Suruhanjaya Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock meneruskan penyiasatan mereka dengan menyoalsiasat, Lee Wye Wing, Seorang kontraktor yang didakwa memperolehi kebanyakkan projek kecil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Kembangan dan Kampung Tunku yang sepatutnya diberi kepada kontraktor bumiputera.
Dia mendapat projek itu melalui bantuan dari anak saudaranya, Lee Khee Heong. Ini membuktikan DAP juga mengamalkan kronisme kerana Khee Heong adalah bekas setiausaha politik kepada pemimpin DAP.
Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah selaku peguam yang mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa bahawa saksi itu telah menggunakan nama-nama syarikat kontraktor bumiputera bagi memperoleh projek tersebut sedangkan keuntungan itu diperoleh oleh syarikat Lee Wye Wing.
Teoh Beng Hock yang merupakan si mati pula, memainkan peranan sebagai orang tengah dalam menentukan sebut harga bagi projek-projek yang diluluskan untuk disampaikan kepada Ean Yong Hian Wah, ADUN Seri Kembangan yang merupakan ketuanya.
Muhammad Shafee menambah Beng Hock risau akan disiasat dan menjadi saksi kerana faktor-faktor seperti Khee Heong kenal pihak atasan DAP, orang yang sama dapat kontrak, kontraktor sebenar hanya mendapat bahagian yang sedikit dan sebahagian wang disalurkan kepada DAP.
Wye Wing cuba membuat tanggapan bahawa Beng Hock terjun dari tingkap 14, Plaza Masalam. Wye Wing mengaku bahawa dua syarikat WSK dan Hon Chai menyalurkan setengah daripada bayaran projek kepada DAP. Tetapi dia menafikan syarikat-syarikat tersebut adalah milik parti politik itu.
Dalam pada itu, penulis memikirkan mungkin juga ini satu konspirasi dari DAP dan kongsi gelap untuk memburukkan dan menjatuhkan kredibiliti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana sudah tentu mereka boleh membayar sesuatu pihak untuk 'melenyapkan' Beng Hock untuk memastikan rahsia DAP yang dipegang oleh Beng Hock turut lenyap bersamanya.
DAP sudah tentu akan melakukan konspirasi untuk memusnahkan kepercayaan orang ramai terhadap SPRM agar SPRM tidak akan dipercayai lagi oleh orang ramai dalam usaha SPRM mencegah rasuah di kalangan penjawat awam dan pihak lain juga.
Orang Melayu tidak perlu menjadi manusia tamak yang sanggup dipergunakan oleh orang Cina semata-mata kerana ingin untung cepat dengan membenarkan nama syarikat kontraktor Bumiputera digunakan oleh syarikat Cina. Sikap malas berusaha dan ingin kaya cepat ini tidak menguntungkan Melayu malah merugikan Melayu.
Bukalah mata kita kerana dalang kepada semua kegiatan jenayah terancang seperti pelacuran, perjudian haram, penjualan VCD/DVD cetak rompak semuanya dari kaum Cina. Jadi apalah sangat jika Cina menjadi pembunuh upahan kepada untuk melindungi kongsi gelap Cina dan DAP
Post a Comment