SAYA MUKTAMAD UNDUR DIRI |
MUSTAPHA ALI: TAK APA SAYA TUNGGU DULU, TAK KAN SEMUA NAK KUAR |
USTAZ HARON DIN & DR. HASSAN ALI: KAMI MINTA MAAF |
USTAZ HARON DIN: SORRY PAS |
USTAZ ISMAIL KAMUS: SAYA UNDUR... |
USTAZ HASSAN BASRI: PAS DAH SESAT |
YB NASHA: SORRY I MOVE OUT... |
KAMI BERUNDUR;
Haji Hadi, Ustaz Ismail Kamus, Dr. Harun Din, Dr. Hassan Ali, Ustaz Hassan Basri, YB Nasharudin dan ramai lagi.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kekal dengan keputusannya untuk tidak akan bertanding dalam pilihan raya akan datang walaupun kepimpinan PAS dan Pakatan Rakyat (PR) memintanya mengkaji semula keputusan tersebut. Hadi sebaliknya berkata, beliau sendiri akan mencari calon terbaik bagi menggantikan dirinya untuk bertanding di kedua-dua kerusi yang didudukinya di kawasan parlimen Marang dan juga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang.
"Jika mereka tidak berpuas hati dengan calon pilihan saya, saya akan terus mencari. Saya bertanggungjawab dalam hal ini dan akan terus mencari calon yang sesuai hingga mereka melepaskan saya," kata pemimpin veteran PAS berusia 65 tahun ini.
Beliau mengharapkan parti dan rakan PR akan menghargainya memandangkan beliau telah berkhidmat sebagai wakil rakyat selama 30 tahun dan empat penggal sebagai Ahli Parlimen. Hadi yang pernah tewas pada 2004 berkata, beliau telah terlalu lama dalam politik dan telah tiba masanya untuk beliau berundur.
"Saya penat. Sebagai presiden, saya perlu melawat ke seluruh negara. Sebagai wakil rakyat, saya perlu melawat kawasan saya.
"Saya rasa seperti mengabaikan kawasan saya kerana saya perlu berjauhan dengan Terengganu. Jadi lebih baik jika ada orang yang menggantikan saya," katanya.
Saya harap akan terus dibenarkan untuk fokus dalam hal ehwal parti," tambahnya yang akan mengekalkan kerusi presiden.
Hadi turut mempertahankan keputusan parti komponen PR itu untuk memindahkan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub ke Johor daripada Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang.
"Kami memutuskan Salahuddin akan bertanding di Johor. Ia menunjukkan perkembangan positif. Sebagai Naib Presiden, saya percaya beliau mampu untuk bekerjasama dengan pemimpin di sana," katanya.
Bagaimanapun, Hadi menjelaskan partinya belum membuat keputusan sama ada Ahli Parlimen Kubang Kerian itu akan bertanding kerusi parlimen ataupun DUN, atau kedua-duanya di negeri kubu kuat Umno tersebut.
Selain itu, Hadi turut menjelaskan PR sudah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum dengan hampir 80 peratus senarai nama calon sudah lengkap
sumber
Post a Comment