Home » » Hasan Ali sebak ketika Doa Munajat - Himpun

Hasan Ali sebak ketika Doa Munajat - Himpun

Written By LAILANATASHA on Saturday, October 29, 2011 | 4:27 PM



Dr Hassan Ali Saksi Permurtadan Di Selangor

AIDCNews – 29/10/11 – Siapa lagi pihak yang paling berautoriti untuk mengesahkan berlakunya usaha pemurtadan di Selangor, kalau bukan, Datuk Dr Hassan Mohamad Ali, Exco Hal Ehwal Islam, Adat adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor.

“Beliau datang hari ini bukan untuk berucap, tetapi beliau bakal memimpin doa dan munajat bersama.Dan hari ini, saya tidak akan memanggil beliau sebagai yang berhormat kerana beliau sendiri telah mengumumkan sebaik sahaja melangkah keluar dari rumah, beliau keluar sebagai seorang muslim, bukan seorang politician mahupun exco.

“Atas dasar aqidah beliau di sini..atas dasar akidah kita bersama menadah tangan berdoa dan bermunajat kepada Yang Maha Esa..dipersilakan..kata pengerusi majlis semasa menjemput Dr Hassan Ali bermunajat dan memimpin doa dalam program HIMPUN di Stadium Shah Alam, Sabtu lalu

Sementara itu, Sinar melaporkan exco kerajaan Selangor itu tidak pernah risau mengenai masalah kehilangan sokongan dalam Pas ekoran beberapa tindakannya yang dikatakan berlawanan dengan parti hingga menyebabkan beliau dikritik pimpinan dan rakan seperjuangan yang lain.

Ini termasuk kehadiran dan penglibatannya dalam Himpunan Sejuta Umat Selamatkan Akidah (Himpun) yang berlangsung di Stadium Shah Alam Sabtu lalu yang bertujuan menyedarkan umat Islam mengenai bahaya murtad.

Hasan, bekas Naib Presiden Pas berkata, apa yang paling penting baginya adalah segala tindak tanduknya itu dilakukan dengan kesedaran dan rasa penuh tanggungjawab menunaikan amanah ALLAH.

“Itu yang lebih penting bagi saya, bukannya pangkat, populariti dan kekayaan. Bukan saya tak sayang parti tetapi di tahap tertentu dalam perjuangan, parti pun perlu letak ke tepi demi melaksanakan tanggungjawab kepada ALLAH SWT,” katanya.

Mengenai Himpun katanya, beliau hadir kerana menganggap perhimpunan seperti itu sangat mustahak dan selari dengan perjuangannya menegakkan akidah.

“Ini semata-mata mengenai akidah, tiada kena mengena dengan sebarang parti politik,” katanya.

Hasan berkata, seruan untuk beliau menyelamatkan akidah umat Islam adalah daripada perintah ALLAH SWT, manakala arahan yang melarangnya menghadiri perhimpunan itu daripada sesama manusia.

“Oleh itu, saya memilih untuk patuhi titah ALLAH SWT. Ingin saya tegaskan di sini perjuangan dalam politik ada hadnya. Kecaman yang saya terima daripada manusia langsung tiada kesan. Apa yang lebih saya takutkan adalah kecaman ALLAH SWT, bayangkan jika tuhan mengecam kita,” katanya kepada Sinar Harian.

Selain itu, beliau turut menegaskan prinsip perjuangannya yang melihat politik hanya platform untuk menyampaikan pesanan agama kepada seberapa ramai umat Islam walaupun menyedari perjuangan itu akan sentiasa mendepani halangan.

“Saya tinggalkan kehidupan dahulu kerana mahu menyebarkan mesej Islam. Saya tidak menyesal menceburi bidang politik, malah lebih menyesal jika mesej tidak sampai kepada umum,” katanya.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger