Home » » WAN AZIZAH BENCI MADU DIA SHAMSIDAR

WAN AZIZAH BENCI MADU DIA SHAMSIDAR

Written By LAILANATASHA on Wednesday, September 28, 2011 | 8:37 AM

Anuar Shaari Sahkan Wan Azizah – Shamsidar Berperang Dingin

 

Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari mengesahkan Datuk Seri Dr wan Azizah Wan Ismail ‘berperang dingin’ dengan Shamsidar Taharin, isteri Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

“Itulah hakikat sebenarnya, mengesahkan persepsi sebelum ini bahawa Wan Azizah dan Shamsidar tidak boleh bertentang mata”, katanya kepada AIDCNews ketika diminta mengulas ketidakhadiran Dr Wan Azizah menemani suaminya, Anwar untuk menghadiri rumah terbuka, Azmin Ali.
Ketika diminta mengulas lanjut, Anuar menjawab sambil ketawa, “kalau Wan Azizah datang juga akan jadi ‘perang’. Jadi untuk elak ‘perang’, lebih baik tidak datang”.
Menurutnya alasan Wan Azizah tidak hadir disebabkan bertembung dengan program rumah terbuka PKR tidak munasabah kerana Azmin juga merupakan tunggak utama yang menerajui parti tersebut.
“Kenapa Presiden parti tidak boleh pergi ke rumah Timbalan Presiden. Adakah bermaksud Presiden dan Timbalan Presiden cuba sabotaj antara satu sama lain kerana buat rumah terbuka berasingan ?”, katanya.
Katanya, Wan Azizah tidak akan hadir sebarang bentuk program berbentuk kekeluargaan yang melibatkan Shamsidar Taharin.
“Bila program keluarga melibatkan isteri Azmin, sudah diketahui umum bahawa Wan Azizah tidak akan hadir”, katanya.
Anuar yang juga bekas Setiausaha Politik Dr Wan Azizah turut mengesahkan hubungan Presiden PKR dengan isteri Timbalan Presiden PKR tidak baik sejak tahun 1990-an lagi.
“Sejak dulu, Wan Azizah ada merungut Anwar sering beri perhatian lebih kepada Azmin dan keluarganya”, katanya.
Anuar Shaari yang sanggup meletakkan jawatan sebagai pegawai kerajaan selepas September 1998 kerana menyokong perjuangan Anwar Ibrahim mengumumkan keluar dari parti tersebut pada tahun 2007 apabila menyedari faktor bekas Timbalan Perdana Menteri pada zaman reformasi dahulu adalah suatu kebenaran.
“Saya mengumumkan keluar daripada PKR ketika itu (2007) semasa mesyuarat agung tahunan bahagian. Pegumuman saya (keluar parti) dilakukan di sebelah Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kerana saya hilang kepercayaan kepada pimpinan khususnya Datuk Seri Anwar”, katanya ketika diinterbiu One Channel TV.
Pada November 2009, Anuar tampil di di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman membuat laporan polis berkenaan dengan Azmin Ali dan Shamsidar Taharin yang bernilai puluhan juta bertarikh 1992-1994 semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri dan ketika itu juga Azmin Ali menjadi Setiausaha Sulitnya.
“Dokumen tersebut bertarikh pada 1992 hingga 1994, ketika Azmin menjawat jawatan Setiausaha Sulit di Kementerian Kewangan (yang diterajui Anwar) dan selepas 1993 Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri.
“Tahun 92 hingga 94, kalau diimbas kembali, ketika itu Azmin belum pun berumur 30 tahun, seorang pegawai muda dalam perkhidmatan kerajaan, ya..gajinya mungkin sekitar RM2000 lebih, tetapi amat menghairankan di mana wang ini diperolehi untuk membeli saham yang bernilai RM1.8 juta ini”, katanya.- AIDC
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger