Jika di Barat, kumpulan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) sudah sampai ke peringkat menuntut hak perkahwinan sejenis (same-sex marriage), di Malaysia juga sudah menunjukkan ‘bunga-bunga’ ke arah itu.
Al Gore, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), juga dikenali sebagai pejuang paling lantang menuntut hak perkahwinan sejenis untuk kaum gay dan lesbian.
Pada 17 Januari 2008, Al Gore melalui Current TV, syarikat televisyen internet miliknya berkata hak perkahwinan yang sama perlu diberikan kepada gay dan lesbian sama seperti yang dinikmati kumpulan heteroseksual, yakni orientasi seks antara lawan jenis, antara lelaki dan perempuan, kumpulan majoriti dalam sesebuah negara.
“Saya fikir adalah salah bagi kerajaan mendiskriminasi rakyat kerana orientasi seksual mereka. Saya fikir lelaki gay dan wanita (lesbian) harus mempunyai hak yang sama seperti lelaki dan wanita heteroseksual untuk membuat kontrak, hak melawat hospital, hak untuk bersama-sama dalam perkahwinan, dan saya tidak faham mengapa ia dianggap oleh sesetengah untuk pihak (memberi hak kepada gay dan lesbian sebagai suatu) ancaman kepada perkahwinan heteroseksual”, kata Al Gore.
Berdasarkan kata-kata Al Gore di atas, AS yang dikenali sebagai Negara Sekular dan Negara Demokratik pun tidak memberikan hak-hak yang berkaitan dengan perkahwinan kepada gay dan lesbian.
Mungkin di AS, hak untuk melakukan aktiviti homoseksual dan berkahwin dibenarkan, namun untuk mendapatkan hak-hak selebihnya yakni selepas perkahwinan pasangan gay dan lesbian tersebut, seperti rawatan hospital masih tidak dapat diterima masyarakat Barat itu.
Di Malaysia, kumpulan gay dan lesbian yang berselindung di sebalik Seksualiti Merdeka memulakan gerakan mereka pada tahun 2008.
Dua tahun selepas itu, Seksualiti Merdeka menyiarkan ucapan gay Melayu-Islam, Azwan Ismail untuk dipertontonkan kepada masyarakat umum.
Pengakuan Azwan merupakan langkah paling berani yang tidak pernah dibuat secara terbuka sebelum ini
Azwan dalam rakamannya itu mengakui memang sukar baginya sebagai seorang gay Melayu-Islam untuk memberitahu kepada umum berkenaan identitinya.
Setiap individu gay akan merahsiakan identitinya, hanya membuka identitinya kepada kelompok sejenisnya, tetapi akan menyembunyikan identitinya kepada umum.
Namun, apa muslihat, Azwan mengambil masa 30 tahun menyembunyikan identiti dan pada tahun 2010 berani mengumumkan secara terbuka sebagai seorang gay Melayu-Islam ?
“Saya Azwan Ismail, berumur 32 tahun. Saya telah mengambil masa yang agak lama untuk mengenali diri saya, untuk menyakini diri saya bahawa saya seorang Gay.
“Dan apabila saya berani mengatakan saya seorang Gay kepada orang lain setelah 30 tahun itu, saya telah menjadi seorang yang kuat dan yakin dengan apa yang bakal saya lalui pada masa depan”
Azwan mengakui faktor agama Islam dan budaya Melayu menghalangnya sebagai seorang gay dan meneruskan aktiviti homoseksual.
Namun, setelah dia menyertai Seksualiti Merdeka, keyakinannya menjadi semakin kuat, dia berani mengumumkan secara terbuka dan berani menolak saranan Islam yang melarang penganutnya mengamalkan aktiviti homoseksual tersebut.
“Memang tidak dinafikan agar sukar untuk menjadi seorang Gay di Malaysia, terutama kita adalah seorang Melayu kerana faktor agama dan budaya banyak mencorakkan kehidupan kita dan memberitahu kita apa yang kita boleh jadi dan apa yang kita tidak boleh jadi.
“Tetapi kita (golongan Gay) kena ingat bahawa apa yang diberitahu orang lain, apa yang diberitahu oleh guru-guru kita, ustaz kita, kawan-kawan kita kebanyakannya dari pandangan seorang heteroseksual”
Azwan juga menyeru rakan-rakan sejenisnya supaya mencari sumber-sumber kekuatan yang ada di sekeliling mereka dan berpegang teguh serta menyokong sumber kekuatan itu untuk mendapatkan masa depan seorang gay yang lebih baik di negara itu.
Apakah sumber ‘kekuatan’ yang dimaksudkan oleh Azwan itu dan kenapakah gay Melayu Islam itu menyeru rakan sejenisnya berpegang teguh kepada sumber kekuatan itu untuk mendapatkan masa depan yang lebih baik ?
Jika ada yang bertanyakan Seksualiti Merdeka sudah bermula sejak tahun 2008, kenapa baru sekarang pihak polis bertindak?
Soalan yang sama juga perlu ditanya, kenapa setelah pakatan pembangkang berjaya menafikan 2/3 kerusi di parlimen, Mac 2008 yang diwar-warkan sebagai faktor Anwar Ibrahim, kenapa lima bulan selepas itu, kumpulan LGBT Malaysia berani mengumumkan pesta tahunan Seksualiti Merdeka ?
Apatah lagi selepas kemenangan besar Pakatan pada 2008 itu, badan-badan bukan kerajaan (NGO) berbentuk hak asasi manusia seperti Malaysian Bar Council, SUARAM, EMPOWER, Sister In Islam (SIS) menjadi semakin keras kepala.
Perhimpunan haram BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011 adalah manifestasi kemuncaknya NGO hak asasi manusia bermaharaja lela di negara ini.
Datuk Ambiga Sreenevasan, pejuang hak asasi dari Malaysian Bar Council dipilih sebagai Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil atau BERSIH 2.0 dengan dibantu oleh Maria Chin Abdullah, aktivis utama hak asasi manusia yang terlibat secara langsung dalam EMPOWER dan SIS, yakni badan-badan utama penyokong Seksualiti Merdeka.
Ambiga, Marina Chin, aktivis hak asasi diangkat menjadi ketua berselindung di sebalik nama baik BERSIH 2.0 untuk menggerakkan gelombang ‘People Power‘ di Malaysia. Klik sini, di sini dan sini
Ini yang dirumuskan Profesor Madya Dr Sulaiman Noordin yang mendakwa pendokong hak asasi manusia berselindung di sebalik nama-nama baik untuk menyembunyikan keganasan mereka. Klik di sini dan sini
Belum lagi diambil kira pertumbuhan NGO hak-hak asasi, Lawyers for Liberty (LFL), IDEAS yang tumbuh seperti cendawan lepas hujan selepas Mac 2008.
Amir Muhammad, pemilik NGO LGBT, Matahari Books dan salah seorang aktivis Seksualiti Merdeka membuat aduan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila tindakannya menjadi wakil Malaysia ke Festival Filem Q (Festivel Filem Gay) di Jakarta tahun lepas dikritik.
Salah satu flatform penyokong Festival Filem Q adalah Komunitas Salihara, satu kumpulan yang sama menjemput Anwar memberi ceramah bertajuk “Kebebasan dan Musuh-musuhnya”.
“Anti-Anwar website attacks ORANG MACAM KITA. But (more shockingly) misspells my name!”, kata Amir dalam twitter kepada Anwar.
“Not new – Umno’s machinations 12 years!“, jawab Anwar dalam twitter kepada Amir.
Persoalan pertama : Kenapa Amir Muhammad membuat aduan kepada Anwar apabila mendakwa dirinya diserang ‘diserang’ oleh laman web anti-Anwar ?
Apa status Anwar pada kacamata Amir ? Sumber kekuatan ? Penaung ?
Persoalan kedua : Kenapa Amir menggunakan kod inner circle ‘Orang Macam Kita’, apabila bertwitter dengan Anwar dan lebih pelik lagi Ketua Umum PKR itu seolah-olah memahami makna bahasa kod inner circle itu serta menasihati Amir agar jangan mempedulikan serangan itu, kerana padanya bukan perkara baru, kerana dirinya juga telah ‘diserang’ sejak 12 tahun lalu.
Apakah kod rahsia itu mengesahkan Amir dan Anwar termasuk dalam lingkaran sama seperti Azwan iaitu lingkaran’Orang Macam Kita’ yang sentiasa menyembunyikan identiti dan hanya diketahui identiti mereka oleh lingkaran sejenis sahaja ?-aidc
+ comments + 1 comments
Lepas Berjaya dalam Business " Kondom " Marina a/p Mamak Mahather @ Kutty Mohammed..
Kini beliau sedang giat mempromote secara Drastik Programe Seksualiti Merdeka.
Selaku Penaung kepada Sister In Islam dan Sek sualiti Merdeka. Marina Mahather telah menjemput Datok Ambiga utk merasmikan Programe tersebut.
Seksuality Merdeka ini telah wujud semenjak tahun 2008 lagi... ianya adalah cetusan idea Marina Mahather.. kerana beliau telah nampak Peluang2 business yg mampu diraih hasil daripada terbentuknya satu comuniti LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual, Transexual)... Peluang perniagaan dari segi sex toy`s dan lain2 lagi.
Peluang tersebut adalah lebih besar berbanding perniangaan Kondom yang di monopoli oleh syarikatnya selama ini...
Sebab tu Tun Mahather tidak pernah mengeluarkan sebarang komen tentang penjualan komdom yg berleluasa tanpa kawalan dan programe Sexuality Merdeka ini... kerana ianya adalah sumber rezki bagi anak beliau...
Sister In Islam juga tidak diharamkan oleh kerajaan kerana Sister In Islam dinaungi oleh 3 orang wanita anak bekas perdana menteri Malaysia
1 ) Anak perempuan Tun Hussein Onn
2 ) Datin Marina Mahather
3 ) Noni Abdullah ( anak perempuan Pak Lah - Binik Khairy Jambuluddin )
Post a Comment