Ahli kariah masjid Bukit Antarabangsa di Hulu Kelang pada Jumaat membuat laporan polis untuk meminta siasatan dibuat terhadap dakwaan salah laku membabitkan Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa Mohamed Azmin Ali, seperti yang didedahkan oleh sebuah blog baru-baru ini.
Wakil penduduk itu Shaharuddin Mohd Yusof, yang juga Penolong Setiausaha Masjid Bukit Antarabangsa, serta 15 penduduk lain membuat laporan itu di Balai Polis Hulu Kelang kira-kira 3 petang.
Shaharuddin berkata dalam laporan polis itu, mereka meminta Azmin, yang juga Timbalan Presiden PKR membuat sumpah laknat berhubung dakwaan itu memandangkan beliau adalah wakil rakyat kawasan berkenaan.
Selain itu, mereka turut meminta isteri Azmin, Shamsidar Taharin, dan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, iaitu Presiden PKR dan isteri Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, tampil menjawab dakwaan Presiden Parti Bersatu India Malaysia Senator Datuk S. Nalakaruppan mengenai hubungan seks Anwar.
Sementara itu di KULIM, Persatuan Kebajikan Masyarakat dan Perpaduan Masyarakat Malaysia (Perkemas) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) segera menyambung siasatan terhadap Azmin yang didakwa terbabit rasuah.-1/6/2012
Berhati-hati di jalan raya...Azmin Ali ada 47 saman trafik
Dicelah Azmin Ali tengah bersilat menghadapi isu dakwaan memiliki jutaan ringgit dan harta bertimbun masa jadi Setiausaha Sulit kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di pejabat Timbalan Perdana Menteri dulu...ini ada satu hal lagi yang beliau perlu jawab.
Ia bukan soal Shamsidar dan juga bukan hal politik.
Isunya soal disiplin diri seseorang dalam mematuhi undang-undang jalanraya.
Rabu tersebar di internet senarai saman trafik yang YB Azmin kena setakat 25 Mei,2012.Jumlahnya bukan sedikit....47 saman.
Semua saman itu belum dijelaskan.
Saman-saman ini kena pada keretanya yang pakai nombor plat glamour BBM3. ( Berapa ringgit bida untuk nombor ini ? )
Ada kerana memandu laju dan ada kerana langgar papan tanda lalulintas.
Sebagai wakil rakyat yang sepatutnya mengamalkan kepimpinan melalui teladan...ini sudah kira foul.

Mungkin Azmin yang berjawatan Ahli Parlimen Gombak,Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa dan Timbalan Presiden PKR boleh bagi alasan sibuk terpaksa segera berkejar ke sana kemari 'mengejar undi'
Post a Comment