Saturday, May 18, 2013

ANWAR MINTA US SERANG MSIA: Perlu Dedahkan Bukti Penipuan SPR



Pilihanraya telah pun dua minggu berlalu. Yang menang telah pun mengangkat sumpah dan mula bekerja. Ada yang sekadar menerima ucapan tahniah dan ada yang membuat kenduri kesyukuran termasuk di kalangan Pakatan Rakyat. Kabinet pun telah disusun dan ucapan-ucapan tahniah kepada Barisan Nasional dari kerajaan asing telah pun diterima. Semuanya menyatakan kesediaan untuk terus bekerjasama dengan kerajaan Malaysia. Walaupun ada yang tidak puas hati dengan pencalonan, kekalahan mahupun dengan barisan kabinet yang baru, namun semua orang mengambil sikap rasional untuk terus memandang ke hadapan dan mengharapkan yang terbaik. ‘Semua orang’ yang dimaksudkan, bagaimanapun, tidak termasuk Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim nampaknya masih tidak senang duduk dan terus cuba mencetuskan anarki melalui himpunan-himpunan untuk menolak keputusan PRU-13. Nampaknya, selain Anwar yang turut menolak keputusan tersebut adalah anak-anak Cina rasis produk SJKC yang sememangnya buta sejarah dan tidak punya jiwa Malaysia. Dalam himpunan terbaru di Johor, khabarnya Anwar semakin galak mencabar kerajaan, mungkin geram kerana belum dapat mencetuskan keganasan dan pihak berkuasa juga masih tidak menangkapnya. Kita tahu bahawa beliau ingin sangat ditangkap untuk membolehkan kuncu-kuncunya mencetuskan kekecohan. Oleh kerana masih tiada apa berlaku, maka kali ini, Anwar secara tidak langsung ‘menjemput’ Amerika agar menyerang Malaysia. Katanya, Amerika menyerang Iraq kerana ingin mewujudkan demokrasi dan beliau akan mengemukakan bukti-bukti penipuan SPR kepada Amerika. Anwar tidak pula menerangkan kata-katanya dengan jelas namun ia sudah cukup untuk kita memahami maksudnya iaitu kononnya Malaysia tidak demokrasi kerana SPR menipu. Ayat seterusnya yang tidak berani dinyatakan secara terbuka oleh Anwar ialah “Oleh itu, Amerika juga boleh menyerang Malaysia untuk mewujudkan demokrasi.” Anak-anak Cina yang mendengar ucapan Anwar pun meloponglah mendengarnya, mungkin bangga juga jika Amerika datang ‘menolong’. Langsung mereka tidak tahu bahawa Amerika menyerang Iraq kerana minyak bukan kerana demokrasi. Mereka juga mungkin tidak tahu bahawa Iraq selepas serangan Amerika bukannya sebuah negara yang lebih aman dan lebih kaya, tetapi hancur lebur. Rakyat Iraq yang gembira menyambut serangan Amerika sebelum itu kini hidup susah apabila negara musnah dan ekonomi merudum. Malah, ramai yang kehilangan keluarga dan juga kehilangan nyawa. Apapun, kita tidak yakin anak-anak Cina yang menganga mendengar ucapan Anwar itu faham sangat apa yang Anwar katakan. Mereka hanya berada di situ untuk menunjukkan ‘volume’ atau kekuatan untuk memberi tekanan kepada kerajaan. Dan kita juga tidak yakin mereka mempunyai jiwa yang kental seperti orang-orang Arab Iraq yang berani mati. Anak-anak Cina ini telah terlalu dimanjakan oleh Malaysia, negara yang mereka kata bagai neraka. Satu sahaja masalah Anwar untuk merealisasikan impiannya untuk melihat Malaysia musnah di tangan Amerika iaitu beliau tidak ada apa-apa bukti untuk dibentangkan kepada Amerika bahawa SPR menipu. Kerana itu juga, Presiden Obama tidak ada pilihan selain mengucapkan tahniah kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak. Setakat ini, Anwar sudah mengadakan sekurang-kurangnya 3 Himpunan besar membantah keputusan PRU-13. Di setiap himpunan, beliau mengulang-ulang tuduhan bahawa SPR menipu. Tetapi, hairan sekali tiada seorang pun dari anak-anak Cina yang konon ‘cerdik’ yang hadir di himpunan tersebut mendesak Anwar mendedahkan bukti penipuan SPR. Bukankah jika benar terdapat bukti penipuan yang jelas maka Anwar pasti telah lama menghebahkannya dan menayang-nayangkannya dalam setiap himpunan yang diadakan? Tetapi ini tidak berlaku. Anwar tidak mampu menunjukkan walau satu bukti, apatah lagi membuat laporan polis. Mungkin Anwar tidak percaya polis maka tidak apa jika tidak percaya polis, tetapi kenapa tidak didedahkan kepada hadirin? Kenapa perlu dihantar secara sulit kepada Amerika? Lebih dari itu, atas dasar apa pula Amerika akan menganalisis bukti tersebut? Sejak bila kita berada di bawah pengawasan Amerika? Di mahkamah mana SPR hendak didakwa? Jelas, Amerika juga tidak sanggup memperbodohkan diri untuk menyokong tindakan Anwar kali ini. Apa yang pasti, Anwar adalah pelaburan pihak Neo-con yang tidak menjadi. Sejak berdekad lalu, entah berapa ratus juta dollar yang telah dihabiskan ke atas Anwar dalam misi mereka untuk menguasai rantau ini. Namun, melihat dari cara DAP memalingkan muka dari Anwar secara perlahan-lahan dan PAS juga sudah melangkah pergi, maka pihak Neo-con telah mengambil isyarat itu sebagai menandakan “Anwar sudah ‘selesai’” – misi ditangguhkan dan ditukar ke Pelan B. Rasanya, Anwar juga sudah memahami isyarat ini. Justeru, apa yang Anwar sedang lakukan dengan mengadakan himpunan hanyalah untuk ‘menjaga air mukanya’. Beliau berharap akan ditangkap dan dihumban ke penjara supaya beliau boleh terus melakonkan watak wira yang dianiaya. Beliau tahu bahawa dalam sedikit masa lagi, anak-anak Cina yang menjadi penonton tetap lakonannya akan mula bosan. Bukan kita tidak tahu sikap semulajadi Cina itu hanya pentingkan untung. Jika tiap-tiap minggu menonton Anwar berlakon, tentulah rugi. Sedangkan, malam minggu boleh dihabiskan bersama rakan-rakan menonton wayang atau ke kelab kalaupun tidak mengulangkaji. Maka, Anwar sudah buntu. Oleh itu, beliau kini nekad sekiranya beliau tidak berjaya menawan Putrajaya, biarlah siapa jua tidak dapat duduk di Putrajaya. Biarlah Malaysia ini hancur dan padan muka semuanya. Inilah yang Anwar sedang cuba lakukan dan beliau hampir mengakuinya secara terang-terangan apabila terlepas cakap mengenai serangan Amerika ke atas Iraq.

Friday, May 17, 2013

Nik Nazmi KORBAN Terbaru Anwar


Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim ke hulu-ke hilir menganjurkan bantahan melalui 'Himpunan 505' yang kononnya menolak keputusan Pilihan Raya Umum 13 yang jelas tidak memihak mereka, Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad pula didakwa kerana dituduh gagal untuk memberikan notis 10 hari behubung perhimpunan selepas pilihan raya di stadium Kelana Jaya, Rabu lepas. Anwar sebaliknya lepas tangan apabila anak buahnya didakwa di mahkamah yang mana sekiranya Nik Nazmi dijatuh hukuman bersalah, beliau akan kehilangan kerusi DUN Seri Setia selain denda RM10,000. Nik Nazmi bagaimanapun tidak mengaku bersalah apabila pendakwaan di bawah di bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012, Seksyen 9 (1) PAA 2012, dibacakan kepadanya di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya. Apa jadi kepada Anwar? Sedangkan himpunan di seluruh negara adalah ideanya sendiri kerana majoriti pemimpin dalam Pakatan Rakyat menolak cara sedemikian untuk meluahkan bantahan. Dan mangsanya adalah 'agas-agas' di bawah ini. Apa komen Nik Nazmi selepas di 'game' Anwar? Kasihan Nik Nazmi, sebab sayangkan bos, terpaksa korbankan diri sendiri menjadi kambing hitam. Pemimpin PKR seperti N Surendran dan Latheefa Koya sebaliknya memarahi kerajaan kerana mengambil tindakan terhadap Nik Nazmi yang tidak memohon permit untuk himpunan tersebut, atas alasan ianya himpunan aman. Marahlah Anwar, sebab itu semua agenda beliau. Bukan salah kerajaan dan pihak berkuasa kerana ia terletak di bawah bidang kuasa pasukan keselamatan. Habislah Nik Nazmi jika kerusi DUN beliau hilang. Adakah Anwar akan membantunya dalam kes tersebut? Anwar mungkin tergelak besar kerana beliau terselamat daripada sebarang tindakan. Malah, Anwar masih lagi akan meneruskan 'jelajah 505' untuk menyuarakan ketidak puasan hatinya kepada Barisan Nasional (BN) kerana menggagalkan usahanya untuk menjadi perdana menteri. Siapa pula akan menjadi mangsa selepas ini? Adakah kepimpinan Pakatan yang lain bersedia menanggung akibat daripada tindakan Anwar dengan menjadi 'kambing hitam' untuk melepaskan Anwar? Risiko kehilangan kerusi disandang seperti yang dilalui Nik Nazmi mungkin akan berulang sekiranya Anwar terus dengan agenda 'bodoh' untuk menentang keputusan PRU13. Anwar harus menerima nasihat Tan Sri Harussani agar redha dengan ketentuan Tuhan, kerana ianya adalah takdir Anwar.

Kabinet Baru Perlu Tegas dan Lebih 'Jantan’


 
Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri perlu melaksanakan transformasi dengan lebih agresif dan radikal sekiranya mahu terus memegang tampuk pemerintahan negara selepas PRU-14. Walaupun PRU13 sudah berlalu, dan BN telah berjaya memenangi sebanyak 133 kerusi parlimen, namun pola dan ‘mood’ luar jangka pengundi menunjukkan terdapat tanda-tanda yang ia akan menjadikan pilihanraya yang akan datang semakin mencabar dan mendebar.

Kabinet baru yang dilantik perlu memikirkan bagaimana untuk mengikis persepsi negatif yang dilemparkan terhadap kerajaan. Bukan sahaja soal pembangunan tetapi pengisian yang perlu dibuat di dalam pembangunan yang akan dilaksanakan itu perlu ditekankan.

Revolusi politik perkauman, keganasan, kebencian dan campurtangan asing perlu ditangani segera sebelum negara terjerebak di dalam kancah pergolakan. Pembangkang sebaik sahaja keputusan PRU13 diumumkan, mereka terus melaksanakan gerakkerja untuk menumbangkan kerajaan. 

Siri-siri himpunan yang mendapat sokongan besar masyarakat bukan Melayu perlu dikekang dan pihak berkuasa perlu bertegas dengan dengan penganjur yang melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang.

Perkara ini jika dibiarkan, ianya akan menjadi suatu budaya dalam masyarakat dimana pada satu tahap ianya agak sukar dikikis. Negara-negara arab telah mengajar kita, perubahan pentadbiran negara melalui demontrasi jalanan tidak akan menjadikan sesebuah negara itu lebih baik. 
 
Dikenali sebagai 'Arab Spring', negara-negara arab sehingga kini masih bergolak walaupun revolusi yang dibawa itu sudah beberapa tahun berlalu. Pemimpin-pemimpin mereka silih-berganti sehingga tiada kestabilan politik di dalam negara sekaligus menghancurkan ekonomi negara itu. 

Adakah perkara yang sama yang kita mahu terjadi di dalam negara ini? Sudah tentu jawapannya tidak. Orang Melayu terkenal dengan budi bahasa dan orang cina tidak akan mampu melakukan demontrasi ini sekiranya tidak mendapat sokongan dari masyarakat Melayu. 

Dalam hal ini, keputusan PRU13 yang lalu jelas menunjukkan majoriti Melayu masih sayang dan terus menyokong Umno yang dilihat berjaya mengekal kestabilan di dalam negara. Kerajaan yang naik melalui jalanraya akan tumbang melalui jalanraya juga. Sejarah telah membukti mereka tidak akan bertahan lama. 

Kepada mereka yang mahu menjatuhkan kerajaan melalui demontrasi jalanan adalah sewajarnya memikirkan semula niat itu.

Kepada Anwar Ibrahim... BERSARALAH...

Cina Perlu Pilih Antara ‘Malaysia 1st’ atau ‘Chinese 1st’



Kaum Cina Malaysia sebelum ini begitu ‘galak’ menghentam sesiapa sahaja yang mempertahan hak Melayu atau yang mempersoal kesetiaan mereka kepada negara.   Tidak perlu pun menghina kaum Cina, tetapi sekadar memetik sejarah dengan mengingatkan mereka bahawa mereka adalah kaum pendatang juga, pasti akan menerima padahnya.   Mereka tidak akan berhenti menyalak selagi yang terlibat tidak diambil tindakan.   

Namun, bila pihak mereka menghina negara ini, orang Melayu, agama Islam dan kerajaan serta pihak berkuasa sehingga ke tahap memuatnaik penghinaan tersebut ke internet, ia tetap wajib dimaafkan.  Jika tidak mereka akan menyalak juga bahawa kerajaan kejam.  

Untuk menutup sikap berat sebelah serta pengkhianatan dan kebiadapan mereka, mereka tidak henti-henti memomokkan bahawa UMNO itu rasis atau Perkasa itu pelampau Melayu.  Tuduhan ini dimainkan tanpa henti sehingga ia melekat kuat di hati dan pemikiran kaum itu.   

Kononnya, mereka adalah kaum yang ditindas oleh UMNO dan Perkasa pula ingin meningkatkan penindasan tersebut.  Kononnya kesemua kaum di Malaysia sukar untuk bersatu selagi kedua-dua organisasi ini yang menghalangnya.   Malah mereka sering menyeru untuk kedua-dua organisasi ini mendahulukan ‘Malaysia’ sebelum ‘bangsa’ (Malaysia 1st, Malay 2nd).   

Hakikatnya, itulah yang UMNO dan Perkasa mahukan iaitu agar semua kaum mendahulukan Malaysia sebelum bangsa.  Kerana itu juga kita mendesak kepada sistem satu sekolah untuk semua.  Kerana itu juga kita inginkan semua kaum memperkasakan Bahasa Melayu yang menjadi bahasa kebangsaan bukan sahaja untuk memudahkan pergaulan tetapi juga untuk menjulang erti ‘Malaysia 1st’ seperti yang dilaungkan kaum Cina.  
 
Tetapi, yang menolak segala usaha ke arah ‘Malaysia 1st’ ini sebenarnya adalah kaum Cina sendiri.  

Sudah terlalu banyak kali kita menyaksikan bagaimana kesetiaan mereka terhadap negara ini tidak asli.   Lihat sahaja bagaimana Namewee menghina negara ini dan tiada seorang pun dari kaum Cina yang mengecam perbuatannya.   Lihat sahaja siapa yang menterbalikkan bendera Malaysia dengan BANGGA!?    Malah, akbhar Utusan Malaysia hari ini juga telah mengulas tentang bagaimana kaum Cina yang sering memalukan Malaysia di luar negara.  

Bukan kita tidak tahu begitu ramai kaum Cina yang keluar negara untuk belajar atau berhijrah gemar sekali memburuk-burukkan Malaysia tanpa sedikit pun rasa bersalah.  Tiada sedikit pun rasa sayangnya kepada negara ini seolah-olah hidup mereka di sini tersangat susah, seolah-olah Malaysia begitu buruk, hodoh lagi busuk.  

Sedangkan hakikatnya, di negara inilah mereka menikmati kemewahan malah diberi tempat di dalam kerajaan yang mana hampir mustahil bagi minoriti di negara lain.   Malah, hanya di negara ini mereka dapat menubuhkan sekolah berasingan untuk bangsa mereka dengan diiktiraf dan dibantu kerajaan.   Hanya di negara ini mereka dibenarkan mencetak akhbar dalam bahasa ibunda yang giat menghasut dan memburukkan kerajaan.   Hanya di negara ini, hari perayaan agama dan adat mereka diiktiraf sebagai cuti umum.   

Namun, semua ini langsung tidak dihargai oleh mereka.  Apabila BERSIH berdemonstrasi di sini, mereka yang berada di luar negara turut sama memakai baju kuning mengangkat sepanduk, bangga memfitnah negara sendiri.  

Lihat saja apa yang terjadi kepada kaum Cina Malaysia yang bekerja di Singapura apabila terlalu ghairah membenci negara sendiri konon kejam dan terkongkong, mereka lupa bahawa negara yang mereka puja-puja sebagai sempurna itu adalah jauh lebih mengongkong lagi.  Akibatnya, mereka ditahan dan diambil tindakan tanpa bercakap banyak oleh pihak berkuasa negara itu sedang rakan-rakan mereka di Malaysia masih terus bebas berhimpun mencabar kerajaan di sana sini.  

Oleh itu, pesan kita kepada kaum Cina hanya satu iaitu jika ingin terus membuat kerosakan, sekurang-kurangnya janganlah hipokrit.  Usahlah berpura-pura setia kepada negara kerana semua orang tahu bahawa anda membenci negara ini.  

Usah berpura-pura melaungkan ketelusan kerana parti DAP sendiri adalah bapa kepada segala ketidaktelusan sehinggakan ahli sendiri pun ditipunya secara terbuka dengan memanipulasi pemilihan CEC.

Usah berpura-pura kononnya ditindas kerana satu dunia tahu bahawa ekonomi negara ini dikuasai Cina.  

Usah berpura-pura dengan melaung dan berhimpun konon tiada kebebasan bersuara sedangkan laungan dan himpunan itu sendiri telah menyatakan sebaliknya.    

Usah berpura-pura inginkan perpaduan kerana perjuangan mempertahankan Sekolah Vernakular dengan sendirinya membuktikan bahawa kaum Cina tidak inginkan perpaduan.  

Usah berpura-pura inginkan keadilan kerana perjuangan ke arah kesamarataan itu sebenarnya adalah helah untuk menelan kaum lain.   Jika benar inginkan kesamarataan, maka kaum Cina perlu terlebih dahulu membahagi-bahagikan 80% bahagian mereka dalam kek ekonomi negara kepada kaum-kaum lain.  

Justeru, pendek kata, usah berpura-pura lagi dan berdirilah atas perjuangan yang sebenar iaitu kaum Cina hanya pentingkan diri.   Berkata benarlah bahawa apa yang kaum Cina perjuangkan hari ini hanyalah satu iaitu;  untuk meletakkan kaum mereka di tempat paling utama atau ‘Chinese 1st, Malaysia last’.    

Hakikat ini sudah jelas dan penulis pasti kaum Cina sendiri sudah tidak dapat menafikannya.  Justeru, kerajaan dan semua rakyat Malaysia wajar menerima hakikat ini dan menanganinya sebaik mungkin agar negara tidak hancur gara-gara ketamakan kaum Cina.   

Thursday, May 16, 2013

SAIFUL BAKAL BERKAHWIN DENGAN NIK SURIANI TV3



Nik Suriani

Tahniah Saiful. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat. Hujan rebut yang Allah turunkan buat Saiful rupanya ada pelangi menanti Saiful bersama Nik Suriani yang jelita. Saiful Bukhari telah mengesahkan bahawa beliau bakal berkahwin dengan gadis pilihan yang juga merupakan seorang personaliti televisyen Nik Suriani Megat Deraman.

Majlis perkahwinan mereka bakal dilangsungkan di Kuala Terengganu pada 25 Mei ini di sebelah perempuan. Manakala majlis resepsi di sebelah pihak lelaki pula akan dibuat pada 2 Jun ini di Kuala Lumpur.


Baca seterusnya di sini

Istiadat Angkat Sumpah Jawatan Menteri Dan Timbalan Menteri 2013


TPM
Para menteri dan timbalan menteri yang menduduki cabinet 2013 telah mengangkat sumpah jawatan masing-masing di Istana Negara pagi ini. Istiadat di ketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengangkat sumpah jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi di Istana Negara.

Istiadat angkat sumpah jawatan menteri dan timbalan menteri itu berlangsung di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah.

Istiadat bermula dengan melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia sebelum menandatangani dokumen rasmi pelantikan yang disaksikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa.

Upacara penuh istiadat itu disaksikan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi turut hadir menyaksikan istiadat tersebut.

Upacara yang berlangsung di Balairong Seri, Istana Negara itu bermula pukul 10.10 pagi sejurus keberangkatan masuk Seri Paduka Baginda berdua. Maka dengan ini lengkap sudah kabinet Menteri dan Timbalan Menteri Malaysia 2013.



Rasuah SPRM Bertindak Profesional


Pakatan Rakyat (PR) dilihat berterusan memberikan tekanan terhadap agensu pencegahan rasuah kononnya mereka tidak telus dalam menjalankan siasatan dan tindakan terhadap pesalah gejala tidak sihat itu. Bagaimanapun, berbanding tindakan pembangkang yang menuduh tanpa usul periksa dan bukti yang kukuh, kerajaan yang dipimpin Barisan Nasional (BN) pula mengambil pendekatan serius dalam membasmi gejala rasuah melalui pengenalan 6 Bidang Utama Keberhasilan Negara (NKRA) yang turut meletakkan rasuah sebagai salah satu bidang yang perlu diberi keutamaan. Melalui NKRA membasmi rasuah, kerajaan meletakkan sasaran kes rasuah akan dapat dikurangkan sekaligus memberikan ketakinan kepada rakyat bahawa agensi ini menjalankan tugas dengan berkesan dan penuh dengan kredibiliti tanpa dipengaruhi oleh mana-mana ideologi politik mahupun pegangan agama. Mengambil contoh kes Pusat Fidlot Nasional (NFC), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ternyata bertindak tegas terhadap pelakunya, walaupun umum mengetahui mereka yang terlibat mempunyai kaitan langsung dengan pemimpin tertinggi Umno. Ini membuktikan SPRM menjalankan tugas mereka dengan penuh dedikasi tanpa tekanan atau arahan tertentu daripada tangan-tangan ghaib dalam politik tanah air sekaligus membuktikan mereka menjalankan tugas secara bebas. Tuduhan pembangkang bahawa kerajaan campurtangan dalam urusan pendakwaan kes-kes rasuah juga tidak berasas apabila mengaitkan pemimpin tertinggi Umno dengan projek-projek tertentu tanpa bukti kukuh. Malah apabila mereka cuba mendapatkan sokongan dari negara luar seperti Hong Kong juga berkenaan satu-satu kes, pihak berkuasa pencegahan rasuah di sana tidak melayani permintaan mereka kerana terbukti tiada kes untuk difailkan. Ini turut menunjukkan bahawa SPRM bertindak secara professional, dan menuruti keperluan seperti yang termaktub dalam NKRA membasmi rasuah yang diketuai oleh Datuk Hisham Nordin. Matlamat utama NKRA ini juga adalah untuk memastikan generasi masa hadapan tidak terbelenggu dengan budaya rasuah yang sudah pasti akan menghancurkan negara. Bagi pembangkang, mereka seharusnya bekerjasama dengan kerajaan dalam menyelesaikan isu rasuah di negara ini, tanpa hanya tahu menunding jari mencari kesalahan pihak lain. Adalah lebih mudah bagi kerajaan mencapai matlamat sifar rasuah dengan bantuan semua pihak, tanpa hanya meletakkan beban di bahu kerajaan semata-mata. Pelbagai langkah telah diusahakan kerajaan dan pihak-pihak terlibat seharusnya memastikan hasrat ini tercapai tanpa mengambil kira pegangan politik masing-masing. Apabila ada sesetengah pemimpin pembangkang dituduh terlibat dengan gejala rasuah, mereka melenting tak tentu pasal, tetapi sebaliknya menuduh kerajaan pula terlibat dengan rasuah tanpa mengemukakan bukti kukuh. Tindakan SPRM menyiasat pendedahan video yang dibuat sebuah agensi dari Australia juga membuktikan efisien mereka terserlah, tanpa mengira fahaman dan ideologi parti sesetengah pihak. Jadi pembangkang seharusnya berfikir dalam konteks yang lebih luas kerana tanpa penyertaan semua pihak, membanteras gejala rasuah adalah tugas mustahil dan sukar.