Demonstrasi
Unik kerana belum pernah rakyat marhaen di mana-mana tempat datang beramai-ramai ke pejabat MB dengan membawa bersama cangkul, kereta sorong dan peralatan pembinaan usang untuk didermakan kepada kerajaan negeri.
Sinis kerana baru sahaja kira-kira seminggu lalu kerajaan negeri PAS Kelantan meminta rakyat menderma wang ringgit untuk tujuan pembinaan lebuhraya Kota Bharu - Kuala Krai (KB-KK) yang sebelum ini dirasmikan oleh Nik Aziz.
Selama ini Nik Aziz dan PAS Kelantan sentiasa selesa dan yakin kelemahan pimpinannya membawa kemajuan untuk rakyat dapat ditampung dengan berselindung di sebalik jubah dan hujah agama selain menuding jari dan mengalihkan beban kesalahan kepada kerajaan pusat.
Apabila muncul sekumpulan rakyat yang mewakili pelbagai NGO dengan peralatan pembinaan usang ketahuilah tahap kesabaran rakyat sudah sampai ke kemuncaknya.
Projek Lebuhraya KB-KK sepanjang 73km yang bernilai RM1.8 bilion itu sudah menjadi satu bebanan yang merintis desakan dari rakyat yang menuntut supaya kerajaan PAS Kelantan tidak hanya pandai berjanji dan memerah duit rakyat, sebaliknya mesti serius menunaikan janji.
Dahlah konsep meminta rakyat mengeluarkan duit sendiri konon atas nama derma kebajikan langsung tak menepati dasar PAS yang mahu menjaga kebajikan rakyat, harapkan sembang saja kuat tapi balik-balik rakyat yang kena berkorban, baik tak payah ada kerajaan yang tadbir negeri.
Lagipun sudah banyak projek pembangunan yang dicanang keliling kampung oleh Nik Aziz misalnya Koridor Depu, penternakan kambing Jamnapari, Ladang Rakyat, Bandar Baru Pengkalan Kubur serta berbelas lagi projek lain yang semuanya hanya gah semasa perlancaran kemudian senyap tanpa perkhabaran.
Sekarang tiba-tiba pula datang janji dan propaganda baru konon nak buat lebuhraya, mana tak marahnya rakyat.
Janji lama berbakul-bakul belum ditunaikan malah bekalan air bersih pun masih banyak yang sangkut - jadi bila kereta sorong usang singgah depan pejabat, tolonglah faham kesabaran rakyat ada hadnya, belajarlah menunaikan janji bukannya terus menabur janji.
Bukankah manusia yang gemar mungkir janji tergolong dalam kalangan munafikun. Atau sememangnya Nik Aziz dan pimpinan PAS lebih selesa dengan gelaran tersebut?
Post a Comment