Home » » BILA MELAYU TAK TAHU NAK BEZAKAN HALAL HARAM... @NGAKU TAU TAPI "TOTALLY IGNORANT".. BOLEH SAMAK... RAJIN KE DIA SAMAK SETIAP HARI... INI GOLONGAN MELAYU TAK BERPEGANG PADA ISLAM...

BILA MELAYU TAK TAHU NAK BEZAKAN HALAL HARAM... @NGAKU TAU TAPI "TOTALLY IGNORANT".. BOLEH SAMAK... RAJIN KE DIA SAMAK SETIAP HARI... INI GOLONGAN MELAYU TAK BERPEGANG PADA ISLAM...

Written By LAILANATASHA on Wednesday, June 8, 2011 | 8:09 PM



SEJAK bergelar isteri pada Oktober tahun lalu, pelakon jelita, Sharifah Sofia Syed Hussein diulit bahagia dengan suaminya, Syed Ismail Syed Al-Ali. Malah setiap hari adalah saat-saat bulan madu untuk mereka.
Namun, selepas bergelar isteri, tawaran lakonannya semakin berkurang dan kini Sofia banyak menghabiskan masanya menemani suami menjalankan perniagaan dan dia juga sedang merancang untuk membuka perniagaan alat tulis.
Walaupun wajahnya jarang dilihat di kaca televisyen, kehidupan peribadinya diceroboh lagi. Kali ini gambar Sofia sedang bermain dan bermanja dengan dua ekor anjing tersebar luas di Internet.
Penyebaran gambar itu membuatkan nama Sofia sebagai seorang pelakon beragama Islam sedikit terjejas. Mahu memberi Sofia peluang membuat penjelasan mengenai isu itu, Kosmo! menghubungi pelakon yang memang terkenal dengan sikap berterus terang itu.
Tanpa berselindung, dia mengaku dua gambar berkenaan memang miliknya. Tetapi, kata Sofia, hal itu tidak seharusnya disensasikan.
KOSMO!: Adakah gambar seorang wanita berkemeja-T putih sedang bermain dengan anjing itu milik Sofia?
SOFIA: Memang itu gambar saya dan ia telah diletakkan di laman blog sebelum saya kahwin lagi. Tak silap saya, bulan Mei tahun lepas. Tetapi itu anjing peliharaan kawan, bukan saya punya.
Gambar tersebut telah pun tersebar di Internet. Ada yang menganggap gambar itu agak sensitif dan Sofia tidak patut bermain dengan anjing. Apakah pandangan Sofia?
Gambar itu bukanlah satu isu yang besar. Bukannya berdosa pun bermain dengan anjing. Apa salahnya anjing itu mahu bermain dan gigit kita. Habis main, samak saja. Lagipun saya seorang pencinta binatang. Dulu saya pernah membela anjing. Tetapi saudara-mara saya tidak boleh terima lalu saya memberi anjing itu kepada orang lain.
Adakah Sofia kesal dengan penyebaran gambar itu?
Saya tak kisah pun. Cuma bila orang luar tengok, mereka mempunyai pelbagai persepsi baik atau buruk. Sekarang ini zaman moden, kita boleh samak. Tapi saya tak adalah sampai memberi anjing itu menjilat muka saya atau mandikannya. Masa saya bela anjing pun, saya hantar ke kedai untuk memandikannya.
Bagaimana kehidupan Sofia selepas kahwin?
Alhamdulillah, kami bahagia. Suami saya pula mula sibuk dengan perniagaannnya. Cuma dari sudut karier pula, saya macam tak laku lepas kahwin (ketawa). Tiada tawaran berlakon setakat ini dan saya terpaksa biasakan diri tak berlakon buat sementara waktu ini. Jujurnya, agak bosan juga, tapi syukur sebab kehidupan saya lebih relaks.
Apa yang Sofia buat untuk mengisi masa lapang?
Saya jalankan tugas sebagai seorang isteri dengan menemani suami. Kadang-kadang saya ikut dia bertemu klien. Sekarang saya merancang untuk membuka perniagaan alatan tulis yang menggunakan bahan kitar semula dan mencari lokasi yang sesuai untuk membuka kedai. Paling tidak pun, menjadi pengedar alatan tulis ke kedai-kedai buku. Saya juga membabitkan diri dalam rekaan hiasan dalaman. Tapi sesiapa yang mahu mengikuti perkembangan terbaru saya boleh layari http://twitter.com/sharifahsofia.
Apakah perancangan untuk mendapatkan cahaya mata?
Kami sudah bersedia jika ada rezeki. Tapi kalau boleh, nanti dulu. Biar kami bekerja untuk kukuhkan ekonomi sebelum menerima kehadiran seorang anak.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger