Home » » LAJIM UKIM TAHU ANWAR PELAKU SEKS DI VIDEO DAN PERASUAH , KERONISME

LAJIM UKIM TAHU ANWAR PELAKU SEKS DI VIDEO DAN PERASUAH , KERONISME

Written By LAILANATASHA on Monday, July 30, 2012 | 4:02 PM


Lajim Ukin Sendiri Akui Anwar Ibrahim Pelaku Video Seks

Datuk Seri Lajim Ukin kelmarin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi Umno, Ketua Umno Bahagian Beaufort dan pengerusi Barisan Nasional (BN) Beaufort berkuatkuasa serta-merta. Dan beliau juga menyatakan sedia berkerjasama dengan pihak pakatan pembangkang terutama Anwar Ibrahim.

Malah semalam beliau Lajim Ukin menyambut ketibaan Anwar Ibrahim ketua umum Pakatan Pembangkang di lapangan terbang Antarabangsa Kota Kinabalu Sabah. Sambutan dari seorang yang Gomo kenal pada PRN Sarawak yang lalu.

Gomo tidak mahu mengulas mengenai perletakkan jawatan ataupun apa apa pekara mengenai jawatan Lajim Ukim dalam UMNO ataupun jawatan beliau dalam barisan kabinet. Apa yang Gomo nak ulas disini adalah pengalaman Gomo bersama beliau Lajim Ukin di Pilihanraya Negeri Sarawak tahun lalu.

Gomo turun membantu Barisan Nasional pada PRN Sarawak lalu dan pada waktu inilah Gomo diperkenalkan oleh rakan blogger Rafi Awang Kecik kepada Lajim Ukin dilobi Hotel Pull Man Kuching. Turut sama dengan Gomo waktu itu adalah rakan blogger Gerakan ANti PKR dan juga Pisau.Net.

Video Seks Anwar Tersebar Seluruh Negara

Waktu itu kecoh mengenai video Seks Anwar Ibrahim dan semua orang tahu bahawa Papa Gomo dan Gerakan Anti PKR yang mula mula menyebarkan video tersebut. Mungkin atas faktor tersebut Lajim Ukin berminat untuk berjumpa Gomo dan GAP dan pertemuan tersebut diatur oleh Rafi Awang Kecik.

Kami duduk santai biasa biasa sahaja dan hanya tertumpu mengenai masaalah moral Anwar Ibrahim. Antara Gomo, GAP, Pisau dan juga Rafi Awang Kecik. Lajim Ukin lah paling banyak sekali mendedahkan masaalah moral Anwar Ibrahim. Dari masaalah moral sampailah kepada masaalah Rasuah, Keronisme yang dilakukan Anwar Ibrahim dijelaskan oleh Lajim Ukin.

Lajim Ukin sendiri mengesahkan bahawa Anwar Ibrahimlah perosak UMNO dan memang tepat tindakan Tun Mahathir memcat Anwar Ibrahim. Malah Lajim Ukin juga mengakui betapa rakusnya Anwar Ibrahim sehingga meluluskan perjudian di negeri Sabah sewaktu beliau menjawat jawatan Menteri Keewangan dan Timbalan Perdana Menteri.

Pendek kata pertemuan kami itu memberikan banyak manfaat buat Gomo, GAP dan Pisau dalam mengetahui lebih mendalam sikap syaitan bernama Anwar Ibrahim ini.

Selang sejam kami berbicara mengenai Anwar Ibrahim, Lajim Ukin bertanyakan mengenai video seks Anwar Ibrahim dan China Doll. Dan Gomo yang merupakan Blogger yang telah menyaksikan rakaman tersebut memberikan Tab Galaxy Gomo kepada Lajim Ukin untuk beliau tonton video tersebut.

Reaksi Lajim Ukim yang pertama sekali apabila melihat kelibat lelaki dalam video tersebut yang Gomo masih ingat sampai kehari ini:

"Sah memang Anwar ini."


Itulah kata kata Lajim Ukin apabila melihat video seks Anwar Ibrahim dan China Doll. Lajim Ukin melihat video tersebut sampai habis dan dalam beliau menyaksikan video tersebut mulut beliau tidak henti henti berbicara soal Anwar Ibrahim yang tidak berahlak dan tidak bermoral apatahlagi untuk menjadi pemimin rakyat Malaysia.

Selesai menonton video Seks Anwar Ibrahim dan China Doll beliau Lajim Ukin meminta video tersebut untuk dimuat naik kedalam Tab Galaxy beliau. Rakan blogger Pisau.Net kemudiannya mengambil Tab Gomo untuk dibluetooh kepada Tab Lajim Ukin dan Gomo serta rakan lain masih ingat apabila selesai video Seks Anwar Ibrahim didownload beliau menyatakan:

"Saya nak kasi orang saya semua tengok siapa Anwar Ibrahim ini"

Itulah pertemuan pertama Gomo dan Lajim Ukin dan sesiapa sekalipun boleh bertanyakan kepada Lajim Ukin mengenai pekara ini dan Video Seks Anwar Ibrahim yang Gomo berikan kepada beliau.

Tetapi hari ini beliau Lajim Ukim MENJILAT balik kata katanya keatas Anwar Ibrahim. Beliau Lajim Ukim sanggup berkiblatkan Anwar Ibrahim semata mata kerana kuasa yang beliau inginkan iaitu Jawatan Ketua Menteri Sabah. Sunggup tak bermoral dan tidak berperinsip Lajim Ukin. Sungguh jelek perbuatannya waktu ini.

Inilah politik yang Gomo benci, politik Hipokrit yang sememangnya amat kotor untuk dicontohi rakyat Malaysia. Satu politik jijik yang sanggup menjilat semula kata kata yang dihamburkan sebelum ini. Pada Gomo Lajim Ukin tidak ubah seperti bangkai yang sudah berulat dan membusuk sampai ke tulang.

Buat Lajim Ukin, berpolitik lah setakat mana yang anda mampu, namun untuk membohongi diri anda bahawa Anwar Ibrahim tidak layak mentadbir Malaysia adalah pahit sama sekali. Minta anda Lajim Ukin buat kenyataan terbuka apakah Anwar Ibrahim layak menjadi Perdana Menteri?

Semoga rakyat Malaysia sedar bahawa mereka yang berpaksikan Anwar Ibrahim ini bukanlah kerana rakyat tetapi adalah kerana Sikap TAMAK HALOBA dan kerakusan diri dalam mencari kekayaan untuk diri sendiri semata mata.



sumber
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger