Home » » JIJIK 3 SUKU!! PARA PENGGANAS DAN PENJENAYAH SERAH DIRI ATAU DIBURU DI RUMAH

JIJIK 3 SUKU!! PARA PENGGANAS DAN PENJENAYAH SERAH DIRI ATAU DIBURU DI RUMAH

Written By LAILANATASHA on Thursday, May 10, 2012 | 11:42 AM



Ibu Pejabat Polis Bukit Aman memberi tempoh selama tujuh hari bermula hari ini kepada individu yang gambar mereka disiarkan untuk membantu siasatan perhimpunan Bersih 3.0 sama ada menyerah diri atau akan diburu sehingga ke rumah masing-masing.

Peringatan itu dikeluarkan selepas polis berjaya mengenal pasti butir-butir peribadi individu berkenaan yang sebahagiannya dilaporkan oleh orang awam.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin menegaskan, polis telah memberi tempoh menyerah diri yang panjang kepada 141 individu termasuk 25 lagi yang terbaru dikeluarkan hari ini.

Menurutnya, sehingga pukul 10.30 pagi ini hanya 12 orang yang menyerah diri atau ditahan dan daripada jumlah itu lapan individu telah didakwa manakala bakinya dibebaskan dengan jaminan dan 129 lagi individu masih dicari

tq-utusan







Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger