Home » » "The New Village" Cuba Ubah Sejarah Tanah Melayu Hakmilik Cina

"The New Village" Cuba Ubah Sejarah Tanah Melayu Hakmilik Cina

Written By LAILANATASHA on Friday, August 16, 2013 | 7:25 PM


Filem kontroversi, `The New Village’ seolah-olah mengambarkan kaum Cina sebagai penduduk asal negara ini, dakwa Setiausaha Agong Majlis Perundingan Melayu (MPM), Dr. Hasan Mad.

Beliau berkata, pihahnya berpandangan demikian selepas seramai 65 wakil badan bukan kerajaan (NGO) itu diberi peluang oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) menonton filem berkenaan pada 6 Ogos lalu.

“Lokasi pembikinan filem ini 100 peratus dilakukan di Malaysia, tetapi tidak seorang pun penduduk Melayu dipaparkan dalam filem ini, seolah-olah menggambarkan bahawa penduduk Tanah Melayu pada masa itu semuanya keturunan Cina

“Begitu banyak kekeliruan boleh dicetuskan oleh filem ini maka MPM membantah dengan tegas dan keras ia ditayangkan kepada khalayak ramai dengan apa cara sekali pun termasuk melalui media sosial,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Hasan turut mendakwa filem `The New Village’ tidak boleh diklasifikasikan sebagai filem fiksyen hanya untuk membolehkan ia ditayangkan kepada umum kerana menyelitkan banyak fakta sejarah mengelirukan tentang negara ini.

Dakwanya, pada akhir filem itu turut menyatakan “sekarang terdapat lebih 1 juta penduduk yang masih tinggal di kampung-kampung baru” sekali gus menggambarkan bahawa filem itu kononnya mengisahkan cerita sebenar.

Tegas beliau, jika filem itu adalah kisah benar yang difilemkan, maka amat banyak fakta yang silap atau sengaja dipaparkan dengan tidak betul.

Justeru beliau melahirkan kebimbangan filem yang cuba memaparkan unsur-unsur heroism dalam kalangan anggota komunis akan menimbulkan kemarahan masyarakat Melayu. – mynewshub.my
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger