Home » » TUDUHAN CUBAAN ROGOL- DOMINIQUE STRAUSS-KAHN LETAK JAWATAN

TUDUHAN CUBAAN ROGOL- DOMINIQUE STRAUSS-KAHN LETAK JAWATAN

Written By LAILANATASHA on Thursday, May 19, 2011 | 6:56 PM


Dominique Strauss-Kahn, meletakkan jawatannya sebagai pengarah urusan Tabung Monetari Antarabangsa (IMF), berkuat kuasa serta merta. Ia susulan dakwaan kesalahan seksual yang sedang dihadapinya, ketika ini. Peletakan jawatan itu diumumkan menerusi kenyataan yang diedarkan Lembaga Pengarah IMF, hari ini.
“Saya dengan tegas menafikan semua dakwaan yang dikemukakan terhadap saya,” katanya dalam surat tersebut.
Menurutnya, beliau akan menumpukan perhatian kepada membela diri dari tuduhan cubaan rogol yang sedang dihadapinya.
Strauss-Kahn mengatakan ia ingin mencurahkan "semua tenaga" untuk melawan tuduhan cubaan rogol tersebut..
"Hari ini dengan kesedihan yang tidak terbatas, saya ingin menyerahkan kepada Lembaga Pengarah IMF surat perletakan jawatan saya," katanya dalam kenyataan lima perenggan itu.
"yang bermain difikirkan adalah isteri saya - yang saya cintai lebih dari apa pun - anak-anak saya, keluarga saya, rakan-rakan saya, saya juga memikirkan rakan-rakan di IMF. Bersama-sama kami telah mencapai kejayaan besar selama lebih tiga tahun.
"Untuk semua, saya ingin mengatakan bahawa saya menolak dengan tegas semua tuduhan yang telah dibuat terhadap saya, saya ingin melindungi institusi (IMF) yang saya curuhkan khidmat dengan kehormatan dan pengabdian, dan paling penting, saya ingin mengumpulkan seluruh kekuatan semua masa dan semua tenaga untuk membuktikan saya tidak bersalah."katanya - AP
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger