Untuk beberapa ketika, nama Alvin dan Vivian cukup popular, apatah lagi mereka memilih seksologi untuk menjadi terkenal. Apakah ada di kalangan kita, yang mampu mengenepikan tarikan seksual? Maka, bidang yang dipilih kedua-dua mereka adalah tepat.
Awalnya, penulis tidak berminat tentang mereka secara mendalam, cukuplah hanya mengetahui siapa mereka. Rupanya, populariti yang mereka perolehi bukanlah bersifat tunggal semata-mata, kerana dibelakang hari pada detik-detik popularnya mereka, niat dan tujuan populariti yang diraih itu semakin terarah. Nawaitu mereka jelas, nyata dan terang.
Pertama, Vivian secara beraninya bergambar separuh bogel, hanya dilitupi oleh bendera Barisan Nasional. Dengan itu, para penyokong dan pendukung LBGT secara amnya, dan penyokong PAS dan PKR secara khususnya, menyemarakkan api fitnah apabila cuba mengaitkan ketidakwajaran foto berkenaan dengan BN.
Kenyataan “Inilah hasil tarbiyah Ustaz UMNO”, “Moral penyokong BN”, dan sebagainya dilemparkan ke arah BN. Walhal, di pihak BN mahupun penulis sendiri, merasakan foto berkenaan adalah bersifat provokosi terhadap BN. Ia menyerlahkan sikap kurang ajarnya Vivian, seperti mana aksi lucahnya di internet. Tidak mungkin, sebagai seorang penyokong sebuah parti, akan sanggup memperlakukan kerana tahu akan akibat yang bakal diterimanya. Kecuali niatnya untuk membuat “reverse psychology” ke atas BN. Ini sangat jelas.
Penyokong PR terkesima apabila foto Vivian bersama ahli politik yang pernah juga dikaitkan dengan video lucah, beredar persis viral di internet. Untuk beberapa hari, mereka, terutamanya cybertrooper terdiam menandakan bersetuju bahawa Vivian adalah penyokong PR. Paling jahil, ada juga di antara mereka yang mendakwa gambar tersebut menggunakan teknik super-impose.
Paling mengejutkan ialah, gambar kontroversi yang secara terang-terangan menghina umat Islam, iaitu mengajak umat Islam berbuka puasa dengan menikmati Bak Kut Teh. Analisis kekurangajaran ini menunjukkan bahawa hanya penyokong DAP sahaja yang cenderung kepada ekstrimisma seperti ini. Lebih seminggu cacaitrooper mereka berdiam, terdiam dan membisu kerana tidak lagi mampu memfitnah bahawa Vivian dan Alvin adalah penyokong BN.
Sensitivi umat Islam tercalar teruk gara-gara perbuatan ala anak cucu komunis di bulan Ramadhan yang mulia ini. Kecaman dan desakan dari pelbagai pihak telah akhirnya membawa kepada permohonan maaf secara terbuka oleh kedua-dua pelampau Chauvinist ini. Rasanya, tidak perlu untuk penulis ceritakan selanjutnya tentang reaksi awam dan pihak berkuasa.
Apa yang cuba penulis tekankan ialah, selepas permohonan maaf, beredar pula foto pelampau Chauvinist ini memegang lambang yang dilihat mesra kepada gagasan 1 Malaysia. Tiba-tiba kedua pelampau ini mengaku menyokong Najib Razak; Perdana Menteri yang diperdaya oleh “rakyat Malaysia” pada PRU13 yang lalu.
Seraya dengan itu, muncul semula macaitrooper PR mengaitkan semula kedua-dua pelampau tersebut sebagai penyokong BN! Lucu sungguh! Anda bayangkan, betapa mereka sanggup berbuat sedemikian, demi untuk menegakkan benang yang basah! Mereka sebenarnya cuba mengelirukan rakyat, kerana telah gagal menyakinkan bahawa Alvin dan Vivian adalah penyokong BN.
Anda baca kembali perenggan-perenggan tersebut, dan lihat helah muslihat dalam modus operandi mereka. Inilah ungkapan yang disebut dalam istilah perang saraf berbunyi “If you can’t convince them, confuse them”.
Begitulah cara mereka berpolitik, matlamat menghalalkan cara. Dosa belakang kira. Dan “perjalanan filem ini” dijayakan dengan penuh teliti, bukannya satu kebetulan.
Pada hemat anda, siapa pula si “Tuan Direktor” nya?

Post a Comment