Latest Post

JANDA PILIHAN SULTAN BRUNEI?

Written By LAILANATASHA on Friday, December 28, 2012 | 5:33 PM



Kehangatan isu istana Brunei yang dikhabarkan bakal berkahwin lagi mendapat perhatian meluas, baik warga Brunei itu sendiri mahu pun yang berada di luar Brunei.

Rata-rata dari komen yang diterima menyatakan rasa cinta dan sayang mereka kepada Sultan Brunei sebagai seorang raja yang penyayang dan perihatin kepada rakyat jelata. Terima kasih atas segala komen anda.

Bukanlah menjadi niat penulis menjadikan isu istana Brunei untuk menghina hasrat murni Sultan untuk mendirikan masjid. Jauh lagi untuk menyibuk rumahtangga orang. Penulis sekadar bertanya, benarkah baginda akan berkahwin lagi? Adakah cinta lama berputik kembali?.



Sudah barang tentu sebagai seorang individu yang tersohor di serata dunia seperti Sultan Brunei, krisis yang berlaku di istana sedikit sebanyak pasti menjadi perhatian rakyat. Sedangkan selebriti yang tak berapa terkenal pun kekadang kita sibuk nak tahu perkembangannya, inikan pula baginda.  Sebagaimana rakyat Brunei, penulis juga ada mengikuti cerita-cerita tentang istana Brunei, terutamanya tentang kekayaan baginda yang melimpah ruah. Kaya tapi berjiwa penyayang. Memang hebat.

Pun begitu, penulis juga perihatin kepada nasib janda-janda yang kehilangan punca dan nakhoda untuk terus melayari bahtera kehidupan. Penulis hanya tumpang gembira sahaja jika benar janda tersebut bakal menduduki tahta Brunei. Bertuahlah badan!!.

Meminjam sebuah lagu nyanyian Mat Sentul, "Kalau Sudah Suka, Tak Kira Tua Ke Muda, Tua Sama Tua, Yang Muda Samalah Muda, Orang Lain Pilih Dara, Aku Pilih Janda Muda, Ini Bukan Sebarang Janda, Janda Muda Ada Bende". 

Tapi kenapa janda? Betul...hak individulah nak berkahwin dengan siapa pun. Tambah-tambah jika orang tersebut berkedudukan dan berharta. Namun bukankah ramai lagi anak dara di luar sana yang boleh menandingi si janda dari segi paras rupa dan layanan. Apatah lagi anak dara Brunei yang tak kurang cantiknya.

Baca seterusnya di sini

JANDA VVIP AKAN JADI ISTERI SULTAN BRUNEI?

Written By LAILANATASHA on Wednesday, December 26, 2012 | 10:00 PM




Nampaknya Sultan Brunei masih tercari-cari pengganti pengubat hati yang masih perit akibat perpisahan Baginda dengan isteri yang ke tiga, Azrinaz Mazhar Hakim Mazhar. Belum pun reda dengan berita perpisahan mengejut ini, rata-rata rakyat Malaysia tertanya-tanya kenapa dan mengapa boleh bercerai ? Apakah Azrinaz menolak tuah atau Sultan Brunei tersalah langkah ?

Kini gempar di Brunei dengan berita bahawa Sultan Brunei bakal gantikan tempat kedua isterinya yang diceraikan. Isteri kedua juga diceraikan bersama dengan Azrinaz. Jadi sekarang Sultan Brunei hanya mempunyai seorang isteri iaitu Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.

Sultan Brunei amalkan petua orang tua-tua, jangan ceraikan yang pertama kiranya nak kawin lagi, yang pertama tu "punca rezeki".

Gempar rakyat bukan sebarang gempar, gempar kini membawa angin yang kurang segar, angin rakyat mula kecewa, angin rakyat berbaur persoalan ;

* kenapa Sultan Brunei yang mereka sayangi memilih BUKAN rakyat mereka ?
* kenapa tergesa-gesa memilih calon isteri (akibat tidak buat penelitianlah maka terjadinya penceraian)
* kenapa pilih ISTERI ORANG ? (janda akibat orang ke 3)

Rakyat Brunei sayangkan Rajanya, sayangkan Sultannya, sudah berkali Sultan mereka kecewa, remuk hati bukan kepalang bila Istana yang dibina rupanya Istana Pasir, sekali ombak menderu, Istana yang disangka teguh rupanya hanyut, hancur berkecai.

Rakyat Brunei tumpang sedih dan kecewa, mereka masih merasa bahang dan bau kari di tangan kenduri besar-besaran Sultan mereka dengan personaliti TV3 dari Malaysia, masih berbahang menyambut kelahiran anak Baginda dengan Azrinaz, tiba-tiba ledakan lafaz cerai bergema di umumkan oleh Pengiran Penggawa Laila Bentara Istiadat Diraja Dalam Istana, Pengiran Abu Bakar.

Baca seterusnya di  SINI

"Dap Singapore" Ajar Cybertrooper Anwar

Written By LAILANATASHA on Tuesday, December 4, 2012 | 9:55 PM



Perang Maya makin hebat, makin mendapat tempat, makin sengit dengan pelbagai kaedah dan platform yang digunapakai.

Disaat ini, siapa yang menguasai semua medium atau platform maka merekanlah yang akan mengatasi pihak lawan. Pakatan haram memang terkenal dengan strategi kotor perang cyber sejak sebelum PRU12, walhal ketika itu Malaysia masih baru dalam dunia siber dan tak ramai yang membaca menggunakan internet malah penulis maya amat kurang.

Penggunaan Blog, Facebook, Twitter, Friendster dan sebagainya amat ketara ketika ini dan setiap medium atau platform mempunyai pengikut tersendiri malah ianya diberi penambahbaikan setiap masa bersesuaian dengan peningkatan kelajuan teknologi masakini.

Kadar pembaca internet atau maya sudah bertambah, berbillion pembaca malah di Malaysia, pengguna Facebook sendiri melebihi 9 juta orang;


Kalau sebelum PRU12, pakatan haram menguasai perang siber, kini setelah PRU12, jentera maya BN mula menguasai alam siber dan peralihan pembaca mula ketara ke arah mencari kebenaran bukan lagi fitnah dan adu domba.

Pembaca bijak menilai yang mana fakta dan yang mana rekayasa dan fitnah. Keadaan ini menyebabkan pasukan maya pakatan haram mula mengambil langkah drastik, menambah bilangan jentera dan mendapat khidmat tenaga pengajar dari luar Malaysia. Khabarnya pakatan haram mula impot tenaga pengajar dari negara jiran, Singapura yang kononnya lebih advance dan telah diuji di pilihanraya mereka tahun lepas. 

Walaupun parti pemerintah menang dan hilang sejumlah kerusi tanpa dijangka namun taktik dan teknik yang mereka uji ternyata berkesan terutama "perang gerila" yang medannya adalah bandar bukan kampung.

Jumlah pembaca internet majoritinya dari bandar kerana kemudahan rangkaian "broadband" atau jalur lebar serta kelajuan akses. Itu semua kriteria penting dalam menentukan berita atau maklumat dapat sampai tepat pada waktu atau "realtime" menjadikan setiap berita lebih dicepat sampai kepada pembaca.

Pembaca maya lebih suka berita terkini kerana mereka boleh akses dimana saja dengan adanya kemudahan telepon mudahalih atau "smart phone" yang mana mereka tidak lagi perlu buka komputer riba atau komputer meja. Akses di mana saja, bila-bila masa.



Pakatan haram dilihat amat terdesak kerana terpaksa minta bantuan kononnya pakar dari Singapura dalam menguruskan jentera maya dan gambar di atas adalah sebahagian latihan jentera maya mereka yang mana kursus sebegini dibuat dari masa ke semasa. Malah mungkin Dap yang cadangkan agar menggunakan dan membayar tenaga pengajar dari Singapura kerana kedengaran angin kencang bertiup bahawa Dap telah membuka pejabatnya di Singapura.

Lim Guan Eng khabarnya telah membuka pejabat Dap di sana supaya mereka senang berurusan "menyerang" kedudukan Kerajaan BN dari sana. Terbaru isu kapal selam yang mana peguam dari Perancis mengadakan taklimat langsung kepada barisan kepimpinan dan juga jentera siber mereka di sana.

Pakatan haram menggunakan strategi menyerang dari luar Malaysia kerana mereka beranggapan undang-undang Malaysia tidak mampu melangkaui sempadan negara lain. Apatah lagi undang-undang maya amat berbeza antara negara.

Persoalan yang timbul, apakah rancangan sebenar pakatan haram kiranya mereka menang PRU13 ?
- Apakah Singapura akan masuk kembali dalam Malaysia ?
- Apakah strategi jumlah kerusi parlimen cina Singapura bakal menjadikan jumlah kerusi Melayu bakal berkurangan akan memberi kelebihan kepada Dap yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri ?
- Lee Kuan Yew pernah berkata, sebelum matanya tertutup rapat, beliau ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Persoalannya kalau Singapura pakar dalam "cyberwar" kenapa parti PAP pimpinan Lee Kuan Yew merudum ? malah lebih teruk, kenapa lantik dan bayar pensyarah dari Malaysia untuk mengajar mereka bagaimana menulis blog ?

Anwar dilihat terdesak dalam usaha menjalinkan hubungan dengan Singapura, ada sumber mengatakan Anwar terpaksa kerana cerita moralnya banyak dalam genggaman pasukan risik Singapura. Adakah wujud unsur ugutan terhadap Anwar yang menyebabkan "team Singapura" bebas memandu jentera PRU13 mereka ?


 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger