Home » » AZHAR IDRUS MULUT TAIK?? DAJJAL ZAMAN MODEN??

AZHAR IDRUS MULUT TAIK?? DAJJAL ZAMAN MODEN??

Written By LAILANATASHA on Thursday, January 12, 2012 | 8:24 PM





Ustaz...

Saya rasa, butiran yang terbit dari mulut ustaz tidak mencerminkan apa yang diamal atau yang diajar oleh Rasullullah SAW...

Dari video diatas, saya melihat dan mendengar ustaz mengajar tentang solat dan bacaan di dalamnya. Tanpa ustaz sedar, ustaz melencong menyelitkan hinaan, bohong, fatwa tidak benar dan fitnah yang jelas.

Ustaz juga menggunakan bahasa yang "sangat cantik" yang mencerminkan diri Ustaz sebenarnya. Setahu saya, Rasulullah SAW dan para sahabat pun baca kitab dan berdakwah jugak, tapi mereka tidaklah menggunakan bahasa seperti Ustaz,kan?

Ustaz menyatakan bahawa ulama-ulama yang masuk dalam TV itu bodoh dan sebagainya. Apa hak ustaz untuk menghina mereka sedemikian? Sekiranya saya mengatakan Ustaz sendiri bodoh, sudah tentu Ustaz tersinggung!

Namun saya nak tanya Ustaz, Ustaz ni pandai sangat ke? Bukankah kita ni semua jahil, ustaz..? Sepandai-pandai ustaz, ada ulama yang lagi pandai dari ustaz...kan?

Ustaz menghukum ulama-ulama itu masuk dalam tong taik? Sekular itu sesat? Fatwa dari mana Ustaz pakai? Atau ustaz pakai fahaman ustaz sendiri untuk menghukum begitu? Sekiranya sekular sesat, bayangkan berapa ramai umat Islam di dunia ini sesat...

Dalam ertikata lain, ustaz tuduh ramai umat Islam sesat. Benarkah begitu? Sekiranya Allah SWT menilai mereka tidak sesat, bagaimana? Saya sendiri tidak berani mengatakan sesiapa sesat selagi ulama muktabar tidak berkata demikian sebab saya sedar siapalah saya untuk menilai kesesatan seseorang...

Majlis fatwa, Mufti-Mufti dan para ulama muktabar di Malaysia dan dunia ni dah fatwakan sekular sebagai sesat ke, Ustaz? Hebat betul ustaz yer...!!!

Ustaz fitnah dalam masjid tu...tak elok betul laaaa...takde akhlak ke Ustaz?


Ustaz tahu tak dosa dan hukum memfitnah individu lain? Ustaz kata ulama muda terima 15 ribu dari UMNO sebulan? Heh! Betul ke ustaz? Atau ustaz sekadar dengar orang kata? Lepas dengar orang kata, tanpa memeriksa kesahihan itu, ustaz sebarkan cerita itu?

Bagaimana jika saya katakan kata-kata ustaz itu tidak benar dan merupakan fitnah? Ustaz tabur fitnah dalam masjid di dalam majlis ilmu? Mungkin ustaz tidak duduk di dalam tong taik, tapi mulut dan hati ustaz lagi jijik dari taik! Rasanya, tong taik lagi harum sikit baunya berbanding hati dan mulut Ustaz...

Maafkan saya sekiranya ustaz terasa dan tersinggung dengan tulisan saya ini. Saya tahu ustaz sokong PAS dan saya sokong UMNO. Meskipun berlainan parti politik, saya tetap menganggap ustaz sebagai saudara seagama saya. Namun begitu, saya tak tahu sama ada ustaz sudi mengaku saudara seIslam dengan saya atau tidak! Maklumlah kan...

Saya menulis ni sebab saya tak suka ustaz berbohong, tabur fitnah merata-rata lagi lepas ni. Kalau nak mengajar agama, buat la cara nak mengajar agama. Tapi kalau nak berpolitik, sila keluar dari masjid lah. Letakka sesuatu kena pada tempatnya lah, baru adil. Ustaz ni zalim ke?

Sedar la diri tu ustaz...ilmu ustaz pun tak la sehebat mana. Ustaz jadi terkenal pun sebab mulut ustaz dan hati ustaz yang suka buat kontroversi tu..maklum la puak-puak PAS macam ustaz ni memang suka dengan cara ceramah yang ustaz sampaikan. Apatah lagi kalau ustaz maki hamun UMNO, lagi diorang suka!

Persoalannya, cara begitukah yang Rasulullah SAW ajar? Heh! Balik muhasabah diri la ustaz. Tapi jangan lupa mintak maaf secara terbuka kat Ulama muda, ye...!!! Kalau Ustaz Fathul tak maafkan ustaz.."masak" la kat akhirat nanti...! Heh!

tq - dukeofumno
Share this article :

+ comments + 1 comments

February 9, 2013 at 7:15 PM

Betul. Saya pun berasa UAI juga kurang sesuai menjadi contoh ikutan kerana bahasa bahasa dan lawaknya yang kasar. Lebih2 lagi pada kalangan orang muda/kanak-kanak. Sudah tentu tidak elok jika mereka asyik mendengar perkataan2 kasar itu setiap hari. Contohilah Habib Ali Zaenal Abidin Pembimbing Majlis Taalim Darul Murtadza.Bercakap dengan lemah lembut dengan gaya dan mukanya mashaallah. :)

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger