Home » » SETIAUSAHA AGUNG PKR & MP MACHANG MILIKI MAHLIGAI RM73.3JUTA DI AUSTRALIA

SETIAUSAHA AGUNG PKR & MP MACHANG MILIKI MAHLIGAI RM73.3JUTA DI AUSTRALIA

Written By LAILANATASHA on Friday, November 25, 2011 | 9:54 PM

Makan di pinggan,minum dicawan,tinggal diatas bukit cendawan....Wow! kaya kaya kaya..Apa nak hairan dengan Saifudin,dah nama pun tauke kilang fitnah..mesti la kaya....patutlah sayang sangat dengan Ds Omega Ibrahim..

Hmm,...rumah kat Ostolia..sekampung pulak dengan Rahim Ghouse, Ostolia pulak banyak eksport lembu..aisehman.. ada apa apa ka dengan lembu ostolia sampai kacau NFC?


Rumah yang dikatakan milik Saifudin bernilai RM73.3 juta di Australia
INILAH gambar sebuah rumah agam yang bernilai RM 73.3 juta yang dikatakan milik Setiausaha Agung PKR dan juga MP Machang Saifuddin Nasution yang terletak di Australia dan kalau benar ianya cukup mengejutkan untuk seorang MP biasa seperti Saifuddin Nasution ini kerana cala-calang orang yang boleh memiliki rumah yang semewah begini malah Saiffudin juga didakwa memiliki simpanan wang jutaan ringgit yang disimpan diluar Negara(ini kita akan dedahkan kemudian).

Saya terperanjat menerima gambar-gambar yang mendedahkan kekayaan serta kemewahan yang didakwa milik Saifuddin Nasution kerana mana mungkin MP yang melebelkan dirinya bersih bolah terlibat dengan pengumpulan harta dan kekayaan sebegini.Kalau benar ini rumahnya maka jelaslah Saifuddin adalah pemimpin munafik dan sesuai sangatlah berada di dalam parti munafik seperti PKR itu..

Sebelum ini blog ini pernah mendedahkan rumah mewah milik Saiffudin di Machang yang dibina dengan kualiti kayu bermutu tinggi hingga mencecah harga jutaan ringgit dan sebuah lagi rumah mewahnya di Setiawangsa,Kuala Lumpur malah kemampuan Saifuddin memiliki rumah-rumah sebegini mewah sukar diterima akal kalau bersandarkan kepada gaji ataupun pendapatan sebagai Ahli Parlimen.Dari mana datang wang sebanyak ini?

Saiffuddin sebelum ini cukup ghairah mendedahkan kononnya penyelewengan pimpinan UMNO dan Barisan Nasional rupanya menyembunyikan kebejatan moral yang cukup tersendiri dan Saifuddin kalau benar merasakan beliau seorang pemimpin yang bermoral,bebas dari rasuah dan penyelewengan,beliau harus tampil untuk menyanggah dan mempertahankan dirinya bahawa itu bukan rumah beliau dan beliau juga tidak mempunyai simpanan ringgit berjuta di luar Negara itu.Dan pendapatannnya hanya cukup makan untuk dirinya serta keluarga.:selanjutnya klik sinitq pisau
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger