Home » » BR1M SETIAP TAHUN UNTUK MEREKA YANG MENGHARGAI KERAJAAN BARISAN NASIONAL?

BR1M SETIAP TAHUN UNTUK MEREKA YANG MENGHARGAI KERAJAAN BARISAN NASIONAL?

Written By LAILANATASHA on Thursday, February 16, 2012 | 10:24 AM

brimxx


Kalau hendak dibuat tafsiran pada jawapan Datuk Seri Najib Tun Razak  mengenainya, sekurang-kurangnya beliau tidak tutup pintu kata TIDAK. Ini bab cakap-cakap yang mengharap Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 dijadikan amalan tahunan kerajaan.
Jawab soalan mengenai kemungkinan itu semasa sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional di PWTC Kuala Lumpur Rabu malam, beliau berkata. "kita tengok dulu, sampai masa kita umumkan."
Kebelakangan ini pembangkang cuba spin pemberian BR1M kepada golongan berpendapatan kurang daripada RM3,000 adalah umpan kerajaan untuk memancing undi PRU13.
Ahad lalu Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal kata di Ipoh kerajaan BN yakin BR1M dapat diteruskan sekiranya ekonomi negara berkembang pesat.
Dalam sidang media itu Najib memberitahu kerajaan sedia melanjutkan tempoh rayuan BR1M yang akan tamat pada 15 Mac ini jika terdapat rayuan, bagi memastikan kesemua mereka yang layak memperoleh bantuan itu.
"Rayuan ini akan diteruskan sehingga 15 Mac akan datang, (tetapi) sekiranya ada lagi, kita sedia lanjutkan supaya bantuan ini sampai kepada mereka yang ditafsirkan layak," kata Perdana Menteri.
"BR1M adalah satu bentuk bantuan kaedah berkesan yang dihargai rakyat, dan sekiranya ada permohonan mereka tidak diluluskan tetapi mereka layak mendapat bantuan itu, mereka bolehlah membuat rayuan," katanya.
Mengenai Himpunan Hijau 2.0 yang akan diadakan di Kuantan, Pahang pada 26 Feb ini bagi membantah kilang Lynas , Najib berkata setiap pihak mempunyai hak untuk berhimpun mengikut Akta Perhimpunan Aman.
"Buat apa nak atasi (perhimpunan ini), masing-masing ada hak untuk berhimpun di bawah Akta Perhimpunan Aman, jadi berhimpunlah atas undang-undang yang sedia ada.
"Buat apa kita nak bertindak, kita ada program kita sendiri, kita punya perhimpunan pun lagi ramai, lagi besar. (Biarlah) dia buat hal dia, kita buat hal kita," katanya.
Ditanya mengenai desas desus Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil telah menyatakan hasratnya untuk tidak meletak jawatan, Najib berkata: "Tidak, belum dibincangkan lagi. (Jawatan menteri) ia adalah hak mutlak Perdana Menteri".
Najib juga memberitahu mesyuarat itu meluluskan tiga pertubuhan menjadi anggota bergabung BN - Gabungan Wawasan Generasi  Felda, Persatuan Bekas Anggota Kemas Malaysia dan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia.
Tiga pertubuhan itu merupakan antara 11 permohonan yang telah diterima oleh BN untuk menyertai gagasan itu sebagai anggota bergabung.
Najib berkata permohonan lapan lagi pertubuhan sedang diproses dan ditapis Jawatankuasa Pengurusan BN
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger