Home »
» Negaraku Bakal Dimainkan Di Pawagam: Siapa Bakal Meroyan?
Negaraku Bakal Dimainkan Di Pawagam: Siapa Bakal Meroyan?
Written By LAILANATASHA on Friday, August 16, 2013 | 7:04 PM
Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang mengkaji secara serius cadangan memainkan lagu Negaraku di pawagam di seluruh negara sempena sambutan kemerdekaan.
Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, cadangan itu bertujuan menunjukkan kecintaan rakyat kepada negara dan jika menjadi kenyataan, lagu Negaraku akan dimainkan sebelum tayangan filem bermula.
Katanya, antara tarikh yang sedang dipertimbangkan untuk memulakan cadangan berkenaan adalah beberapa hari sebelum dan selepas 31 Ogos atau sehingga 16 September iaitu tarikh pembentukan Malaysia.
"Saya akan berbincang dengan pengusaha panggung wayang dalam masa terdekat. Ini cuma sedikit pengorbanan bagi menghargai kemerdekaan dan mengingati mereka yang terkorban demi negara tercinta.
"Malaysiaku berdaulat tanah tumpahnya darahku. Kalau kita boleh berdiri sebelum perlawanan bola sepak, kenapa yang ini (di panggung) tidak," kata Ahmad Shabery sebagaimana dipetik daripada laman Facebooknya hari ini. - UTUSAN ONLINE
Post a Comment