Home » » PERLUMBAAN DRAG!! SHABEERY CHIK LAWAT MANGSA KEMALANGAN..

PERLUMBAAN DRAG!! SHABEERY CHIK LAWAT MANGSA KEMALANGAN..

Written By LAILANATASHA on Monday, May 28, 2012 | 1:44 AM




alt



Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabeery Chik telah ke  Hospital Putrajaya untuk melawat mangsa dan keluarga akibat kemalangan pertunjukan perlumbaan drag, sempena Hari Jutaan Belia 2012 disini, malam tadi. 

Sebelum itu, seramai 17 penonton perlumbaan mengalami kecederaan termasuk empat yang parah apabila sebuah daripada kereta yang mengambil bahagian dalam acara tersebut itu. 

Dalam kejadian yang berlaku tengah malam tadi di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19, kereta terbabit dikatakan hilang kawalan semasa sesi ujian sebelum perlumbaan sebenar, menyebabkan ia melanggar sekumpulan penonton yang dikatakan berada di luar kawasan yang dibenarkan. 

Salah seorang mangsa, Ami bin Nakim, 26, berasal dari Bahau, Negeri Sembilan, mengalami patah kedua-dua kakinya sementara adiknya yang turut sama menyaksikan perlumbaan drag tersebut, hanya mengalami kecederaan ringan. 

Beliau yang ditemui memberitahu tidak menyalahkan mana-mana pihak dalam kemalangan itu dan menganggapnya sebagai perkara biasa terjadi dalam sukan permotoran.

alt

Shaari bin Ujang, 59, Felda Bukit Rokan dan bapa kepada Mohd Iskandar Rashiq, 20, salah seorang mangsa kemalangan memberitahu wartawan anaknya mengalami kecederaan parah di kaki dan kepala, masih lagi menjalani rawatan. 

Hamidah binti Zainal Abidin 51, Cheras, ibu kepada Fairus bin Jalaluddin, 27, turut mengesahkan anaknya terlibat dalam kemalangan malam tadi. Anak beliau kini berada di wad pembedahan dan mengalami kecederaan limpa pecah dan luka di hati.

alt

Kesemua keluarga mangsa yang ditemui memberitahu tidak menyalahkan mana mana pihak dalam kejadian tersebut. 

Kesemua keluarga mangsa menganggap kejadian tersebut harus dijadikan iktibar kepada semua yang terlibat, malah mengakui minat yang mendalam anak-anak mereka terhadap sukan permotoran itu. 






Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
May 28, 2012 at 3:02 AM

Penganjur sepatutnya mengambil langkah keselamatan yg paling tinggi krn bidang permotoran spt ini mmg berisiko tinggi utk sebarang kemungkinan...kenapa x buat di trek...?? Yg sudah menyediakn langkah2 keselamatan dan kedudukan penonton yg lebih selamat...contoh buat di litar sepang...klu nak bagi rakyat 1 malaysia merasa kecanggihan litar sepang...yg menjadi salah satu venue perlumbaan beprestij tinggi d dunia...bagi rakyat dan belia merasa sndiri...bukan buat di jalan raya yg bukan tempat utk sebarang aksi sukan permotoran sama ada aksi drag dll...nah siapa yg harus dipersalahkan...?? Yg pasti 17 org atau lebih cedera dlm insiden tersebut?? Siapa rugi?? Belia? Mak bapak? Penganjur? Kerajaan?..bukankah ada cara yg lebih terhormat utk mengajak belia sayangkan negara, pemimpin atau pun apa2 shj agenda yg baik utk belia...?? Adakah sekadar ini yg mampu/mahu diberikan kpd belia...yg lebih memalukan konsert K-pop pula dihidangkan oleh Penganjur dengan persembahan wanita2 seksi yg merangsang shahwat penonton sama ada lelaki atau wanita?? MasyaAllah...adakah ini yg dikatakan mampu mengubah/ transformasi yg dimahukan Pemerintah?? Pasti TIDAK...krn pemimpin kita tahu agama, tahu hukum krn ada mufti2/penasihat2 agama yg arif dlm perkara ini...kenapa pandangan mereka x diambil kira...?? Wahai penganjur sanggupkah kamu menanggung dosa/ bala dari Allah akibat program ini?? Mereka yg x terlibat dan x setuju mngkin akan menerima bala dari Allah...bertaubatlah segera dan carilah jalan dan lampu penyuluh kegelapan semoga kita semua kembali kepada-Nya dlm keadaan yg bersih dari dosa2 yg sengaja kita benarkan sendiri ianya terjadi walaupun kita ada kuasa ttp membiarkan kuasa yg diberi disalahgunakan...kembalilah ke jalan yg Lurus...wallahua'lam

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger