Home » » PAS PARTI ORANG KECEWA..

PAS PARTI ORANG KECEWA..

Written By LAILANATASHA on Sunday, June 26, 2011 | 10:09 PM

 
Banyak generasi sekarang tak mengetahui sejarah sebenar pas, yang mereka tahu pas di pimpin oleh ulama dan pas selalu di tekan oleh umno, tapi banyak yang tak tahu, tentang cerita sebenar pas ini, apa yang aku tulis ni adalah fakta sejarah yang di kutip dari buku, laman web dan cerita-cerita saksi kejadian yang masih hidup, untuk bacaan pagi ahad ini.

Pas di tubuhkan pada tahun 1951 oleh haji ahmad fuad hasan, kenapa pas di tubuhkan? ahmad fuad menubukan pas kerana dia kecawa kerana kalah dalam pemilihan untuk merebut jawatan yang dipertua agung umno (sekarang presiden) dia hanya mendapat 11 undi dan tunku abdul rahman mendapat 57 undi, ahmad fuad ni asalnya adalah ahli umno dan jawatan dia di peringkat pusat adalah pengerusi biro agama umno tanah melayu. tidak timbul cerita penubuhan pas untuk memperjuangakan islam, ia hanyalah rasa kecewa ahmad fuad kerana tak menang jawatan dan perlu kita ingat, ahmad fuad adalah kawan baik datuk onn, datuk onn di singkirkan dari umno kerana dia berhajat nak buka keahlian umno untuk di sertai kaum-kaum lain di tanah melayu.

Selepas kalah dan kecewa, ahmad fuad dan berberapa orang pengikutnya telah menubuhkan pas pada tahun 1951, asal nama pas semasa penubuhannya ialah pan-malayan islamic party, nama omputeh juga yaa... tahun 1951 tanah melayu masih dijajah oleh british, pihak british melihat penubuhan pas ni boleh memecah belahkan orang melayu yang ketika itu cukup kuat menyokong umno dan menuntut kemerdekaan, ibarat orang mengantuk di sorongkan bantal, british tampa berfikir dua kali, meluluskan penubuhan pas, dengan tertubuhnya pas, maka kekuatan orang melayu yang selama ni di ketuai oleh umno terbahagi dua, umno dilihat bukan ancaman lagi pada pihak british.

Tetapi atas kebijaksanaan almarhum tunku abdul rahman, akhirnya tanah melayu pun merdeka, tetapi perjuangan umno untuk memerdekan tanah melayu di pandang lekeh oleh pas, maka pas pun mulalah berkempen mengatakan kemerdekaan yang diberikan oleh british kepada umno adalah melalui perjanjian sulit umno dan british, padahal ada berberapa pemimpin pas yang pernah menyertai umno dulu tahu, tiada perjanjian sulit pun antara umno dan british, maka sebap itu, ada pemimpin-pemimpin pas yang meninggalkan umno mengikut ahmad fuad kembali semula menyertai umno dan membetulakan semula cerita yang di tomahkan oleh pas kepada umno.

Selepas british meluluskan penubuhan pan-malayan islamic party, mereka menggunakan bendera yang sama dengan bendera umno, tetapi pas membuat sedikit ubah suai pada bulatan di atas bendera tu, bulatan kuning dan keris telah di keluarkan dan di gantikan dengan bulatan berwarna hijau dan di letakan di penjuru kiri sebelah atas bendera mereka dan logo pas dulu ialah bulan dan bintang berlatar belakangkan warna hijau.


Selepas peristiwa 13 mei 1969, tun abdul razak telah mempelawa pas menyertai gabungan parti-parti perikatan yang di beri nama barisan nasional, ada berberapa pemimpin pas di lantik menganggotai kabinet dan banyak juga pemimpin-pemimpin pas di berikan jawatan-jawatan penting dalam perhubunggan umno negeri dan biro-biro dalam umno pusat. gembiranya tun razak ketika itu kerana pas telah bergabung dengan umno, sehinggakan bendera pas di letakan di sebelah kanan bendera umno, malah di katakan, tiang untuk meletakan bendera pas tu sedikit lebih tinggi dari tiang bendera parti komponen lain seperti mca dan mic. perbuatan meletakan tiang bendera pas sedikit lebih tinggi dari bendera parti komponen lain menimbulkan rasa tak puas hati di kalangan pemimpin mca dan mic, tapi tun razak mempertahan perbuatan itu dengan mengatakan "pas berasal dari perut umno, maka selayaknya lah bendera pas di tinggikan sedikit dari bendera parti-parti komponen lain" bergitu sayang dan bangganya allahyarham tun abdul razak kepada pas apa bila dua parti melayu yang bersengketa selama ini bersatu di bawah barisan nasional ketika itu.
 
bersambung... by Darulehsan
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger