Home »
» SELANGOR JADIKAN RUMAH KEDIAMAN PUSAT DADAH
SELANGOR JADIKAN RUMAH KEDIAMAN PUSAT DADAH
Written By LAILANATASHA on Saturday, November 26, 2011 | 11:05 AM
AMPANG - Tindakan seorang penarik kereta yang menjadikan rumah teres dua tingkat yang dihuni bersama isterinya sebagai makmal untuk memproses dadah memakan diri apabila mereka diberkas bersama empat lagi lelaki dalam serbuan di Taman Melur di sini.
Lelaki berusia 45 tahun itu disyaki menjadi pengedar syabu kepada penagih di sekitar daerah ini sejak beberapa bulan lalu.
Difahamkan, jika tidak kerana Ops Tapis yang dilakukan polis di sekitar kawasan Ampang pada 19 November lalu, kegiatan jahat keenam-enam suspek pasti tidak dapat dihidu kerana mereka bijak menyembunyikan perbuatan itu dengan perwatakan masing-masing selain tidak bergaul dengan masyarakat-kosmo
Post a Comment