“Kebetulan saya bertemu suami yang melawat anak sulung tetapi kami tidak bertegur sapa. Ketika hendak pulang, suami turut mengikut kami masuk ke dalam lif sambil meminta saya memujuk anak agar mengikutinya.
“Bagaimanapun, anak perempuan saya kata dia nak ikut saya dan tidak mahu mengikut ‘daddy’ menyebabkan suami marah,” katanya.
Mangsa, yang tinggal berasingan dengan suaminya berusia 36 tahun itu, berkata suaminya bertindak menampar mukanya beberapa kali walaupun dua anaknya melihat kejadian itu.
Beliau mendakwa suaminya sudah berkahwin dengan wanita lain pada 2011 dan bekerja di sebuah agensi kerajaan di Jerantut, Pahang.
Katanya beliau pernah meminta suaminya agar menceraikannya tetapi dia dicabar agar pergi ke pejabat agama.
“Saya minta agar dia lepaskan saya dengan cara elok tetapi dia cabar saya supaya ke pejabat agama. Susulan itu, saya mendapatkan bantuan peguam untuk memfailkan permohonan cerai pada awal Julai lalu. Saya sudah tawar hati dan sebelum ini pun saya yang menyara anak kerana dia tidak memberi nafkah sejak Disember tahun lalu,” katanya.
Namun begitu suami yang dayus ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya di dalam lif sebuah hospital di sini, empat hari lepas.
Mohammad Affandi Ismail, 36, pegawai veterinar di Jerantut, Pahang dituduh mencederakan isterinya itu di dalam lif di Hospital KPJ Bandar Perda di sini pada kira-kira 4 petang, 12 Ogos lepas.
Dia dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda sebanyak RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Majistret Ariff Mohamad Shariff membenarkan tertuduh yang tidak diwakili peguam diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 Sept untuk sebutan semula kes.
Tertuduh membayar wang jaminan itu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim. – BERNAMA
Jom kita lihat pula rakaman video oleh Harian Metro dalam temubual bersama isteri yang dianiaya ini.
Post a Comment