Latest Post
Showing posts with label Exslusif. Show all posts
Showing posts with label Exslusif. Show all posts

Diamond rings of ex-wife of Sultan of Brunei sold to pay gambling debts

Written By LAILANATASHA on Thursday, February 13, 2014 | 12:59 PM


Fatimah Lim, 35, a former personal assistant and bodyguard of Mariam Aziz, ex-wife of the Sultan of Brunei, is on trial in Britain for stealing three diamond rings worth RM65.65 million.
She is alleged to have done so in order to pay off a 5 million pounds (RM27.35 million) debt to five London casinos, as reported by The Straits Times.
"I had the idea of getting the diamond rings and selling them off to pay my debts - my intention was to get the diamond rings back after paying my debt," Lim said in her statement to Brunei police.
Lim, a 2002 Commonwealth Games silver medallist badminton player for Singapore, is also said to have covered the theft by replacing the rings with glass replicas.
Lim was arrested in Brunei in January 2010.
During the trial at Isleworth Crown Court in London last Friday, Lim claimed Brunei officers changed her statement to shift the blame for the loss of the gems away from her former boss and the Bruneian royal family.
She claimed she was told to sell the rings to pay off Mariam's gambling debts.
But reports in the British media said Lim herself chalked up a huge debt at top London casinos.
Mariam had admitted in the London court that she sold jewellery to pay off 1 million pounds (RM5.4 million) in gambling debts after a spree at a string of London casinos.
The London court heard that Lim twice asked Mariam's adopted daughter Afifa Abdullah if she could borrow a 12.71 carat blue diamond worth 7.6 million pounds (RM41.5 million), and a 27.1 carat yellow diamond worth 600,000 pounds (RM3.2 million), as collateral on a property deal.
After she got the two diamond rings, she took them to Edwin Solomon, a jeweler, and got them sized and photographed before returning them to Afifa, Lim is said to have told Brunei police.
The ex-shuttler also showed Solomon a forged letter stating that the jewels were a gift from Mariam to her mother as a gesture of appreciation for 28 years of service as her personal assistant, the British court heard.
Mariam refuted this and told the court that Lim's mother had never worked for her.
She is said to have sold the real diamonds to a Swiss dealer for 4.3 million pounds (RM23.5 million).
When the fakes were eventually discovered by Mariam, The Independent reported that Lim sent a text message to Mariam's nephew, saying: "I truly regret what I have done. I really do. Please tell (Mariam) to give me a chance to repent. I can't be behind bars. I am the breadwinner for two families."
The criminal trial is a sequel to the civil suit in 2012 in London which Mariam won against Lim for the loss of the jewellery. The court in the civil case had found Lim liable for the losses and had ordered her to repay Mariam S$7.88 million (RM20.7 million).
Mariam Aziz, 57, the former wife of the Sultan of Brunei Hassanal Bolkiah, is a former air-hostess of Bruneian, Japanese and Scottish ancestry. She was married to the Sultan for 22 years before their divorce in 2003. They have four children, and remain on good terms, according to British newspaper The Independent.
Fatimah Kumin Lim, 35, is a former Singapore national badminton player who played professionally from 1994 to 2002. She won a doubles silver medal with teammate Jiang Yanmei at the 2002 Commonwealth Games.
She quit the sport in December 2002 at the age of 24 because of persistent knee injuries
In 2003, Lim went to Brunei where she was hired as Mariam's badminton coach, before becoming her bodyguard.

-malaysian insider

Kehilangan Bayi Kembar Angkara Doktor Pelatih?

Kisah sedih ibu muda, hilang bayi kembar serentak

Ibu mana yang tidak gembira apabila mendapat tahu bayi pertama yang dikandungnya adalah kembar.

Persiapan sudah dilakukan, bahkan barang keperluan termasuk baju baharu untuk menyambut kelahiran pasangan bayi berkenaan sudah dilakukan.

Namun, kegembiraan seorang ibu muda di sini bertukar menjadi saat menyedihkan apabila seorang daripada bayinya meninggal dunia selepas dilahirkan, manakala seorang lagi disahkan meninggal dunia sebelum sempat dilahirkan.

Semuanya dikatakan berpunca daripada perkhidmatan sebuah hospital di daerah ini yang didakwa tidak cekap sehingga mengakibatkan Sharifah Kalsum Syed Abu Bakar, 22, lewat menerima rawatan, sebelum terpaksa menjalani pembedahan secara tergesa-gesa.

Sharifah Kalsum berkata, kejadian bermula kira-kira 2.30 petang 14 Januari lalu apabila dia ke hospital itu selepas terasa sakit hendak bersalin.

“Saya rasa sakit di pinggang dan berlaku kontraksi. Waktu di bilik bersalin, tiada doktor pakar, hanya doktor pelatih sahaja.

“Saya merayu kepada jururawat supaya percepatkan proses kelahiran, tapi doktor memberitahu, pembukaan di pangkal rahim saya ketika itu hanya dua sentimeter menyebabkan saya dimasukkan ke wad biasa," katanya yang kemudian diberikan ubat tahan sakit sebelum terlena.

Menurutnya, keesokan harinya, dia sekali lagi memanggil jururawat kerana berasa seperti mahu bersalin.

“Saya sudah tidak bermaya untuk menahan sakit, tetapi jururawat menjawab dengan kurang sopan, malah seolah-olah memerli saya," katanya.

Sharifah Kalsum berkata, antara jam 6.30 dan 7 petang pada 16 Januari, dia dikejutkan jururawat bertugas untuk melakukan pemeriksaan cardiotopograph atau CTG untuk mengesan kadar degupan jantung bayi.

"Ketika itu, saya mendengar degupan jantung sebelah kanan, manakala sebelah kiri tiada apa-apa reaksi atau bunyi degupan jantung.

“Jururawat itu tidak maklumkan apa-apa sehingga jam 7.30 pagi, seorang doktor memeriksa saya. Ketika doktor periksa sekali lagi kira-kira 15 minit kemudian, degupan jantung bayi kiri sudah tiada menyebabkan doktor meminta saya ke bilik bersalin kira-kira 8.30 pagi," katanya.

Katanya, dalam keadaan panik, seorang doktor meminta pembedahan kecemasan segara dijalankan bagi menyelamatkan bayinya.

Menurutnya, kira-kira 10.05 pagi, bayi pertama yang masih hidup dikeluarkan, namun seorang lagi sudah meninggal dunia ketika dikeluarkan seminit kemudian.

"Bayi pertama berat 2.33 kilogram (kg) manakala yang kedua 2.07 kg. Pada mulanya saya ingat bayi pertama yang dikeluarkan berjaya diselamatkan, namun kira-kira 12 tengah hari, suami memberitahu bayi kami itu juga sudah meninggal dunia," katanya.
Bayinya itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Melang selepas solat Asar.

Sementara itu, suami Sharifah Kalsum, Muhd Azmi Hashim, 30, berkata, dia kecewa dengan sikap kakitangan hospital terbabit sehingga menyebabkan nyawa anaknya tidak dapat diselamatkan.

Malah, katanya, dia juga kesal kerana pihak hospital belum menjelaskan punca kematian pasangan kembar itu.

“Saya hanya mahu tahu punca sebenar kematian bayi kembar saya. Itu sahaja,” katanya yang sudah membuat laporan di Balai Polis Melang
-sinarharian

Pengasas Facebook Yang Dermawan

Written By LAILANATASHA on Tuesday, February 11, 2014 | 3:57 PM



Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg dan isterinya, Priscilla Chan, adalah antara dermawan Amerika Syarikat paling pemurah pada 2013, dengan sumbangan 18 juta stok saham rangkaian media sosial itu, bernilai lebih AS$970 juta (RM3.2 bilion) kepada Silicon Valley Disember lalu.

Laporan The Chronicle of Philanthropy semalam menyatakan sumbangan Zuckerberg adalah pemberian kebajikan terbesar dalam rekod awam pada 2013 dan meletakkan pasangan muda itu di tempat teratas senarai 50 orang paling pemurah di Amerika pada 2013 majalah berkenaan.



Lima puluh pemberi utama membuat sumbangan berjumlah AS$7.7 bilion (RM25 bilion) tahun lalu, termasuk janji sebanyak AS$2.9 bilion (RM9.67 bilion).




Editor majalah itu berkata, fakta paling penting daripada senarai adalah jumlah wang yang diperoleh daripada penyumbang masih hidup, berjumlah hampir sama dengan dengan dua tahun terdahulu digabungkan.

Petanda ekonomi baik

“Ia adalah petanda pasti ekonomi semakin baik dan orang ramai semakin kurang berhati-hati,” kata Stacy Palmer.

Sebahagian penderma terbesar negara itu tiada dalam senarai 2013, bukan disebabkan mereka tidak lagi bermurah hati tetapi kerana sumbangan pada 2013 merangkumi seperti dijanjikan tahun sebelumnya.
Sebagai contoh, pengasas bersama Mircosoft, Bill Gates dan isterinya, Melinda, memberikan sumbangan kepada yayasan mereka lebih sedikit daripada AS$181.3 juta (RM604 juta) tahun lalu, tetapi menunaikan janji menyumbang kira-kira AS$3.3 bilion (RM11 bilion) yang dibuat pada 2004.

Pengasas CNN, Ted Turner dan pengerusi Berkshire Hathaway, Warren Buffett, juga memberikan sumbangan besar sebagai menunaikan janji yang dibuat sebelumnya.

Ia memerlukan sumbangan sekurang-kurangnya AS$37.5 juta (RM124 juta) untuk memasuki senarai tahun ini. Empat puluh dua daripada 50 penyumbang utama menderma sebanyak AS$50 juta (RM166 juta) atau lebih.

Tiga puluh daripada mereka memberi sumbangan kepada kolej dan universiti, tetapi Palmer menyatakan kebanyakan sumbangan kepada kolej disalurkan kepada penyelidikan dan sains tahun ini, bukan kepada pembangunan, seperti tahun lalu.

Sepuluh daripada 50 penyumbang memasuki senarai kerana wasiat selepas kematian mereka, termasuk penderma kedua terbesar 2013, George Mitchell, yang mengumpul kekayaan hasil pembabitan dalam tenaga dan hartanah.

Beli geran

Di tempat ketiga ialah pengerusi Nike, Philip Knight dan isterinya, Penelope, dari Oregon yang memberi geran AS$500 juta (RM1.6 bilion) kepada penyelidikan barah Yayasan Kesihatan & Sains Universiti Oregon.
Sementara di tangga keempat senarai dermawan ialah bekas Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg, yang menyumbang AS$452 juta (RM1.5 bilion) kepada seni, pendidikan, persekitaran, kesihatan awam dan perkara lain. –AP

Halal Haram Pembedahan Plastik

Bedah plastik dari perspektif Islam

PEMBEDAHAN kosmetik atau pembedahan plastik terbahagi kepada dua:

i. Merawat rupa luaran manusia disebabkan kecacatan semula jadi.

ii. Mengubah atau menambahkan kecantikan luaran atas kehendak nafsu.

Hukum prosedur pembedahan plastik bergantung kepada niat dan tujuan ia dilakukan.


Diwajibkan

Prosedur untuk menutup luka, memperbaiki bekas luka parah atau menampal kulit kesan terbakar pada wajah dan bahagian anggota yang boleh dilihat.


Diharuskan

Bertujuan menyempurnakan atau mengembalikan fungsi tubuh sebagaimana yang sepatutnya dan membaik pulih kecacatan anggota tubuh.


Diharamkan

Mengubah ciptaan ALLAH SWT seperti menukar alat kelamin, warna kulit, bentuk wajah dan sebagainya.

Nas mengharamkan pembedahan plastik bertujuan selain kesihatan adalah berdasarkan firman ALLAH SWT:

"Apa yang mereka sembah selain dari ALLAH itu, hanyalah berhalaberhala dan mereka tidak menyembah melainkan syaitan, yang dilaknat ALLAH dan yang telah mengatakan:

“Demi sesungguhnya, aku akan mengambil dari kalangan hamba-hambaMu, bahagian tertentu (untuk menjadi pengikutku).

“Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka dan sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan ALLAH”.

Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari ALLAH, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata." (Surah Al-Nisa, Ayat 117 hingga 119)

Terdapat juga hadis menyebut:

“Rasulullah melaknat perempuan yang mentatu dan minta ditatu, dan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya.” (Hadis Riwayat al-Tabrani)

-sinarharian

Pokok Petai "Menangis"

Misteri pokok petai 'menangis'

Sebatang pokok petai yang didakwa mengeluarkan bunyi seakan-akan tangisan kanak-kanak menggemparkan lebih 300 penduduk di Kampung Binjai, Bunut Susu di sini.

Pokok setinggi 10 meter itu yang terletak di laluan utama kampung berkenaan turut didakwa mengeluarkan air seolah-olah air mata.

Penduduk Kampung, Abdul Razak Manaf, 57, berkata, kejadian itu mula berlaku pada malam Jumaat lalu dan berlarutan sehingga semalam.

“Saya menyedari kejadian pelik ini pada jam 3 pagi dan mulanya menyangka ia adalah tangisan anak kecil jiran sebelah rumah.

“Selepas bertanyakan perkara tersebut kepada jiran, saya diberitahu tiada tangisan yang berlaku pada malam itu,” katanya.

Menurutnya, bagaimana pun tangisan itu berulang kembali pada malam berikutnya.

Abdul Razak berkata, disebabkan perasaan ingin tahu yang menebal dia mengambil keputusan untuk mengesan bunyi tangisan itu.

“Saya terkejut apabila mendapati ia datang dari sebatang pokok petai yang terletak kira-kira 30 meter dari rumah.

“Kejadian pelik itu turut didengari oleh jiran yang tinggal berhampiran dengan pokok berkenaan dan selepas itu perkara tersebut menjadi bualan penduduk kampung sehingga tempat ini menjadi tumpuan orang ramai,” katanya.

Menurutnya, bukan itu sahaja ada beberapa penduduk telah mengambil air yang didakwa air mata pokok petai berkenaan untuk tujuan perubatan.

Katanya, air tersebut digunakan untuk merawat penyakit antaranya strok, kulit dan sebagainya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk Ismail Loman, 58, berkata, tangisan tersebut dapat didengari bermula jam 12 tengah malam dan ke atas.

“Kejadian itu cukup menghairankan penduduk dan ia merupakan kejadian aneh pertama di kampung berkenaan sejak menetap di kawasan itu 13 tahun lalu,” katanya.

Terdapat kesan air yang didakwa air dari pokok berkenaan di atas jalan.

Misteri kejadian itu telah menarik puluhan orang ramai untuk hadir bagi menyaksikan sendiri fenomena pelik tersebut secara lebih dekat.

Sementara itu Pengamal Perubatan Islam, Datuk Shamsuri Shafie berkata, kejadian tersebut berkemungkinan besar mempunyai kaitan dengan makhluk halus.

Beliau yang juga Pengasas Pusat Rawatan Islam Al-Tobibi berkata, berdasarkan kejadian yang sama pernah berlaku di sini beliau yakin kawasan tersebut pernah menjadi tempat pemujaan dan membuang barang-barang berkaitan makhluk halus.

“Saya menasihatkan orang ramai supaya tidak terlalu taksub dengan kejadian tersebut.

“Sepertimana dakwaan yang mengatakan pokok petai itu mengeluarkan air mata, saya berharap orang ramai tidak terpengaruh sehingga terlalu taksub dengan air tersebut.

“Ini kerana ia jelas bertentangan dengan ajaran agama Islam,” katanya ketika dihubungi.

Berdasarkan laporan berita sebelum ini, kejadian sama pernah berlaku di Pulau Pinang, dan beberapa tempat di negeri sebelah utara.

Jika dipertimbangkan faktor tiupan angin, pokok-pokok tinggi seperti pokok petai ini biasanya akan mengeluarkan bunyi seakan-akan suara tangisan jika ditiup oleh angin.

Oleh itu, kemungkinan pokok petai berkenaan yang mengeluarkan bunyian itu ada kaitan dengan faktor alam semula jadi.

Manakala menurut sumber Jabatan Pertanian Pulau Pinang, 'air mata' yang keluar dari pokok dipercayai berlaku kerana serangga riang-riang jantan akan kencing setiap lima hingga enam saat ketika dalam proses mengawan terutama pada musim kemarau.

“Kemungkinan besar air yang turun seperti hujan renyai-renyai dari pokok petai ialah air kencing riang-riang terutama jika ia berkumpul dalam jumlah yang banyak kerana ia serangga bermusim,” katanya.

Namun begitu ada segelintir penduduk kampung kawasan kejadian tidak percaya pokok petai menangis disebabkan serangga riang-riang kerana beranggapan ‘air mata’ itu mempunyai khasiat tertentu.


-sinarharian

Fasha Raikan Harijadi Anak Tiri

Written By LAILANATASHA on Thursday, January 9, 2014 | 3:54 PM

GAMBAR: Fasha Sandha Rai Hari Jadi Anak Tiri


Rizal Ashram Ramli dan pelakon Fasha Sandha meraikan  sambutan  harijadi secara kecil-kecilan di sekolah Rayqal.

Ia turut disertakan dengan ayat:

“#repost from @rizalashramrnt . Happy birthday Sayang. You’re 5years old today. Semoga membesar menjadi anak yang soleh kepada daddy and mummy Qal, juga kepada Aunty Fasha dan semua yang menyayangi Qal. We love you. #putrarayqalramli.”

Beberapa gambar sambutan hari lahir Rayqal ini di instagram Fasha.
GAMBAR: Fasha Sandha Rai Hari Jadi Anak Tiri
GAMBAR: Fasha Sandha Rai Hari Jadi Anak Tiri
GAMBAR: Fasha Sandha Rai Hari Jadi Anak Tiri
GAMBAR: Fasha Sandha Rai Hari Jadi Anak Tiri
Kredit: Instagram Fasha Sanda

Asia’s Next Top Model: Dua Model Malaysia Terpilih

antm


Jika pada musim pertama, peserta dari Thailand, Jessica Amornkuldilok berjaya dinobatkan sebagai pemenang program pencarian model Asia’s Next Top Model (ANTM), memasuki musim kedua, dua model dari Malaysia terpilih mewakili negara kita iaitu Josephine Yee dan Sheena Liam bersama 14 peserta dari seluruh Asia yang lain. Adakah kedua-dua wakil Malaysia ini berjaya menggondol gelaran juara ANTM musim kedua?


Pada musim pertama ANTM, hanya seorang peserta Malaysia yang terpilih iaitu gadis kelahiran Ipoh, Melissa Th’ng namun Melissa tidak berjaya menempatkan diri ke pusingan akhir ANTM.

ANTM sudah pun mula bersiaran di Astro Star World bermula semalam dan dihoskan oleh Nadya Hutagalung.

Salah Diagnos Hamil Gadis Bakal Saman Malu

Written By LAILANATASHA on Saturday, January 4, 2014 | 3:02 PM

Trauma Dituduh Hamil Luar Nikah

Seorang gadis trauma dan menanggung malu susulan tindakan Hospital Langkawi (HL) di sini, yang didakwa cuai mengendalikan pemeriksaan ke atasnya sehingga menyebabkan dirinya dituduh mengandung anak luar nikah.

Siti Nor Hidayah Abdul Rahman, 23, berkata dia kecewa dengan tindakan doktor yang merawatnya ketika itu yang menuduhnya mengandung anak luar nikah sedangkan berlaku kesilapan pada ujian dijalankan.

Justeru, Hidayah yang bekerja di sebuah hotel di sini, menuntut HL memohon maaf atas kecuaian dilakukan sehingga menyebabkan maruahnya tercemar dan dia tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang.

Mengulas kejadian itu, beliau berkata, pada 24 Disember lalu, dia ke Klinik Kesihatan Kuah, di sini, bagi merawat kesakitan dialami pada bahagian kanan perut, sebelum dirujuk kepada seorang doktor.

Katanya, hasil pemeriksaan, doktor terbabit memaklumkan ada sedikit masalah pada ovari kanannya yang dikesan lebih besar berbanding saiz di sebelah kiri dan doktor berkenaan mengesyaki mungkin disebabkan bengkak, sebelum dia diberikan ubat.

Pada masa sama, doktor terbabit turut mengambil sampel darahnya, sebelum dia dibenarkan pulang tetapi selepas seminggu, kesakitan itu masih dirasai.

Rujuk pakar sakit puan

“Pada 31 Disember, saya sekali lagi ke klinik sama, sebelum dirujuk kepada pakar sakit puan di HL.

“Saya menjalani ujian imbasan pada perut dan ujian air kencing di Unit Kesihatan Ibu dan Anak, sebelum doktor memberitahu ada masalah pada saluran kencing, namun puncanya tidak dapat dikenal pasti.

“Saya dimasukkan ke wad dan keesokan harinya jam 10 pagi, tiga pegawai Pejabat Agama Islam Daerah Langkawi (PAIDL) datang menemui dan bertanyakan pelbagai soalan tidak masuk akal.

“Paling mengejutkan, pegawai terbabit menuduh saya mengandung anak luar nikah. Ketika itu, jiwa saya luluh dan dunia rasa gelap, apatah lagi kata-kata pegawai terbabit turut didengar pesakit lain dalam wad sama,” katanya.

Hidayah berkata, ketika soal siasat dilakukan, beliau beberapa kali cuba meminta penjelasan jururawat dan doktor mengenai status ujian air kencingnya yang dikatakan positif mengandung, tetapi tidak dilayan kakitangan terbabit.

Perlu siasatan lanjut

“Saya tertekan apabila pegawai agama itu menyerahkan notis supaya hadir di PAIDL untuk siasatan lanjut dan meminta saya berdiam diri.

“Saya hanya menangis dan kemudian meminta ujian air kencing kali kedua dilakukan,” katanya.

Hidayah berkata, hasil ujian kedua itu menunjukkan beliau tidak mengandung dan dibenarkan pulang selepas tiga hari berada di wad.

“Saya rasa difitnah dan dianiaya secara melulu sehingga menjatuhkan maruah sebagai gadis yang belum berkahwin. Saya mahu mereka memohon maaf dan kini berbincang dengan keluarga untuk mengambil tindakan undang-undang,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Hospital Langkawi, Dr Mansor Ismail, ketika dihubungi berkata pihaknya sedang menyiasat kes itu dan berjanji mengambil tindakan sewajarnya jika aduan itu benar.



Sumber: Berita Harian
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger