Home » » ANWAR MENIPU HINGGA HUJUNG NYAWA

ANWAR MENIPU HINGGA HUJUNG NYAWA

Written By LAILANATASHA on Thursday, April 14, 2011 | 2:47 PM

Raja Petra dedah komplot penyokong Anwar fitnah Najib




Pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin (gambar) mendedahkan akuan bersumpahnya yang mengaitkan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu adalah berdasarkan maklumat dan desakan beberapa individu yang mahu menyekat Najib daripada menjadi Perdana Menteri.
Katanya, beliau sendiri tidak pernah menuduh Perdana Menteri atau isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dalam pembunuhan wanita Mongolia itu dan beliau kini tidak lagi mempercayai cerita individu tersebut.
Individu tersebut mempunyai kaitan dengan beberapa tokoh politik termasuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tindakan itu bagi menyekat Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi.
"Takkanlah isteri Perdana Menteri nak pergi ke tempat itu, kawasan itu hutan dan saya fikir nak panjat bukit, masuk hutan tengah malam pukul 12 malam, saya ingat mustahil," katanya dalam temu bual eksklusif dengan Pengarang Kumpulan TV3, Datuk Ashraf Abdullah di Perth, Australia baru-baru ini.
Rakaman temu bual itu disiarkan Buletin Utama TV3 malam tadi.
Raja Petra berkata, dalam akuan sumpah (SD) yang dibuatnya pada 18 Jun 2008, menyatakan beliau menerima maklumat daripada beberapa individu kononnya Rosmah berada di tempat kejadian semasa Altantuya dibunuh.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger