Home » » PAS : Maksiat Berselindung Disebalik Islam

PAS : Maksiat Berselindung Disebalik Islam

Written By LAILANATASHA on Wednesday, July 17, 2013 | 8:55 AM



Para pelacur dan penagih dadah tahu bahawa mereka boleh terus menjalankan aktiviti mereka dengan berleluasa di bawah pemerintahan PAS. Janji PAS untuk membenteras pelacuran hanya lah lagi satu janji munafik yang sering mereka taburkan. Jelas sekali PAS merupakan pengkhianat Islam.



Statistik pengidap AIDS tertinggi yang menjadi milik negeri Kelantan yang telah berada dibawah pemerintahan PAS lebih dari 23 tahun. Ia telah menjadi bukti bahawa PAS menjadikan negeri yang mereka perintah sebagai syurga bagi pelacur dan penagih dadah.



Pusat pelacuran Kampung Limau Manis di Jalan Hamzah merupakan antara pusat pelacuran di Kelantan yang penuh kontroversi. Ini memandangkan kedudukannya cuma 100 meter dari kediaman Taman Limau Manis dan 500 meter dari Kompleks SUK yang menempatkan pejabat Menteri Besar Kelantan.



Penulis ingin mengimbas kembali manifesto-manifesto,makalah dan terbitan-terbitan rasmi Kerajaan PAS Kelantan yang mereka telah mengaku berjaya mempertingkatkan syariat Islam seperti termaktub dalam manifesto mereka seperti di bawah,

- Pengharaman judi dikuatkuasakan pada 1hb Januari 1992.
- Menutup kelab-kelab malam.
- Menghapus kegiatan pelacuran.
- Menguatkuasakan etika pakaian Islam sebagai syarat pengeluaran lesen oleh PBT.
- Pengasingan kaunter bayaran lelaki dan perempuan.
- Menutup pusat hiburan snooker dan billiard.
–Meluluskan Enakmen Kawalan Hiburan Negeri 1998 yang mengutamakan nilai-nilai Islam.

Menurut sumber , kawasan pelacuran Kg Limau Manis beroperasi sselepas Maghrib. Beberapa perempuan bertudung akan berada di sini. Dengan menghampiri mereka , anda akan dibawa ke rumah pelacuran di Kg Limau Manis untuk aktiviti seks.



PAS telah memesongkan ajaran Islam terhadap pengikut mereka. Arahan mewajibkan pemakaian tudung seolah-oleh ianya dapat “menipu” Allah daripada memberi dosa kepada para pelacur yang memakai tudung. Sesungguhnya mereka tidak dididik untuk meninggalkan dosa besar iaitu berzina dan melacur.
Lorong yang menuju ke Kg Limau Manis hanya 100 meter dari jalan utama Taman Limau Manis. Beberapa orang bapa ayam dan pelacur akan berdiri di sini pada waktu malam berhadapan dengan beberapa barisan rumah di perumahan itu.



PAS yang terlalu retorik dalam memalsukan perjuangan Islam mereka akhirnya tumpas dengan sendiri. Penulis ingin mengimbas kembali laporan yang dipetik dari laman sesawang PKB-BRI sendiri,

Operasi bersepadu antara jabatan telah diadakan pada 13/02/2011 jam 8.00 MLM – 2.00 Pagi yang disertai oleh pihak MPKB-BRI, PDRM, Imigresen dan JAHEAIK. Operasi bersepadu ini turut diserti oleh Ustaz Zahiruddin bin Ahmad @ Mohd Zain (Ahli Majlis, MPKB-BRI) , En. Mohd Anis B Hussein (Setiausaha MPKB-BRI), Ustaz Azhar bin Abdul Satar (Pengarah Pelesenan, MPKB-BRI), Ust. Hj. Ropein bin Hasan (Ketua Penolong Pengarah Pembangunan masyarakat) dan beberapa kakitangan di jabatan Pembangunan Islam MPKB-BRI.

Operasi bersepadu yang telah dilaksanakan bagi mencegah kegiatan maksiat dan pelacuran di kawasan Perumahan terutamanya di limau Manis yang merupakan kegiatan yang selalu diambil tindakan oleh pihak berwajib. Antara jabatan yang sentiasa mengadakan operasi di kawasan ini iaitu pihak Polis D7, JAHEAIK, MPKB-BRI dan IMIGRESEN.

Walaubagaimanapun kegiatan ini tidak dapat dibendung secara total kerana kebanyakan pelacur-pelacur mengulangi kesalahan yang sama walaupun mereka telah dihantar pulang ke negara mereka di Thailand.

Pihak JAHEAIK juga mengakui telah ramai dikalangan pelacur di kawasan tersebut di tangkap dan dikenakan hukuman, namun mereka tidak serik walaupun telah dikenakan hukuman yang berat oleh pihak Mahkamah Syariah.

Pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam pula sentiasa memantau kawasan ini khususnya pada malam –malam operasi mingguan yang diadakan. Pelacur-pelacur yang ditangkap pernah dibawa ke pejabat Jabatan Pembangunan Islam untuk diberi kaunseling dan nasihat agar mereka menghentikan aktiviti terkutuk ini. Namun ibarat air dicurah ke daun keladi nasihat-nasihat ini tidak diendahkan oleh mereka. Kegiatan maknyah di kawasan tersebut juga pernah ditangkap dan diserahkan kepada pihak JAHEAIK untuk diambil tindakan lanjut.

Untuk membenteras kegiatan ini amat sulit kerana mereka dilindungi oleh tonto yang diupah oleh pelacur itu sendiri dan tidak kurang juga yang melakukan maksiat diluar kawasan ini dimana mereka dibawa oleh pelanggan dengan menggunakan kenderaan peribadi yang amat sukar untuk diekori.

Justeru itu operasi bersepadu yang telah dilaksanakan sebelum ini perlu dipergiatkan kembali pada tahun ini demi memastikan Bandar Kota Bharu benar-benar bersih daripada kegiatan terkutuk ini.

Laporan Operasi Pada 13.02.2011:

- Pada jam 9.30 malam – 10.30 malam, anggota operasi telah pergi ke sebuah rumah kayu dua tingkat milik individu yang berlamat No.2660 E, Lrg. Limau Manis Jalan Hamzah Kota Bharu. Rumah ini telah disewakan kepada ibu ayam dan bilik-biliknya disewakan kepada pelacur. Anggota operasi telah menjumpai seorang perempuan warga Thailand yang disyaki pelacur cuba melarikan diri tapi berjaya ditahan. Anggota operasi memeriksa bilik-bilik di tingkat bawah dan tingkat atas dan telah menjumpai beberapa kondom yang telah digunakan.

- Tepat jam 10.45malam, pegawai operasi telah beralih ke D’Relax Station Jln. Zainal Abidin. Anggota operasi memeriksa premis berkenaan dan mendapati tidak ada pelanggan yang beragama islam yang berada di dalam premis ini. Yang ada hanya 20 orang pelanggan yang bukan islam sedang minum minuman beer. Lebih kurang sepuluh minit, Mereka telah meningglkan premis tersebut. Anggota operasi telah membuat pemeriksaan dan telah menyita kerusi, meja dan 1 peti (24 botol) minuman keras jenama Carlsberg kerana premis ini tidak ada lesen untuk berniaga dan menyediakan minuman keras.

- Jam 11.30malam, anggota operasi telah bergerak ke Cyber Café PT.266 Tkt Atas, Jalan Merbau Kota Bharu. Premis ini sudah beroperasi selama dua bulan dan masih belum mempunyai lessen sah MPKB-BRI ketika serbuan dilakukan. Terdapat 20 orang pengunjung dalam premis tersebut yang keseluruhannya remaja berbangsa cina. Mengikut maklumat yang diterima, premis ini menjadi tempat perjudian dan telah dikhususkan kepada pelanggan yang tetap sahaja. Pihak MPKB-BRI telah berjaya menyita sebanyak 23 unit komputer.

- Jam 12.30 malam : Anggota operasi telah berada di Ralphs Laueren Bestro yang beralamat s/9-A-01-06 Pelangi Mall Jalan Pasar Lama Kota Bharu. Tarikh tamat lesen pada 31.12.2010. Anggota operasi telah Berjaya menyita sebanyak 27 unit (shisha) dan telah mengkompaun premis ini atas kesalahan tidak mempunyai lesen yang sah (shisha).

- Pada jam 1.15pagi : Anggota operasi telah membuat pemeriksaan untuk kali kedua yang beralamat No.2660 D&E, Lrg. Limau Manis Jalan Hamzah Kota Bharu. Anggota operasi membuat pemeriksaan di setiap dalam kawasan rumah yang pemiliknya tidak ada. Cuma yang berada di dalam rumah tersebut hanya ada anak. Anggota operasi melakukan pemeriksaan di setiap bilik dalam rumah tersebut dan telah menjumpai beberapa jenis VCD dan gambar-gambar lucah.

Namun laporan ini berhenti setakat ini sahaja. PAS cuba “menghalalkan” pelacuran di Kelantan dengan mengeluarkan ungkapan bahawa , ‘Di Mekah Pun Ada Aktiviti Pelacuran’. Ini seolah-olah mahu mengelakkan dari mencari dalang siapakah yang terbabit ‘melindungi’ aktiviti pelacuran tersebut.



Setelah lebih 23 tahun PAS memerintah Kelantan namun mereka masih juga gagal bukan sahaja dari segi kemajuan tetapi juga dari segi pembenterasan maksiat . Ini membuktikan bahawa PAS sememangna sebuah parti yang gagal. Pas nak ganti Umno , Pas lebih baik dari Umno, Pas lebih Islam daripada Umno ? Sandiwara PAS ini memang cukup memualkan.



Dalam tempoh 23 tahun itu PAS telah gagal membangunkan ekonomi Kelantan dengan alasan kesempitan wang. Mereka juga gagal membangunkan modal insan . Maka slogan MEMBANGUN BERSAMA ISLAM itu hanya tinggal slogan sahaja.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger