Perletakan jawatan Waythamoorthy sebagai Timbalan Menteri di
Jabatan Perdana Menteri disambut baik oleh rakyat. Perlantikan beliau sejak dari awal
menimbulkan kontroversi dan ketidakpuasan hati banyak pihak. Kegagalan beliau
menjalankan tugas dan lebih banyak memberi masalah kepada kepimpinan
membuktikan bahawa perlantikannya adalah satu kesilapan sepertimana yang
khuatiri rakyat.
Sesungguhnya, Malaysia bersyukur kerana beliau telah meletakkan
jawatan dan tidak lagi ‘menyumbang’ kepada pembaziran negara.
Dengan perkembangan terbaru ini, rombakan kecil kabinet pastinya
perlu dilakukan. Untuk itu, kepimpinan juga dijangka menunggu keputusan
Mesyuarat Luar Biasa MCA yang bakal berlangsung pada 23 Februari ini, berkenaan
jawatan kabinet yang telah ditolak oleh parti itu berikutan prestasi buruk
dalam PRU-13.
Sekiranya MCA membuat keputusan untuk menerima semula jawatan
kabinet, maka Datuk Seri Liow Tiong Lai dilihat sebagai personaliti paling
layak untuk jawatan Menteri Pengangkutan yang kini dipangku oleh Menteri
Pertahanan, Dato’ Seri Hishamuddin. Liow Tiong Lai telah memenangi
PRU-13 dengan ‘bergaya’ di kala hampir keseluruhan jentera partinya
‘kaku’.
Jawatan Waythamoorty pula dijangka akan dibuka kepada personaliti
dari MIC demi kesinambungan perjuangan membela kaum India.
Selain dua jawatan ini, tidak ada sebarang perubahan besar serta
tiada sebarang penambahan jumlah anggota kabinet dijangka berlaku.
Rombakan kabinet adalah perkara biasa apabila berlaku perubahan
dalam pentadbiran. Justeru, tiada apa-apa yang pelik mahupun petanda buruk
mengenai rombakan ini, seperti yang cuba digambarkan oleh sesetengah
pihak.
Post a Comment