Hebat provokasi ini, ke arah Revolusi Bunga Raya..

“Bendera Najib diturunkan Adam dan Nash!Bendera ‘Academic Freedom‘ dinaikkan di depan bangunan umno” kata Adam Adli dalam twitternya kepada twitter MahasiswaMsia.

Kita perlu mempertahankan hak untuk bantahan secara aman. Termasuk hak untuk menurunkan mana-mana bendera..” kata Fahmi Reza, seorang pemuda yang sering ditonjolkan oleh kumpulan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender) untuk bercakap isu-isu kemahasiswaan.

Sebelum itu, Adam Adli pelajar UPSI yang bangga dapat menurunkan bendera Najib pernah bertwitter dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 15 Disember.

“Insya Allah, saya tiba 10 Malam”, balas Anwar.
Twiter antara Adam dan Anwar itu sendiri sudah menunjukkan mereka pernah kenal mengenali antara satu sama lain, mungkin dalam beberapa siri mesyuarat sebelum ini.
Pidato Anwar dan Aziz Bari adalah anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) di mana Adam adalah aktivis untuk kedua-dua organisasi undergroundpelajar itu.
Lebih lanjut lagi di belakang tabir kedua-dua organisasi pelajar itu, AIC (Kelab Anwar Ibrahim) dan AMK PKR juga turut terlibat.
Turunkan Bendera Najib

Dalam perhimpunan itu, Adam Adli ‘bertindak berani’ dengan menurunkan bendera Perdana Menteri, Najib Razak yang berada ditiang hadapan pejabat UMNO Pusat tersebut, dan diganti dengan bendera ‘Akademik Freedom’.
Macam ada kaitan pula Akademik Freedom dengan Akademik Merdeka atau Akadami Freedom yang dilatih oleh Aziz Bari.
Betulkah Adam dilatih oleh Aziz di Akademi Freedom ?

Juga, cara modus operandinya seperti ada ‘sentuhan’ Hishamuddin Rais, yang pernah berdemonstrasi merampas ‘kuasa Naib Canselor UM’ semasa era 70-an lalu, sebelum ada kumpulan mahasiswa lain yang diketuai oleh Aziz Shamsuddin merampas semula ‘kuasa’ itu untuk diserahkan semula kepada Prof Diraja Ungku Aziz.
Sepatutnya, Adam tidak terpengaruh dengan idea Anwar atau Isham Rais, dia patut lebih berani lagi seperti ‘membakar diri’ di bangunan PWTC, sebagai meniru Revolusi Jasmine di Tunisia.
Belakang Tabir

Adam (bertanda bulat) bergambar bersama Anwar
Menurut blogger itu, nama penuh Adam Adli adalah Adam Adli bin Abd Halim, seorang pelajar UPSI, berusia 23 tahun dari Penaga, Pulau Pinang. Adam dikatakan bakal menjadi guru pendidik masyarakat.
Dalam satu foto lain, kelihatan lebih intim lagi. Anwar pegang bahu Adam, dan Adam pula peluk belakang Anwar.

Aura Anwar turut diakui oleh bekas orang kuatnya, Zahid Mat Arip. Kata Zahid, ‘jika lelaki yang dapat pikat wanita, itu biasa, tetapi jika lelaki yang dapat pikat lelaki, itu luar biasa’.
Blogger badutrakyat pula mendedahkan klip video pengelibatan Adam dalam demontrasi air anjuran kerajaan Selangor di Masjid Negara.
Dalam klip video di bawah, memang sah, Adam adalah ‘budak PKR’ yang gila demo, siap lilit bendera PKR lagi..
TQ AIDC
Post a Comment