Program Sepetang Bersama Perdana Menteri di sini malam kelmarin cuba diganggu oleh dua tiga individu yang melaungkan perkataan BERSIH ketika Datuk Seri Najib Razak memulakan ucapan kepada kira-kira 1,000 hadirin.
Bagaimanapun, Perdana Menteri dengan tenang meminta mereka menghentikan gangguan itu dan boleh berjumpa dengannya kemudian. Mereka kemudian diam dan Najib meneruskan ucapan dengan lancar.
“Anda adalah minoriti. Jangan memaksa pandangan anda ke atas majoriti. Majoriti dalam dewan ini cintakan keamanan dan menghormati orang lain. Anda berilah ruang kepada saya dan hormatilah saya sebagai Perdana Menteri anda kerana saya adalah pemimpin yang sah di sisi undang-undang untuk negara,” katanya.
Dalam sidang media kemudian , Najib berkata, perbuatan itu tidak mencemari majlis dan dapat dikawal kerana ia sudah diduga berikutan perhimpunan BERSIH 3.0 baru-baru ini, sebaliknya sebahagian besar hadirin begitu mesra dan memberikan galakan kepadanya.
“Kita akan tayang video keseluruhan majlis itu sebab mungkin ada pihak cuba memberi persepsi berlainan. Jadi, kita nak betulkan hakikat yang berlaku. Saya percaya sebahagian besar suka keamanan dan tidak suka kekacauan.
“Ada segelintir suka ‘hijack’ (rampas) majlis itu. Saya tak mahu mereka berjaya dengan niat tidak baik mereka,” katanya
TQ-BHARIAN
Post a Comment