Home » » BILA KITA CUBA MENJAGA ISLAM DI MSIA, DAP JADIKAN ITU SATU DOSA

BILA KITA CUBA MENJAGA ISLAM DI MSIA, DAP JADIKAN ITU SATU DOSA

Written By LAILANATASHA on Tuesday, August 9, 2011 | 5:48 AM

Berdasarkan maklumat serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya pada 3 Ogos 2011 (Rabu) baru-baru ini. Menurut berita yang dikeluarkan akhbar tempatan, serbuan tersebut dilakukan apabila Jais menerima laporan bahawa terdapat usaha untuk menyebarkan fahaman lain kepada penganut agama Islam.

Penafian ?
Persekutuan Kristian Malaysia (CFM), melalui pengerusinya Biskop Datuk Ng Moon Hing berkata program tersebut adalah sebuah majlis makan malam amal tahunan anjuran Harapan Komuniti bagi mengenang usaha pihaknya mengadakan porgram-program komuniti dan kebajikan.


Presiden MAC (Majlis Aids Malaysia) pula menyatakan, Harapan Komuniti adalah rakan pertubuhannya dan mengadakan program bantuan pendidikan kepada anak-anak yang kurang bernasib baik di negeri Johor dan Kuala Lumpur di samping memperjuangkan mereka yang menghidap HIV di dalam masyarakat.
Kita melihat 2 penafian yang berbeza dibuat oleh 2 pihak bercanggah tentang apa yang berlaku pada hari kejadian.Berdasarkan maklumat.


1.Semasa kejadian, terdapat lebih kurang 50 org di dlm gereja termasuk 15 melayu (umur dlm lingkungan 15 ke 40 thn dan diketuai oleh seorang perempuan dikenali sebagai Nadia).


2.Program tersebut ada kaitan dengan usaha pihak gereja untuk mengkristiankan kumpulan orang melayu tersebut). Jais bertindak atas maklumat yg diperolehi.

3.Sebelum operasi dijalankan, pihak Istana telah dimaklumkan mengenai perkara ini. Majlis dimulakan dengan berbuka puasa. Selepas itu, mereka di beri risalah dan bible dalam bahasa melayu.

3. Semasa nak masuk gereja, penguatkuasa Jais telah dihalang masuk oleh pihak gereja. Mereka sempat musnahkan beberapa bahan bukti dan membawa keluar 3 org melayu melalui pintu belakang.

4.Kesemua kumpulan orang melayu tersebut tidak ditahan tetapi diarah beri keterangan kepada Jais pada tarikh yg ditetapkan. Laporan penuh telah dihantar oleh Jais kepada pihak Jakim, Istana dan Peguam Negara.

Jika tidak melakukan kesalahan mengapa membawa keluar 3 orang melayu melalui pintu belakang?

Jika majlis hanya sekadar program komuniti mengapa menghalang pihak JAIS daripada masuk untuk membuat pemeriksaan?

Di dalam Perlembagaan Persekutan membenarkan setiap rakyat di dalam aspek kebebasan agama (Rujuk: Perkara 11(1),(2),(3),(4) dan (5)). Namun ia tertakluk kepada undang-undang negeri masing-masing.

Di dalam enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, Bahagian III secara umumnya menjelaskan bahawa undang-undang syariah negeri berkuasa menghalang mana-mana pihak yang mempunyai usaha untuk melakukan penghinaan dan mempersendakan agama Islam.

Dari sudut undang-undang — Perlembagaan mahupun Syariah — kita melihat dan mengiktiraf bahawa agama Islam harus diletakkan penghormatan yang tinggi. Namun, dalam masa yang sama ia perlu ditegakkan dengan tidak sesekali mengenepikan — bagi undang-undang Syariah — apa yang disebut Maqasid Syariah — yakni objektif penubuhan undang-undang Islam itu iaitu memberi kemaslahatan kepada semua manusia.


Oleh kerana syariat Islam itu diturunkan kepada seluruh manusia — rahmatan lil ‘alamin — maka undang-undang syariat sepatutnya selaras dengan semangat objektif syariah tersebut yakni memberi keselesaan, kesejahteraan, keharmonian dan kebaikan kepada semua manusia — orang Islam dan termasuk bukan Islam. Ini prinsip jelas dalam Islam.

Begitu juga di dalam perlembagaan. Saya bersetuju dengan pandangan Prof Dr Aziz Bari bahawa perlaksanaan undang-undang di dalam Perlembagaan Persekutuan harus disertakan dengan semangatnya iaitu menilai objektif ditubuhkan perlembagaan itu — adalah untuk memberi kebebasan, hak dan keharmonian keseluruhan agama dan kaum.

Dari sini kebijakan menanganinya berlegar kepada persoalan dakwah — yakni mengambil tindakan dan memberi pandangan yang selaras dengan kehendak Islam dengan tidak mengenepikan persoalan hak serta adab bagi agama lain, serta persoalan penguatkuasaan undang-undang — iaitu dengan mengambil tindakan yang tepat dan tidak mengenepikan semangat maqasid syariah itu - MOHD AIZAT MOHD SALLEH.
Dalam isu ini Khawarij PAS berhati hati kononnya mahu berikan keadilan kepada pihak Hasan Ali,Jais dan Gereja.

Oleh Karim’s Blog – Ramai yang melatah apabila ada pihak yang memesongkan fakta dengan mengatakan ”JAIS serbu gereja”.
Apa sebenarnya yang berlaku? Apakah benar gereja Kristian diserbu? Apakah benar JAIS melakukan serbuan?
Biarlah kita melaporkan berita dengan fakta yang benar dan memberi komen selepas mendapat berita yang sahih serta menilai dengan jujur dahulu. Jangan terlalu cepat melatah.
Janganlah ada orang Islam sendiri yang terlalu mudah melatah apabila dijolok oleh pihak yang sengaja mencari pasal dan jangan juga kita terlalu cepat apologetik hinggakan terus menuding jari kepada pihak yang melakukan tanggungjawab mereka.
Mungkin boleh saya kongsikan sedikit apa maklumat yang saya perolehi.
Sebenarnya apa yang berlaku pada petang 3 Ogos 2011 ialah pihak JAIS mendapat aduan dari orang ramai bahawa adanya majlis berbuka puasa di gereja dengan alamat yang diberikan.
Maka, bertindak atas aduan tersebut, Pasukan Penguatkuasaan JAIS telah pergi ke premis tersebut untuk menyiasat lebih lanjut kebenaran aduan tersebut.
SOALNYA: Apabila pihak polis menerima aduan ada sesuatu aktiviti mencurigakan di sesuatu tempat, apakah tindakan yang perlu diambil oleh pihak polis? Apakah mereka terus serbu? Tidak, mereka akan pergi memeriksa. Apakah polis perlu duduk diam atas aduan tersebut? Tidak, mereka kena bertindak, jika tidak nanti mereka pula akan dipersalahkan selepas sesuatu yang buruk berlaku dan aduan telah dibuat.
Maka itulah yang dilakukan oleh JAIS, atas bidang kuasa yang ada pada mereka.-Selanjutnya klik sini


Keadilan versi khawarij semata mata tidak mahu kehilangan undi.Mereka lebih rela kehilangan pemimpin yang menegakkan syiar Islam seperti Hassan Ali daripada hilang undi .

Kalau tak berlaku takkanlah ada laporan dibuat kepada JAIS,kalau tak berlaku kenapa majlis dibuat jam 10 malam, kat gereja berbuka puasa jam 10 malam kah?

Adalah tidak menjadi persoalan jika pihak gereja menjemput semua lapisan masyarakat setempat Melayu ,cina dan india termasuk pemimpin agama setiap masyarakat kerana kata mereka ia dibawah atas nama 1Malaysia.Sudah pasti melambangkan toleransi sesama agama dan keharmonian rakyat dinegara ini.


Kalau masyarakat melayu boleh menjemput orang bukan melayu dalam majlis berbuka puasa, apa yang tak kena bila pihak gereja ingin menaja iaitu memberi makan kepada mereka2 yang berpuasa.

Yang tak kena adalah kenapa jemput hanya 15 orang melayu sahaja. Yang mencurigakan pihak JAIS dan Hasan Ali adalah kenapa jemput hanya 15 orang melayu sahaja. Yang peliknya, orang islam buka puasa jam 7.30 petang, tapi majlis berbuka puasa yang dianjur oleh pihak gereja bermula jam 10pm.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger