Home » » NURUL IZZAH DAN AISHAH MEROYAN DI SEKSYEN 16, SHAH ALAM

NURUL IZZAH DAN AISHAH MEROYAN DI SEKSYEN 16, SHAH ALAM

Written By LAILANATASHA on Friday, June 29, 2012 | 8:37 AM



Pada tanggal 24 Jun 2012 kepimpinan wanita Pakatan Rakyat telah mengadakan satu program rapat umum di Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Penghormatan untuk menjadi tuan rumah telah diberikan kepada PAS Cawangan Seksyen 16, Shah Alam. Program yang bertajuk “Wanita Suara Perubahan” ini diadakan kononnya untuk memberikan maklumat kepada kaum wanita tentang perjuangan Pakatan Rakyat. 


  


Panel yang hadir juga bukan calang-calang dimana program ini dihadiri oleh anak perempuan Ketua Pakatan Rakyat merangkap ahli parlimen Lembah Pantai Puan Nurul Izzah Binti Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri. Antara panel lain yang terlibat di dalam program ini ialah Siti Aishah Shaik Ismail (Ketua Serikandi PKR), Fareedah Samad (Ketua Ameerah PAS Pusat), YB Senator Mumtaz Md Nawi (AJK Pusat PAS) dan tidak lupa juga penampilan istimewa bekas penyanyi “antarabangsa” dan vokalis kumpulan Fan Club Wan Aishah Binti Wan Ariffin. 


Program yang dikhaskan untuk wanita tersebut diadakan bermula pada pukul 9:00 malam dan berakhir pada pukul 1:30 pagi. Sebagai tuan rumah, nampaknya PAS Cawangan Seksyen 16 telah berusaha sedaya upaya untuk mengajak orang ramai untuk hadir ke program tersebut. Banner dan bunting telah dipasang siap empat hari sebelum program itu diadakan. Namun begitu kehadiran orang ramai, terutamanya penduduk tempatan Seksyen 16 amat mengecewakan. Pelbagai cara dilakukan oleh tuan rumah sehingga terpaksa membuat pasar malam haram (tiada permit dari MBSA hanya perlu bayar kepada AJK PAS cawangan) untuk menarik perhatian orang ramai. Boleh dikatakan kehadiran program adalah hambar, kebanyakkan yang hadir adalah dari tempat-tempat lain. 


Keadaan tidak selesa jelas dapat dilihat daripada reaksi para hadirin kerana sikap sombong dan kasar unit amal yang bertindak sebagai agen-agen keselamatan, kononya takut jika diganggu kacau oleh ahli-ahli UMNO dan Barisan Nasional. Semasa program sedang berlangsung, dengan lagak samseng juak-juak unit amal PAS ini duduk bersembang dan tidak langsung menghiraukan laluan trafik yang sesak akibat program yang mereka anjurkan itu. 


Program dimulakan dengan kata-kata aluan oleh pengerusi majlis yang nampaknya terlalu gemuruh berada diatas pentas. Jelas kelihatan beliau mengigil ketika memulakan bacaan doa. Mungkin pengerusi majlis yang begitu muda tahu penipuan yang akan disampaikan oleh para panel dan merasa seram sejuk takut-takut doa yang dibaca tidak akan diterima. 


Selesai ucapan pengerusi majlis, panel pertama Fareedah Samad (Ketua Ameerah PAS Pusat) dijemput untuk berucap diatas pentas. Wanita bertudung labuh ini memulakan topik ceramahnya dengan puji-pujian kepada Mat Sabu. Beliau menidakkan segala perkara yang dikatakan oleh Mat Sabu berkenaan ideologi komunisme dalam ceramah beliau tidak lama dahulu. Fareedah juga mengibaratkannya segala kontroversi yang terjadi adalah sebagai fitnah yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan kerana takut kepada kehebatan Mat Sabu yang memperjuangkan kebenaran. Kekeliruan yang cuba dicetuskan oleh Fareedah Samad nampaknya tidak berhasil, ini kerana terdapat beberapa hadirin yang duduk dibelakang menjerit “ADA DALAM YOUTUBE LAH!”. Fareedah yang berasal dari luar Shah Alam mungkin terlupa ataupun tidak tahu bahawa kebanyakkan penduduk di Shah Alam mempunyai akses internet dan video Mat Sabu mendewa-dewakan komunis telah ditonton oleh semua penduduk di sini. Usai membuat ucapan Fareedah Samad duduk termanggu-manggu, mungkin kerana memikirkan dosa beliau memfitnah dan membuat cerita bohong yang telah disampaikannya tadi. Fareedah Samad juga menyerang Kerajaan Persekutuan kerana membenarkan kumpulan-kumpulan muzik K-POP untuk membuat persembahan semasa Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya beberapa bulan dahulu. Namun,tidak disebutkan pula pendapat beliau tentang persembahan “K-POP Bertam Night” yang dianjurkan teman sebantal PAS, Parti Keadilan Rakyat di Pulau Pinang baru-baru ini. Mungkin kebodohan Mat Sabu telah berjangkit kepada Fareedah Samad, kerana mengutarakn isu-isu yang tidak releven dan merosakkan perjuangan parti mereka sendiri. 


Panel kedua pula adalah Siti Aishah Sheikh Ismail yang begitu bersemangat sehinggakan belum pun namanya habis disebut oleh pengerusi majlis, beliau telah berdiri untuk mencapai mikrofon. Hadirin dan hadirat terkejut dengan tindakan Siti Aishah Sheikh Ismail kerana memilih untuk tidak memberi ceramah diatas pentas. Setelah mendapat mikrofon Siti Aishah segera turun dari pentas dan memberikan ceramahnya di bawah. Mungkin Siti Aishah kesilauan disebabkan oleh penganjur yang meletakkan terlalu banyak lampu diatas pentas. Ataupun, mungkin beliau malu kerana takut diintai oleh beberapa lelaki wakil PAS Selangor yang duduk betul-betul dibelakang podium penceramah. Sedang sibuk memutarbelitkan isu scorpene dan memfitnah tunang kepada anak Perdana Menteri Malaysia, mikrofon yang digunakan Siti Aishah tiba-tiba tidak berfungsi. Beliau kelam kabut mengarahkan unit amal PAS yang juga mengendalikan sistem bunyi untuk membetulkan mikrofonnya. Namun kerana tidak berjaya, Siti Aishah berlari-lari kecil menaiki tangga pentas untuk menggunakan mikrofon yang telah disediakan di podium. Sesampainya diatas pentas Siti Aishah terus berkata “INI SEMUA UMNO PUNYA KERJA LAH NI”, mungkin bertujuan ingin melawak tetapi kata-kata Siti Aishah itu disambut dengan bisikan-bisikan kecil oleh mereka yang hadir. Oleh kerana ucapannya yang tidak menarik dan lawaknya tidak mendapat sambutan Siti Aishah cepat-cepat menamatkan ceramahnya dan duduk bersebelahan dengan YB Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar. 


Nama YB Nurul Izzah pula disebut sebagai panel ketiga. Beliau bangun dan segera mengarahkan ucapannya kepada “kepayahan” yang telah ditempuhi oleh bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim. Buat sekian kalinya cerita-cerita mengenai reformasi 1998 dibangkitkan semula. Nama Tun Dr Mahathir Mohammad juga disebut-sebut oleh Nurul Izzah, namun ia tetap tidak dapat menarik perhatian hadirin yang sudah semakin beransur pulang. Setelah menamatkan ucapannya dengan laungan takbir yang hanya disambut oleh anggota unit amal PAS, Nurul Izzah segera pulang dan meninggalkan majlis secepat mungkin. Mungkin kerana malu ceramah pada kali ini tidak sama seperti ditempat lain. Mungkin juga beliau kesal kerana tidak lagi dipandang tinggi seperti zaman pasca reformasi dahulu. Hanya Tuhan sahaja tahu apa yang bersawang di dalam benak anak perempuan Ketua De Facto PKR ini. 


Wan Aishah Wan Ariffin pula menjadi panel seterusnya. Sungguhpun Wan Aishah ini pernah menjadi artis bertaraf antarabangsa suatu ketika dahulu, keterlibatan dalam PAS mungkin telah menyebabkan beliau begitu lembap sehinggakan ramai pengunjung yang meninggalkan majlis selepas beberapa minit beliau memegang mikrofon. Wan Aishah juga nampaknya telah belajar dengan juak-juak PAS untuk mencaci dan menghina keperibadian orang lain. Dengan nada suara yang lemah dan gaya pengucapan seperti orang yang baru bangun dari tidur, Wan Aishah tak ubah seperti seorang pemabuk yang telah diberikan mikrofon untuk bercakap. Kini hanya yang tinggal dikerusi hadirin adalah orang-orang kuat PAS yang jumlahnya mungkin 15 orang. Topik yang diutarakan oleh Wan Aishah bukanlah topik politik atau pembangunan, namun lebih berkisarkan tentang jumlah beg tangan dan barang kemas orang lain. Tiada satu pun perkataan yang dikeluarkan oleh Wan Aishah pada malam itu yang boleh mendatangkan apa-apa kesan kepada pembangunan ataupun senario politik negara. Wan Aishah adalah seorang pengumpat yang telah diberikan mikrofon untuk berkata-kata. Mungkin kerana Pakatan Rakyat yang selama ini menolak hiburan dan mengkafirkan artis-artis Malaysia telah kehilangan idea untuk menggunakan Aishah sebaik mungkin. Walaupun jam sudah menunjukkan pukul 12:45 pagi, program itu masih diteruskan lagi dengan penceramah terakhir. 


Kali ini nama YB Senator Mumtaz Md Nawi pula dijemput untuk memberikan ucapan. Namun begitu sempat juga pengerusi majlis mengarahakan juak-juak ajk PAS agar segera mengutip derma kepada hadirin yang makin lama makin susut. Mungkin pengerusi majlis takut, sekiranya dibiarkan sehingga akhir program tiada kutipan dapat diambil kerana sebahagian besar hadirin telah pun beransur pulang. Maka turunlah juak-juak PAS kesekitar tapak ceramah, dan dihulurkannya beg-beg derma kepada setiap yang hadir. Hanya seorang dua sahaja yang mencampakkan wang kedalam karung derma itu. Manakala makhluk-makhlik berserban yang lain hanya menggelengkan kepala sambil memberikan senyuman tawar kepada para peminta sedekah PAS. 


Walaubagaimana pun, tahniah harus diucapkan kepada PAS Cawangan seksyen 16 kerana berjaya meletakkan batu nisan diatas kubur Pakatan Rakyat untuk PRU-13 akan datang. Program kali ini telah menunjukkan bagaimana warga tempatan telah muak dan mual dengan ceramah-ceramah fitnah yang dianjurkan oleh mereka selama ini. Tahniah juga harus dikalungkan kepada panel-panel yang hadir kerana telah menunjukkan bahawa Pakatan Haram ini hanya bergantung kepada ketaksuban pengikut mereka untuk menguasai negara. Sekirannya para pengikut Pakatan Haram telah tersedar, nescaya tiada lagi cakap-cakap riak dari pemimpin-pemimpin Pakatan Haram yang kononnya ingin menawan Putrajaya dalam PRU-13 akan datang




link
Share this article :

+ comments + 8 comments

Anonymous
June 29, 2012 at 9:18 AM

Hebat bro...I respect U punya citer best giler.
Memang ayat putar belit alam...wahahaha.

Anonymous
June 29, 2012 at 11:31 AM

Memang best baca, macam cerpen hingga sy dapat membayangkan keadaan keseluruhan tempat tu. Apalah nak jadi dgn wanita2 pakatan, cerita dah basi semua dipusing. Inilah yg orang kata 'lebih baik diam dari berkata-kata'.

June 29, 2012 at 12:14 PM

Cuba dgr ustodzah ummi habisda ceramah lak.. Kihkihkih.

Anonymous
July 4, 2012 at 9:34 AM

Salam.
Semoga Allah memberikan taufik dan hidayah kepada kita semua... Jauhi drpd memburukkan org serta membuat fitnah, Sesungguhnya syurga itu benar,Neraka itu benar, Mati itu benar, dan seksaan kubur itu benar... Bertaubat dan insaflah sebelum datangnya ajal kpd kita..
Wassalam.

Anonymous
July 4, 2012 at 11:02 AM

United Malay NO lah...hikhikhik serik doh 54 tahun

July 5, 2012 at 12:02 AM

Alhamdulillah...terimakasih kerana bersama2x memeriahkan majlis pada mala tuu... mesti dengar dengan telitikan .. cuma .. kalo betulkan niat tuu.. banyak faedah dan pahala dari Allah ..Semoga .. sheikh yg menulis nii.. mendapat taufik & hidayah dari Allah

Anonymous
October 12, 2012 at 8:28 PM

baik baca citer sang kancil tipu buaya lagi best..kahhhkaahhh..kaa..hhh

Anonymous
December 5, 2012 at 5:12 PM

ada gambar sebagai bukti yang majlis ini tak dapat sambutan? kenapa tak letak skali.. biar rakyat sendiri yang menilai

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger