Home » » NIK AZIZ UBAH KELANTAN JADI PUSAT MAKSIAT SELARI DGN NEGARA BERKEBAJIKAN?

NIK AZIZ UBAH KELANTAN JADI PUSAT MAKSIAT SELARI DGN NEGARA BERKEBAJIKAN?

Written By LAILANATASHA on Sunday, December 18, 2011 | 11:43 PM


Video Terbaharu Agen Johnson: Disko Halal Bandar Raya Islam

Apakah Kerajaan PAS Kelantan mengeluarkan permit atau lesen untuk pusat hiburan di Negeri Kelantan? Itu soalan yang perlu ditanya.
Kita tahu Kerajaan PAS Kelantan membenarkan Majlis Perbandaran Bandar Raya Islam dan lain-lain majlis daerah mengeluarkan lesen menjual arak kepada bukan Islam. Alasannya meminum arak itu dibenarkan dalam agama-agama lain. Bagaimanapun Kerajaan PAS Kelantan tidak membenarkan pengeluaran sebarang lesen perjudian dengan alasan judi itu tidak dibenarkan oleh semua agama. Nik Aziz juga berbangga menceritakan bagaimana para isteri sekumpulan masyarakat cina di Kelantan berterima kasih kepadanya kerana tidak mengeluarkan lesen judi.
Bagaimana pula pusat hiburan? Pusat hiburan yang di isi dengan perempuan-perempuan muda menari menghiburkan pengunjung. Pusat hiburan yang menyediakan perempuan-perempuan untuk melayan lelaki yang meminum arak di premis pusat hiburan tersebut? Bagaimana pula pusat hiburan yang menyediakan bilik khas (bilik VIP) untuk pengunjung yang mahu privasi bersama teman perempuan atau pelayan perempuan? Apakah alasan Nik Aziz, PAS Kelantan dan MPKB BRI terhadap kewujudan beberapa buat kelab hiburan elit dan bersepahnya kelab hiburan ‘co-kia’ di tepi-tepi jalan.
Apakah jawapan daripada PAS Kota Bharu bila hanya beberapa langkah kaki dari pusat Khidmat ADUN PAS Kota Lama menjadi sebutan sebagai segitiga maksiat di Kota Bharu?
Sejak kebelakangan ini Pihak Kerajaan PAS Kelantan mengambil langkah mendiamkan diri daripada menjawab segala yang telah dibuktikan di sini. Tindakan ini yang bagi mereka adalah sebagai tindakan untuk mengelak daripada isu ini tersebar lebih luas sebenarnya adalah satu tindakan bacul.
Tidak mengapa jika Kerajaan PAS Kelantan mengambil langkah mendiamkan diri tetapi bertindak terhadap segala yang dibuktikan, sebaliknya, mereka hanya diam-diam besi berkarat.
Di manakah Pemuda PAS? Bacul sungguh mereka? Tiadakah perasaan ingin menegakkan Islam dan ingin berjihad membersihkan Bandar Raya Islam dari maksiat? Atau jihad mereka ialah untuk memusnahkan alam sekitar untuk konsesi balak?
Nasib baik kita ada agen Johnson. Di bawah adalah video yang dirakamkan oleh agen Johnson.
Share this article :

+ comments + 3 comments

December 19, 2011 at 12:07 AM

ya allah..jgn lah turun bala kerana mereka yg jahil ini .. ampunilah mereka dan kita semua ...

December 19, 2011 at 10:56 PM

ADA JUGAK ORG BODOH MACAM AGEN JONSON NI YE,,

Anonymous
April 5, 2012 at 5:41 PM

ada jumpa melayu tonggang botol tak? nadi rakyat konon, tapi duk finah semacam.. butuh hang..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger