Home » » AKTA KESALAHAN KESELAMATAN TENTANG KEGANASAN DEMI RAKYAT!! ANWAR KIT SIANG NIK AZIZ TAK SUKA?

AKTA KESALAHAN KESELAMATAN TENTANG KEGANASAN DEMI RAKYAT!! ANWAR KIT SIANG NIK AZIZ TAK SUKA?

Written By LAILANATASHA on Tuesday, April 17, 2012 | 8:21 AM




KUALA LUMPUR 16 April – Penguatkuasaan Akta Kesalahan Keselamatan 2012 akan mengekang kegiatan seseorang atau kumpulan yang mahu mengguling atau melemahkan demokrasi berparlimen dengan cara ganas dan tidak berlandaskan Perlembagaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, dengan kata lain jika terdapat mana-mana parti politik yang berhajat merubah teras pemerintahan negara kepada teokratik, maka mereka haruslah menggunakan cara-cara yang diabsahkan oleh Perlembagaan melalui peti undi untuk mendapat sokongan majoriti rakyat.


Serentak itu, beliau berkata, kerajaan akan menubuhkan satu Jawatankuasa secara pentadbiran untuk menyemak keseluruhan akta tersebut dari semasa ke semasa termasuk mengemukakan syor untuk penambahbaikan.
Jawatankuasa itu bukan sahaja akan dianggotai agensi berkenaan, tetapi juga Presiden Majlis Peguam dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Akta Kesalahan Keselamatan) Ini bersesuaian dengan prinsip bahawa rupa bentuk kerajaan hanya boleh ditentukan oleh rakyat itu sendiri.
“Lindung jamin terbesar dalam akta ini adalah kuasa dan kehendak rakyat. Kita harus maklum bahawa di tangan rakyatlah kuasa setiap lima tahun untuk mengamanahkan parti atau gabungan parti mana yang hendak diberi kuasa sebagai kerajaan. Itulah teras asas sistem demokrasi berparlimen,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang Baru Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Menurut Najib, paling utama tiga prinsip perlu kekal dalam sebarang evolusi kerangka perundangan baru itu iaitu untuk menangani perbuatan dan perlakuan berikut yang :-

i) mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Raja.

ii) mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia.

iii) mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 151, 153 dan 181 Perlembagaan Persekutuan.

Perdana Menteri berkata, sememangnya kerajaan tidak takut dan gentar untuk bersaing dalam gelanggang demokrasi serta juga tidak takut membandingkan idea serta dasar dengan sesiapa pun.
...
tq-bernama
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger