Home » » PENYENARAIAN FELDA DI BURSA SAHAM MIMPI NGERI PEMBANGKANG

PENYENARAIAN FELDA DI BURSA SAHAM MIMPI NGERI PEMBANGKANG

Written By LAILANATASHA on Tuesday, March 20, 2012 | 10:26 AM




Isu penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) hangat diperkatakan. Apakah perkara utama yang terkandung dalam penyenaraian FGVH? Apakah faedah yang bakal dinikmati oleh para warga Felda? Apakah kesan keburukkan yang paling ketara kepada pembangkang?


PERKARA UTAMA FGVH
1.Para peneroka akan menukar kepentingan 51 peratus mereka di dalam Felda Holdings melalui KPF bagi mendapatkan 61 peratus penguasaan FGV. KPF memiliki 51 peratus di dalam Felda Holdings manakala FGV memegang baki 49 peratus


2. Syarikat milik Felda ini adalah hak orang Melayu, ia akan tetap terjaga dan menjadi milik orang Melayu


3. Tanah kebun dan tanah rumah milik peneroka tidak akan terlibat dalam penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn. Bhd (FGVH) ke Bursa Malaysia.
Tanah yang terlibat adalah tanah milik Felda sepenuhnya yang telah dipajakkan kepada FGVH selama 99 tahun.

4. Dengan tersenarainya FGVH di Papan Utama Bursa Saham,  maka ia akan diuruskan dengan cara paling professional  bagi menjadikan nya syarikat perladangan terkemuka di dunia.


5. Felda mampu menguasai pasaran global dan pasaran dunia bagi memastikan keuntungan lebih besar dapat dicapai.


6. Ia akan meletakkan Felda sebagai satu organisasi yang lebih mantap.


7. Pengurusan Felda yang lebih tersusun dengan hak bidang komersial akan diuruskan dengan tahap professional yang amat tinggi.


8. Felda akan dapat rakan kongsi yang merupakan syarikat antarabangsa supaya kita tidak lagi menjadi negara pengeluar minyak sawit sahaja tetapi juga meraih keuntungan di pasaran Eropah, China dan negara-negara lain.


9. Felda telah mengariskan strategi untuk meraih pendapatan RM1.5 bilion setahun setelah anak syarikatnya Felda Global Ventures Holdings (FGVH) disenaraikan.

10.   Felda akan mendapat keuntungan cukup besar dari segi hasil pengapungan (di Bursa Malaysia), faedah itu jika dilaburkan setiap tahun akan mendapat hasil hampir setengah bilion ringgit kepada Felda


11. Penyenaraian di Bursa Malaysia, Felda akan menjadi sebuah komoditi bertaraf antarabangsa dan bukan lagi hanya menjadi pengeluar getah atau sawit




FAEDAH BAGI WARGA FELDA


Masyarakat Felda akan terus menikmati segala kelebihan yang diperolehi sekarang selepas penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn. Bhd. (FGVH) di pasaran utama Bursa Malaysia kelak.


Perdana Menteri berkata, kelebihan seperti bonus tahunan dan duit raya akan terus dinikmati semua warga Felda, malah jumlahnya mungkin bertambah berbanding sebelum ini


Penyenaraian akan mencetuskan proses lonjakan kedua untuk masyarakat Felda melalui pemilikan saham dan syarikat global yang akan menjana dividen yang tinggi. 


KEBURUKKAN KEPADA PEMBANGKANG


Penyenaraian Felda Global Ventures Holding(FGVH) di bursa saham merugikan pembangkang.
Ia memberi banyak keuntungan kepada para peneroka dan ini jelas akan menyukarkan usaha mereka dalam mengurangkan kepercayaan peneroka terhadap kerajaan.


Felda kubu kuat BN.Daripada 222 kerusi parlimen, 25% undi adalah daripada kalangan warga Felda.




JANJI PERDANA MENTERI KITA 
"Saya memegang amanah Allahyarham ayahanda (Perdana Menteri Kedua, Tun Razak Hussain)... saya tidak akan mengkhianati apa yang diperjuangkannya, saya tidak akan buat sesuatu yang akan mendatangkan kemudaratan kepada Felda,”



TRANSFORMASI YANG HEBAT .. HIDUP BN!!
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger