Prof Dr Abdul Aziz Bari mengulangi pendiriannya mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkaitan dengan dengan isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).
Kali ini beliau menuduh tindakan Sultan Selangor itu sebagai tidak konsisten dengan membandingkan kes cubaan murtad dengan kes bukan murtad yang pernah terjadi di Selangor.
Beliau juga menuduh dalam menangani isu cubaan murtad itu Sultan Selangor telah bertindak mengenepikan peranan Menteri Besar.
“Dan takala titah itu dibuat..apa yang disebut adalah tidak ada bukti..tidak ada bukti..Kalau tidak ada bukti saya kata tutup saja lah…tak ada bukti, tutup lah.
“Tak ada bukti, mengapa masih lagi ditinggalkan ruang..seolah-olah gereja itu masih bersalah..
“Bukankah ini sesuatu yang menzalimi atau tidak adil kepada kawan-kawan kita orang Kristian itu”, katanya.
Aziz membuat kenyataan itu ketika berucap di ‘Forum Kemerdekaan’, sempena dengan Sambutan PAS Perak 60 Tahun di Masjid Tinggi, Bagan Serai Perak pada 29 Oktober 2011.
Post a Comment