Home » » Daftar mohon bantuan RM500 dibuka mulai 10 Dis.

Daftar mohon bantuan RM500 dibuka mulai 10 Dis.

Written By LAILANATASHA on Wednesday, November 30, 2011 | 4:21 PM



Pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 akan dibuat mulai 10 Dis ini untuk tempoh satu bulan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Sehubungan itu, pembayaran Bantuan RM500 hanya akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari tahun depan, kata Ahmad Husni dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Katanya, borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut, di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), serta agensi-agensi Kerajaan.

Borang yang lengkap diisi berserta salinan kad pengenalan, hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDNM, katanya.
Menurut Ahmad Husni, bantuan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara ini.
"Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion.
"Bantuan ini adalah tanda keprihatinan Kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat,” kata Ahmad Husni.
Isi rumah yang layak memohon, merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga.
Ia merangkumi individu berkahwin, termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa; ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan warga emas sebatang kara.
Ketua isi rumah yang berkerja sendiri juga layak untuk memohon, katanya. — Bernama
Share this article :

+ comments + 4 comments

Anonymous
November 30, 2011 at 5:11 PM

apakah pesara kerajaan yg juga mendapat wang bonus RM500 layak. maksud saya yg menerima RM3000 ke bawah ?

Anonymous
November 30, 2011 at 8:55 PM

terima kasih.....duit lembu ke nie??

Anonymous
November 30, 2011 at 9:46 PM

Mmg sejak tahun 60an lg smpai skrg kerajaan menggunakan wang utk memancing undi dan menutup kesalahan yg dilakukan pemimpin2 mereka

Anonymous
December 1, 2011 at 5:00 PM

Kalau ada duit, jgn ambil. Kalau rasa ada politik wang, pun jgn ambil. Kalau ambil juga, sendiri jawablah. Satu jari tunjuk pd org, ada empat lagi tunjuk pd diri sendiri...Lu pikirlah sendiri!

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger