh-tokoh awal memeluk Islam:
• Zaid bin Harithah (anak angkat nabi)
• Ali bin Abu Talib (sepupu nabi berusia 10 tahun)
• Khadijah binti Khuwailid (isteri nabi dan orang pertama memeluk Islam)
• Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib)

wahyu pertama yg diterima oleh Rasulullah, masanya dan usia Rasulullah:
- Wahyu pertama iaitu dari surah al-Alaq yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ”
- pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Berusia 40 tahun.

Keadaan Rasulullah ketika menerima wahyu:
Pada suatu ketika sedang dia bertafakkur itu datanglah malaikat kepadanya, lalu berkata: “Bacalah!” (Iqra’). Lalu Rasulullah menjawab; “Saya tidak pandai membaca.” Lalu kata beliau: “Maka diambilnya aku dan dipagutnya sampai habis tenagaku. Kemudian dilepaskan¬nya aku dan dia berkata pula: “Bacalah!” Tetapi aku jawab: “Aku tidak pandai membaca!” Lalu dipagutnya pula aku sampai habis pula tenagaku.

Kemudian ditegakkannya aku baik-baik dan dikatakannya pula: “Bacalah!”, yang ketiga kali, lalu berkatalah malaikat itu: “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menjadikan,” sampai kepada ujung “Yang telah mengajarkan kepada manusia apa yang dia tidak tahu.” Setelah sampai pada ujung ayat tersebut malaikat itu pun ghaiblah dan tinggallah beliau seorang diri dalam rasa kengerian.

Lalu beliau segera pulang kepada isterinya Khadijah. Lalu beliau berkata: “Selimutilah aku, selimutilah aku.” (Zammiluuni, zammiluuni). Maka segeralah orang-orang dalam rumah menyelimuti beliau, sampai rasa dingin itu hilang. Lalu berkatalah beliau kepada Khadijah: “Hai Khadijah, apakah yang telah terjadi atas diriku ini?” Lalu beliau ceriterakan segala yang telah beliau alami itu, akhirnya beliau berkata: “Aku ngeri atas diriku
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger