Latest Post
Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Rombakan Kabinet Perkara Biasa, Bukan Isu

Written By LAILANATASHA on Thursday, February 20, 2014 | 1:00 PM


Perletakan jawatan Waythamoorthy sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri disambut baik oleh rakyat.  Perlantikan beliau sejak dari awal menimbulkan kontroversi dan ketidakpuasan hati banyak pihak.   Kegagalan beliau menjalankan tugas dan lebih banyak memberi masalah kepada kepimpinan membuktikan bahawa perlantikannya adalah satu kesilapan sepertimana yang khuatiri rakyat. 

Sesungguhnya, Malaysia bersyukur kerana beliau telah meletakkan jawatan dan tidak lagi ‘menyumbang’ kepada pembaziran negara.  

Dengan perkembangan terbaru ini, rombakan kecil kabinet pastinya perlu dilakukan. Untuk itu, kepimpinan juga dijangka menunggu keputusan Mesyuarat Luar Biasa MCA yang bakal berlangsung pada 23 Februari ini, berkenaan jawatan kabinet yang telah ditolak oleh parti itu berikutan prestasi buruk dalam PRU-13. 

Sekiranya MCA membuat keputusan untuk menerima semula jawatan kabinet, maka Datuk Seri Liow Tiong Lai dilihat sebagai personaliti paling layak untuk jawatan Menteri Pengangkutan yang kini dipangku oleh Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Hishamuddin.  Liow Tiong Lai telah memenangi PRU-13 dengan ‘bergaya’ di kala hampir keseluruhan jentera partinya ‘kaku’. 

Jawatan Waythamoorty pula dijangka akan dibuka kepada personaliti dari MIC demi kesinambungan perjuangan membela kaum India. 

Selain dua jawatan ini, tidak ada sebarang perubahan besar serta tiada sebarang penambahan jumlah anggota kabinet dijangka berlaku. 

Rombakan kabinet adalah perkara biasa apabila berlaku perubahan dalam pentadbiran. Justeru, tiada apa-apa yang pelik mahupun petanda buruk mengenai rombakan ini, seperti yang cuba digambarkan oleh sesetengah pihak. 


Misi #LangkahKajang Bakal Menjadi Kubur Buat Anwar


Walaupun Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim mengatakan dia penuh yakin akan mampu mempertahankan Dun Kajang, namun ramai yang merasakan kenyataan tersebut hanyalah sekadar untuk menenteramkan kegusaran yang sedang melanda dirinya.

Ini kerana, di dalam sejarah pilihan raya berbagai kemungkinan boleh terjadi. Tiada seorang pun boleh memberikan jawapan yang pasti, kerana semuanya terletak di tangan pengundi yang akan menentukan siapa yang ingin mereka pilih.

Sekiranya dilihat kepada gerakan kempen agresif yang dilakukan oleh Anwar di Kajang, sudah cukup membuktikan bahawa Ketua Pembangkang itu pada hakikatnya bimbang sekiranya dia di tolak oleh pengundi di Kajang.

Walaupun secara rasminya tempoh berkempen masih belum bermula, namun kelibat Anwar yang hampir saban hari berada di Kajang turut menguatkan lagi andaian tersebut.

Malah mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir ketika ditanya pemberita baru-baru ini mengatakan Barisan Nasional hanya mempunyai peluang 50-50 di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang pada 23 Mac ini.

Tambahan pula Anwar pada ketika ini sedang berhadapan dengan protes dalaman oleh pengundi pakatan sendiri PR secara besar-besaran di Kajang yang berkemungkinan akan menjadi faktor utama dia tewas pada PRK itu nanti.

Ramai yang melihat sabotaj dalaman parti terutamanya dari pengundi Pas yang berterusan dan masih belum menemui jalan penyelesaian, boleh menyebabkan Anwar tersungkur kerana mereka merasakan PRK ini adalah merupakan medan perjuangan untuk memenuhi agenda peribadinya.

Pas sebelum ini dengan tegas mengatakan hanya memberikan sokongan untuk Anwar bertanding dan bukannya untuk membolehkan dia menduduki kerusi menteri besar. Malah faktor golongan profesional juga tidak boleh dinafikan mampu memainkan peranan penting bagi menewaskan Anwar.

Ini kerana sebagai golongan profesional yang punyai pengalaman, sudah pasti mereka mampu melihat bagaimana rakusnya Anwar yang sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi cita-cita politiknya.

Dengan kemasukan calon bebas di kalangan mereka yang pernah menjadi sahabat Anwar, sudah pasti akan merancakkan PRK pada kali ini sekali gus menyebabkan pengundi pakatan yang marah, memilih untuk memberikan undi kepada calon Bebas.
Itu belum lagi diambil kira para penyokong Azmin yang marah dengan tindakan Anwar dan Khalid yang jelas menjadikan gerakan #LangkahKajang ini untuk membunuh karier politiknya.

Kesimpulannya sekiranya semua faktor-faktor yang dinyatakan tadi diambil kira dan berjaya di realisasikan, sudah pasti ia mampu membuka peluang untuk BN/Umno merampas kembali kerusi Dun Kajang.


#LangkahKajang Gerakan Membunuh Politik Azmin Ali


Ramai yang tidak terkejut dengan kenyataan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim baru-baru ini yang menyatakan hasratnya untuk bertanding jawatan Presiden parti itu Mei depan.

Dalam wawancaranya dengan The Ant Daily, Anwar dilaporkan berkata, sejak setahun lalu isterinya (Wan Azizah) telah menyatakan hasratnya yang ingin bersara bagi menumpukan perhatian bersama Anwar dan cucunya.

Perkara itu juga turut dinyatakan oleh Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail yang mengesahkan Anwar akan bertanding jawatan tersebut dalam pemilihan parti itu bermula 25 April dan berakhir pada 11 Mei ini.

Menurut pemerhati politik, selain mengukuhkan kuasanya tindakan tersebut sebenarnya bertujuan untuk mengekang pengaruh politik Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang semakin melebar.

Malah desas-desus mengenainya semakin hebat diperkatakan melalui kenyataan dan tindakan Azmin yang dilihat begitu agresif menyerang semua ‘orang-orang’ dari kem Azizah sehingga memeningkan Anwar.

Ahli parlimen Gombak itu sebelum ini dilihat cuba merebut kuasa pentadbiran negeri Selangor dengan keputusan yang dibuat oleh MPP Pusat yang mahu agar Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar dilucutkan jawatan dan digantikan dengan calon lain (Azmin) yang dikatakan lebih layak dan berkemampuan.

Namun semua usaha itu tergendala di tengah jalan, apabila Adun Kajang dari PKR mengambil keputusan meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding bagi membolehkannya menggantikan Khalid sekali gus memusnahkan impian Azmin.

Namun usaha Azmin itu tidak berhenti setakat itu sahaja apabila para pengikutnya mula menyusun langkah dan strategi untuk membolehkannya dipilih sebagai Presiden.

Menurut sumber dalaman parti itu, kumpulan yang menyokong Azmin dikatakan telah memulakan beberapa siri kempen sebelum ini dengan mengadakan beberapa perjumpaan melalui program ‘Bertemu Pemimpin Di Akar Umbi’.

Azmin juga dikatakan turut giat mengatur langkah dengan mengadakan beberapa program wacana ‘Laksana Satu Nyawa’ sebagai satu usaha untuk mendekati golongan muda dalam parti itu khususnya di Lembah Klang.

Tidak cukup dengan itu, Azmin juga dikatakan giat mengatur ‘orang-orangnya’ untuk bertanding jawatan-jawatan penting parti di peringkat cabang, negeri dan pusat.

Khuatir dengan perkembangan tersebut, Anwar mungkin merasakan dia perlu melakukan sesuatu bagi menghalang pengaruh ‘anak emasnya’ itu. Maka jalan terbaik adalah dengan memaklumkan hasratnya untuk bertanding jawatan Presiden atas alasan ia adalah merupakan permintaan Azizah.

Dengan cara itu, sudah pasti Azmin terpaksa mempertimbangkan semula hasratnya untuk merampas kepimpinan parti. Ini kerana sebagai anak didik Anwar, sudah pasti tindakan untuk mencabar Ketua Pembangkang itu akan dilihat sebagai satu penderhakaan.

Maka jalan terbaik untuk Azmin hanyalah dengan mempertahankan jawatan Timbalan Presiden parti yang disandangnya sebelum ini. Namun, ada khabar mengatakan, Nurul Izzah turut berminat untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden atas alasan ingin memantapkan lagi perjuangan PKR agar lebih efektif.

Dalam erti kata lain, Azmin bakal berdepan dengan anak kesayangan Anwar bagi merebut jawatan tersebut. Dan sekiranya Anwar mengambil keputusan untuk membantu jentera kempen Nurul, sudah pasti Azmin bakal berdepan dengan laluan yang sukar.

Kesimpulannya #LangkahKajang bukanlah untuk memperjuangkan isu rakyat seperti yang didakwa, ia hanyalah merupakan langkah permulaan Anwar untuk mengukuhkan penguasaannya dan anaknya di dalam PKR. Di masa yang sama ia adalah merupakan medan yang terbaik untuk membunuh pencabar politiknya yang juga merupakan ‘anak emasnya’ suatu ketika dahulu.


Islam VS Kristian: Siapa Yang Anwar Tipu?


Telah banyak diperkatakan mengenai kempen Anwar di PRK Kajang yang menyentuh isu kalimah ‘Allah’ dalam ceramah-ceramahnya.  Seperti biasa, Anwar membawa hujah yang berbeza berdasarkan kaum yang hadir dalam ceramah berkenaan. 

Di dalam sebuah gereja Holy Family di Kajang, Anwar memberitahu penganut Kristian bahawa ‘Allah’ adalah nama Tuhan universal dan sekali gus bermaksud tiada salahnya bagi sesiapa dan agama mana pun untuk menggunakan nama yang sama bagi merujuk kepada Tuhan mereka. 

Namun, di dalam ceramahnya di hadapan orang-orang Melayu di Batu 10 Jalan Cheras Kajang, Anwar menyatakan ‘tidak mungkin pihaknya akan membiarkan agama lain menggunakan nama ‘Allah’ sewenang-wenangnya’. 

Kita tidak terkejut dengan isi kandungan ceramah Anwar yang bertentangan kerana beliau sudah mendapat ‘pengiktirafan’ di peringkat antarabangsa sebagai tokoh sesumpah atau talam yang bermuka-muka.    

Seluruh dunia tahu bahawa Anwar boleh menyokong zionis dan berdiri di belakang Yusuf Qardawi dalam masa yang sama.  Anwar boleh menjadi pemimpin Islam yang warak dan membela LGBT dalam masa yang sama juga. 

Justeru, kita tidak hairan jika Anwar boleh mempertahankan kalimah Allah dan menggadaikannya dalam masa yang sama. 

Apa yang pasti ialah Anwar boleh berkata apa saja kerana beliau belum lagi menang pilihanraya.  Anwar boleh berjanji akan menghapuskan hak istimewa bumiputera di hadapan orang-orang Cina tetapi berjanji akan mempertahankannya di hadapan orang-orang Melayu pada masa yang sama kerana beliau belum lagi mempunyai kuasa untuk berbuat apa-apa. 

Bagaimanapun, kita tidak boleh mengenepikan kemungkinan yang Anwar akan menang dalam PRK Kajang lalu menjadi Menteri Besar Selangor dan mempunyai kuasa untuk berbuat sesuatu.   

Oleh itu, dengan kenyataan Anwar yang bertentangan, berbeza, berbelit-belit atau samar mengenai isu kalimah Allah, bagaimanakah caranya untuk kita tahu apakah pendirian Anwar sebenarnya? 

Perlu diingatkan, bahawa sekiranya beliau benar-benar berjaya menjadi Menteri Besar, Anwar tidak mungkin akan dapat meneruskan hujah bertentangan, berbeza, berbelit dan samar mengenai isu ini.  Mahu tidak mahu, lambat laun, Anwar perlu membuat keputusan sama ada untuk bertegas agar pihak Kristian akur dengan perintah mahkamah atau agar pihak Islam meredhokan penggunaan nama Allah oleh Kristian. 

Anwar tidak boleh terus-terusan bersikap talam dua muka sekiranya beliau benar-benar berkuasa.  Anwar perlu menunjukkan warna sebenarnya iaitu sama ada beliau seorang liberalis-pluralis atau Islamis-moderat. 

Apa yang pasti, Islamis-moderat tidak mungkin dapat menerima idea-idea liberalis-pluralis dan begitu juga sebaliknya. 

Jika Anwar memilih untuk membawa imej liberalis-pluralis maka Anwar perlu memihak kepada Kristian dan membenarkan mereka menggunakan kalimah Allah.  Jika Anwar memilih untuk menonjolkan imej Islam-moderat, maka beliau perlu mempertahankan kalimah tersebut dari disalahgunakan sebagai alat untuk menyebar agama Kristian. 

Sehingga kini, nampaknya penganut Kristian dan masyarakat bukan Islam, terutamanya kaum Cina begitu yakin yang Anwar menyebelahi mereka.  Rata-rata media pro-Kristian memuji-muji Anwar.  Masyarakat Cina juga, melalui DAP, memberi ‘kelulusan’ kepada Anwar untuk menjadi Menteri Besar Selangor.  Anwar diangkat mereka sebagai harapan ke arah perpaduan yang mampu membawa keadilan dari segi menyama-ratakan semua agama di Malaysia. 

Mereka yakin Anwar akan menyelesaikan isu kalimah ‘Allah’ dengan membenarkan penggunaannya oleh Kristian. 

Sebaliknya, penyokong Anwar di kalangan orang-orang Islam pula yakin yang Anwar tidak akan menggadaikan nama ‘Allah’ dan bahawa tuduhan tersebut hanyalah mainan politik UMNO.  Mereka tidak percaya yang Anwar menyatakan apa yang dikatanya di dalam gereja dan kononnya kenyataan Anwar telah diputarbelitkan oleh UMNO. 

Mereka yakin yang Anwar akan menyelesaikan isu kalimah ‘Allah’ dengan mempertahankannya dari digunapakai oleh Kristian. 

Kedua-dua pihak Kristian dan Islam sama-sama mempercayai Anwar sedangkan Anwar tidak mungkin mempersetujui kedua-dua pihak yang bertentangan.  Isu kalimah Allah dalam Islam VS Kristian merupakan satu-satunya isu yang tidak ada jalan tengah bagi membolehkan mana-mana politikus mengambil jalan selamat.  Anwar tidak boleh tidak, perlu berpihak, dan akhirnya akan terpaksa mengakui yang beliau hanya menipu pihak yang satu lagi.    

Soalnya, pihak manakah yang tertipu di sini?   Islam atau Kristian? 

Jawapannya hanya mampu diperolehi setelah Anwar berkuasa.  Dan pada waktu itu, siapa pun yang tertipu akan mendapati bahawa mereka sudah terlambat untuk menghalang Anwar. 


DAP Cuba Cetuskan Rusuhan di Pulau Pinang?



Manusia yang tidak belajar dari sejarah akan dihukum untuk melalui sejarah tersebut berkali-kali.  Sejarah 13 Mei 1969 telah mengajar kita mengenai pentingnya toleransi dan hormat-menghormati dalam hubungan antara kaum.  Ia juga mengajar kita bahawa toleransi dan hormat-menghormati pula bukan bermakna yang kita harus bersikap ‘tidak-apa’ terhadap setiap provokasi yang ditujukan kepada kita. 

13 Mei memperlihatkan kepada kita bagaimana sikap ‘tidak-apa’ satu pihak telah diambil-mudah oleh pihak lain untuk memijak dan menindas mereka.  13 Mei bukan berlaku secara spontan, tetapi dirancang rapi oleh pihak yang menyokong parti Gerakan-DAP menjelang PRU 1969 yang ingin merampas kuasa politik Melayu.   Ia dibuktikan melalui penemuan stok-stok makanan dan senjata yang disembunyikan di beberapa kawasan strategik, pastinya sebagai bekalan untuk melalui keadaan darurat yang dirancang mereka. 

Untuk merealisasikan huru-hara yang dirancang tersebut, pemimpin-pemimpin kaum Cina terlebih dahulu menyalakan api melalui ceramah-ceramah berbaur hasutan terhadap kerajaan.  Mereka menanam prasangka dan kebencian yang meluap-luap terhadap orang-orang Melayu sementara di masa yang sama, meniupkan rasa angkuh dan bongkak ke dalam diri mereka sendiri kerana berjaya menguasai ekonomi negara ini. 

Kempen PRU yang panjang iaitu 21 hari pada ketika itu digunakan sepenuhnya oleh parti yang mewakili kaum Cina untuk menyemarakkan permusuhan.  Sementara itu, orang-orang Melayu masih lagi alpa, masih bersangka baik dan tidak percaya yang pendatang yang mereka terima sebagai tetamu, jiran dan sahabat rupa-rupanya langsung tidak menghargai keikhlasan dan pengorbanan mereka. 

Kini, sejarah ini telah berlalu, namun, beberapa orang yang terlibat dalam peristiwa itu masih lagi hidup.  Malah, antara yang ditangkap sebagai penghasut, iaitu Lim Kit Siang mendapat tempat pula dalam politik negara sebagai pemimpin pembangkang.  Anaknya juga kini berjaya menjadi Ketua Menteri di Pulau Pinang.

Seperti yang kita sedia maklum, Lim Kit Siang tidak pernah merasa kesal atau bersalah kerana mencetuskan 13 Mei malah cuba menafikan yang beliau terlibat.  Apa yang jelas kelihatan hari ini ialah, sikap bongkak, angkuh dan juga rasa benci Lim Kit Siang anak-beranak dan juga parti DAP terhadap orang Melayu masih belum pudar malah semakin hebat.  

Lebih buruk lagi, Kit Siang cuba menyalahkan UMNO dan menghabiskan seluruh hidupnya untuk menukar sejarah 13 Mei bagi memperlihatkan ia dimulakan oleh UMNO dan bukan pihaknya. 

Hari ini, dengan kuasa di beberapa negeri telah dimiliki oleh DAP sama ada secara langsung atau melalui proksi, maka Kit Siang melihat peluang untuk mengukuhkan ceritanya bahawa kononnya UMNOlah yang memulakan 13 Mei.  Untuk itu, Kit Siang memerlukan agar 13 Mei berulang tetapi perlu memastikan yang dirinya tidak dipersalahkan. 

Sekiranya benar, bagi menjayakan matlamat ini, Kit Siang perlu menaikkan kemarahan orang Melayu sehingga mereka yang memulakan amukan.   Dari apa yang dapat dilihat kini, nampaknya itulah yang Kit Siang sedang lakukan. 

Kebencian terhadap orang Melayu yang disemai oleh DAP di sekolah-sekolah vernakular, di dalam akhbar-akhbar berbahasa Cina dan juga di laman-laman sosial kini telah membuahkan hasil.  Api kebencian antara kaum semakin membesar.  DAP pastinya tahu, bahawa jika mereka ingin mengulangi 13 Mei, maka inilah masanya. 

Maka tidak hairanlah, sejurus selepas berkuasa penuh di Pulau Pinang, DAP mula menunjuk bongkak.  Parti itu secara terang-terangan menindas Melayu dengan cara merampas tanah dan premis perniagaan tanpa belas kasihan.  Sikap berat sebelah dipertontonkan tanpa tapisan.  DAP seolah-oleh berkata ‘aku berkuasa, apa yang kamu boleh buat?’ 

DAP memberi tekanan kepada pembeli rumah dan juga peniaga berbangsa Melayu dengan berbagai cara.  Di masa yang sama, DAP mengerahkan jentera siber dan menggalakkan penyokongnya mencabar dan menghina Melayu semahu-mahunya. 

Pemimpin DAP sendiri secara aktif menggunakan media sosial mereka untuk menunjuk kebencian, melabel, mengejek dan merujuk kepada pemimpin Melayu-UMNO dengan panggilan-panggilan yang buruk bagi mengundang  kemarahan dan tindak balas orang-orang Melayu. 

Tidak cukup dengan itu, DAP menyentuh soal agama dan cuba melaga-lagakan Kristian dengan Islam. 

Semua ini dilakukan oleh secara jelas dan sengaja serta ‘bersiri’.   

Apabila saja terdapat tindakbalas dari orang-orang Melayu, maka DAP akan menuduh orang-orang Melayu sebagai ekstrem, radikal serta rasis.   Akhir-akhir ini, Lim Kit Siang dilihat lebih ‘agresif’ lagi apabila hampir setiap hari beliau menulis mengenai ‘kemungkinan berlakunya 13 Mei yang dimulakan oleh golongan ekstrem’.  

Hakikatnya, yang ekstrem di sini adalah Kit Siang dan DAP.  Kit Siang adalah ekstremis Cina yang berlindung di sebalik nama ‘rakyat yang berjiwa Malaysia’, walhal seluruh perjuangannya adalah untuk menghapuskan kuasa politik Melayu serta mengubah struktur Malaysia seratus peratus agar memberi kelebihan kepada kumpulan yang menguasai ekonomi negara, iaitu ‘kaum Cina’. 

Tuduhan Kit Siang bahawa terdapat Melayu ekstremis hanyalah untuk menutup sikap ekstremis dirinya sendiri.  Jika benar Melayu itu ekstremis, tidak mungkin orang-orang Cina akan menjadi kaya kerana kuasa beli terbesar adalah di tangan Melayu.  Jika benar Melayu itu ektremis dan UMNO itu tidak adil terhadap minoriti, maka Kit Siang tidak mungkin hidup dan menjadi pemimpin parti politik pada hari ini, apatah lagi bersikap celupar dan biadap menuduh itu dan ini terhadap kerajaan. 

Melayu sentiasa mengajak kepada perpaduan, buktinya ialah kita sentiasa mengimpikan satu sekolah untuk semua kaum.  Hanya kaum Cina sahaja yang beria-ia ingin terus terpisah dari arus pendidikan nasional. 

Oleh itu, fikirkanlah sendiri, siapa yang bongkak, siapa yang rasis, siapa yang ekstremis dan siapa sebenarnya yang sedang giat berusaha untuk mengulangi 13 Mei? 


Permohonan Anwar Gugur Shafee Ditolak

Written By LAILANATASHA on Tuesday, February 11, 2014 | 3:47 PM


Mahkamah Persekutuan di sini sebentar tadi menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggugurkan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pihak pendakwaan dalam rayuan kes liwat dihadapinya.

Pope Benedict XVI: May Al-Rab (not Allah) Bless You

Written By LAILANATASHA on Sunday, January 12, 2014 | 12:27 AM




Isu kalimah Allah d Malaysia dah masuk tahap kronik..dah menghampiri ketegangan antara penganut..kalau tak d bendung dengan cara yang tegas dan betul maka bimbang tragedi yang melibatkan nyawa akan berlaku..mohon Allah jauhkan..

Terima kasih pada sahabat twitter aakj, yang menghantar maklumat ini..

Kita tahu..d Malaysia ni pun Kristian ada banyak fahaman..Khatolik, Evangelis dan apa ntah lagi..sori aakj pun tak hafal semua..hehe..

Dari Blog Khatolik  ;In his latest audience, the Pope blessed Arabic speakers in Arabic.  It is notable that he did not use the word "Allah" for God, but the word "al-Rab," or Lord. 

Anda juga boleh tengok video 'ceramah' beliau juga d SINI..rupanya ketua bagi segala paderi katholik pun dok pening nak guna nama Allah..berbelit..pening habis semua..akhirnya kalau ikut apa yang aakj faham apa yang cuba d nyatakan berhubung isu nama Allah ini, ketua paderi khatolik, Pope XVI, dia pun tak guna nama Allah ketika siri ceramahnya d negara Arab ;

 "The pope prays for all Arabic speakers. May God bless you all."  The word used for "God," however, was not Allah, but rather al-Rab or Lord. 

Rakyat Malaysia cuba d kelirukan oleh paderi jamban..aakj pun lupa namanya..secara halus paderi bangsat itu cuba politikkan isu nama Allah ini..seolah d upah kerana kaum India Malaysia telah mula beralih arah menyokong BN ketika PRU yang lepas. Dia lihat terdapat ramai India Malaysia dah mula ke gereja maka ini lah peluang yang terbaik untuk manipulasi perkara ini..kalau salah telahan aakj..kita lihat saja nanti..

Malah akan jadi lebih teruk bila isu ni dah jadi "Ugama-Bangsa" d rangkumkan sekali demi menanam kebencian Kristian pada Kerajaan BN..d nampakkan bahawa Kerajaan BN zalim pada Kristian !! mereka cuba hapuskan dalam kepala otak penganut kristian yang tidak extrim tentang JASA BN selama ini membenarkan apa juga agama d amalkan mengikut syarat yang d persetujui bersama sejak awal penubuhan Malaysia..sejak Tanah Melayu bertukar nama..

India, Cina, Iban, Kadazan dan lain-lain etnik yang kristian bakal terjebak dalam politik yang sadis ini..politik menggunakan agama !!

Paling sedih Melayu Islam yang terjebak dengan rancangan halus ini dengan doktrin "Islam tidak menzalimi agama lain.." Ulama politik dah mula buang akidah bila tafsirkan ayat quran dan hadis tentang layanan Islam terhadap agama lain.
Seterusnya baca di sini

Video Baru Anwar ?

Written By LAILANATASHA on Friday, January 10, 2014 | 6:00 PM


Bekas rakan karib Anwar, Datuk S. Nallakaruppan semalam menggesa agar kes saman fitnah yang dikemukakan terhadapnya dapat diteruskan dengan segera. Menurut ahli dewan negara itu, kes saman fitnah yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang perlu disegerakan dan tidak ditangguhkan lagi.

Nala di dalam satu sidang media yang diadakan sebelum ini berkata, sepanjang persahabatan mereka selama 30 tahun banyak rahsia Anwar yang cukup diketahuinya termasuk yang berbentuk peribadi.

"Mahkamah adalah landasan terbaik untuk saya mendedahkan segala perilaku dan rahsia Anwar. Sebab itu dalam perkara ini, saya tidak mahu bertindak terburu-buru. Nalla berkata beliau hairan mengapa Pakatan Rakyat melantik Anwar untuk menjadi pemimpin pembangkang. Beliau juga menggesa pemimpin PAS, Datuk Nik Aziz, untuk mengeluarkan fatwa untuk membenarkan biseksual untuk menjadi pemimpin islam

"Anwar Ibrahim adalah seorang biseksual, Orang menganggap beliau adalah seorang Muslim yang baik, tetapi saya tidak. Saya mencabar beliau (untuk kemukakan saman), jika dia adalah orang yang di pihak benar. "

"Dia boleh menipu orang ramai, tetapi hakikatnya ialah beliau mahu merosakkan negara. Saya akan mendedahkan di mahkamah. Saya mencabar Anwar mengenai perkara ini," katanya.

Ekoran kenyataan itu, pada 26 Mac 2012, Anwar selaku plaintif telah mengemukakan saman fitnah terhadap Nalla dan Utusan Melayu (M) Bhd. berhubung petikan ringkas yang disiarkan oleh akhbar itu pada 20 Mac 2012.

Menurut Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) itu juga, beliau tidak gentar dengan saman Anwar itu dan akan bersedia dengan pelbagai bukti.

Saya tunggu, biarkan beliau heret saya ke mahkamah dan saya tak akan lari. Saya akan bawa bukti, sudah 30 tahun saya berkawan dengannya," katanya dalam sidang akhbar semalam.


Seterusnya baca di sini

SPRM Tunduk Pada Guan Eng Kes Salahguna Kuasa Beli Mercedes?

Photo: Gaya ketua menteri parking..dia peduli apa dengan rakyat dok memekik kes beli kereta mewah dgn harga diskaun misteri..sapa berani saman mangkok ni..kalau rakyat..dah kena saman tu..babi la guan eng..(admin)

PENING..sekejap kata siasat..lepas tu terbaca dalam portal sahabat ambo, mynewshub kata tak siasat..ehhh yang mana betul ni..aakj tulis d SINI sebab berpandukan laporan portal besar ni..klik d SINI

Yang bertambah pening..tarikh berita keduanya sama..malah dalam Sinar Harian pun sama..SPRM nafikan mereka siasat ke ni..!!

Kenyataan yang keluar dari mulut pegawai SPRM tu hanya kenyataan TIDAK SIASAT..sebab apa dia tak jelaskan..PELIK weHHH

Teringat kes Dato Seri Khir Toyo dulu, kalau tak silap tiada laporan bertulis dibuat pun..hanya 'bising' dalam akhbar tempatan..dan yang bising tu tu Adun Dap Selangor..kerana memekak pun SPRM siasat dan dakwa..betul ke?

UMNO Penang..BN Penang..tak nampak ke kes ni..jangan lihat dari sudut Kerajaan Negeri yang beli..lihat dari sudut HARGA DISKAUN yang pelik dan apa istimewa Guan Eng boleh dapat DISKAUN tu..

Dato Khir beli dengan duit dia sendiri..buat loan dengan bank..tapi sebab 'harga murah' dari pasaran maka seolah timbul ada perkara tersirat dan tersurat...maka beliau d dakwa..KES Guan Eng ni cukup ke SPRM dengar alasan bahawa ;

Diskaun RM100,000 ini diberikan oleh pembekal Mercedes-Benz di seluruh Malaysia, bukannya 'dealer’ Mercedes-Benz. Selain itu, tawaran ini diberikan kepada semua pembeli yang ingin membeli Mercedes-Benz S300L keluaran tahun 2012, bukannya kepada Guan Eng sahaja,” kata Datuk Mokhtar Mohd Jait, Pegawai Kewangan Negeri. Klik SINI.

Kenapa TAWARAN ini tiada d dada akhbar atau d mana saja media? kalau betul nak buat havoc marketing..IKLANKAN saja !!

Sedih bila fikir kalau Pemimpin UMNOBN d tuduh..ahli UMNOBN sendiri yang tumpang semangkok..ni bila duit rakyat d gunakan sewenangnya..UMNOBN sepi..macam mulut dah kena jahit..ishhh rasa nak ludoh wehHH !!





Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan laporan beberapa media portal bahawa agensi itu sedang menyiasat pembelian kereta Mercedes-Benz oleh kerajaan Pulau Pinang untuk Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Tulisan Jawi Diperlekehkan Cina?

Written By LAILANATASHA on Wednesday, January 8, 2014 | 10:25 AM


Mereka terus menindas Islam dengan memperlekehkan tulisan jawi yang metupakan identiti Islam. Ini baru berkuasa di Penang. Orang Melayu di Penang yang menyokong pembangkang memang dapat hadiah istimewa dari DAP yang mereka banggakan....hapus tulisan jawi..

Lagak Berkuasa Melebihi Polis , Mahkamah Dan Sultan Selangor Maka Hannah Yeoh Arah Pulang Bible

Written By LAILANATASHA on Monday, January 6, 2014 | 12:14 AM




SPEAKER Dewan Undangan Negeri (DUN) Hannah Yeoh yang bergaji besar dalam twitternya semalam, cuba menasihati Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim supaya menggantung tugas pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang bertanggungjawab mengarahkan serbuan dilakukan.
Semalam, premis Persatuan Bible Malaysia (PBM) diserbu Jais dan lebih 300 buah Bible berbahasa Melayu dirampas.
Hannah kemudian mendesak pula agar Bible yang dirampas di kembalikan semula.
Beliau yang juga Ahli DUN (ADUN) Subang berkata, tindakan tegas seperti menggantung tugas wajar dilakukan kerana pegawai terbabit tidak mendapat restu daripada kerajaan negeri sebelum membuat serbuan di pejabat berkenaan.

HannahYeoh


“Menteri Besar Selangor @Khalid_Ibrahim sepatunya menggantung tugas pegawai Jais yang mengarahkan serbuan ke atas PBM tanpa kebenaran kerajaan negeri, kesemua Al-Kitab (Bible Bahasa Melayu) patut dipulangkan,” katanya.
Masih ingat lagi tindakan Exco Pihak Berkuasa Tempatan Selangor Ronnie Liu yang mengarahkan karton-karton tin minuman keras yang dirampas Majlis Bandaraya Shah Alam pada 2009 dipulangkan semula.
Adakah insiden Bible ini juga bakal berulang dengan rentetan cerita yang sama jika Khalid bertindak memulangkan semula Bible yang dirampas dek desakan Hannah pula.
Hannah Yeoh Desak MB Arah Pulang Biblehttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Fullscreen-capture-512014-43749-PM.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Fullscreen-capture-512014-43749-PM-150x101.jpgAuthor MNHmyHangatTerkini,
SPEAKER Dewan Undangan Negeri (DUN) Hannah Yeoh yang bergaji besar dalam twitternya semalam, cuba menasihati Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim supaya menggantung tugas pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang bertanggungjawab mengarahkan serbuan dilakukan. Semalam, premis Persatuan Bible Malaysia (PBM) diserbu Jais dan lebih 300 buah Bible berbahasa...
SPEAKER Dewan Undangan Negeri (DUN) Hannah Yeoh yang bergaji besar dalam twitternya semalam, cuba menasihati Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim supaya menggantung tugas pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang bertanggungjawab mengarahkan serbuan dilakukan. Semalam, premis Persatuan Bible Malaysia (PBM) diserbu Jais dan lebih 300 buah Bible berbahasa Melayu dirampas. Hannah kemudian mendesak pula agar Bible yang dirampas di kembalikan semula. Beliau yang juga Ahli DUN (ADUN) Subang berkata, tindakan tegas seperti menggantung tugas wajar dilakukan kerana pegawai terbabit tidak mendapat restu daripada kerajaan negeri sebelum membuat serbuan di pejabat berkenaan. <strong>"Menteri Besar Selangor @Khalid_Ibrahim sepatunya menggantung tugas pegawai Jais yang mengarahkan serbuan ke atas PBM tanpa kebenaran kerajaan negeri, kesemua Al-Kitab (Bible Bahasa Melayu) patut dipulangkan," katanya.</strong> Masih ingat lagi tindakan Exco Pihak Berkuasa Tempatan Selangor Ronnie Liu yang mengarahkan karton-karton tin minuman keras yang dirampas Majlis Bandaraya Shah Alam pada 2009 dipulangkan semula. Adakah insiden Bible ini juga bakal berulang dengan rentetan cerita yang sama jika Khalid bertindak memulangkan semula Bible yang dirampas dek desakan Hannah pula.

Pesawat Khas PM : Kenyataan Khas Pejabat PM

Written By LAILANATASHA on Saturday, January 4, 2014 | 12:00 AM




Kenyataan Akhbar

Penggunaan Pesawat Khas


Pejabat Perdana Menteri ingin menarik perhatian berhubung laporan blog mengenai penggunaan pesawat khas untuk Perdana Menteri.

Laporan tersebut mengandungi beberapa fakta yang salah dan tidak tepat yang boleh menimbulkan persepsi yang tidak tepat kepada penggunaan pesawat khas tersebut.

Kerajaan sebelum ini memiliki 5 buah pesawat khas iaitu ACJ A319, BBJ, Fokker F28, Global Express dan Falcon 900 yang diperuntukkan untuk kegunaan YDP Agong, YAB Perdana Menteri, dan YAB Timbalan Perdana Menteri.

Tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan, pesawat-pesawat ini juga boleh diluluskan untuk kegunaan oleh DYMM Sultan-sultan dan TYT Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri, YB Menteri-Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri, tetamu-tetamu Kerajaan Persekutuan dari negara asing, Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan serta orang-orang kenamaan.

Pada Ogos 2012, pesawat Fokker F28 telah dilupuskan kerana telah berusia lebih 30 tahun dan tiada pesawat gantian dicadangkan.

Pada tahun lepas, pesawat BBJ dan ACJ A319 telah dijadualkan untuk menjalani proses penyelenggaraan wajib. Pesawat BBJ menjalani urusan penyelenggaraan di antara Januari-Julai 2013 sementara ACJ319 di antara 15 Jun-8 Oktober.

Sejajar dengan itu, Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab atas urusan pesawat khas Kerajaan telah mengambil keputusan menyewa sebuah pesawat lain ACJ A320 bagi menampung kekurangan pesawat.

Pesawat ACJ A320 ini disewa di antara 1 Februari – 31 Disember 2013 setelah mendapati pesawat BBJ memerlukan lebih masa bagi urusan penyelenggaraan.

Penggunaan pesawat khas membolehkan Ketua Negara dan Ketua Kerajaan bergerak di dalam dan luar negara dengan keadaan keselamatan yang lebih terjamin. Selain itu, Anggota Pentadbiran yang sibuk dengan pelbagai urusan tidak terikat kepada jadual perjalanan komersil di samping kepentingan menjaga imej negara.

Pejabat Perdana Menteri
Putrajaya

3 Januari 2014
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger