Home » » JENAZAH LEWAT DIMANDIKAN KERANA AIR DAH LAH KOTOR TERPUTUS PULAK

JENAZAH LEWAT DIMANDIKAN KERANA AIR DAH LAH KOTOR TERPUTUS PULAK

Written By LAILANATASHA on Thursday, August 2, 2012 | 6:54 PM




TUMPAT – Angkara krisis air yang semakin kritikal di Kampung Bendang Pak Yong Atas Kok, pengkebumian jenazah seorang warga emas tertangguh apabila mayatnya tidak dapat dimandikan berikutan air bersih yang dibekalkan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) terputus.

Disebabkan masalah itu, jenazah Che Yah Chik,93,yang meninggal akibat sakit tua di Hospital Tumpat pada jam enam pagi tadi terpaksa terpaksa ditangguhkan pengkebumiannya kira – kira empat jam.

Bagaimana pun, masalah jenazah tidak dapat dimandikan selesai apabila keluarganya menghubungi AKSB meminta dibekalkan air dengan lori tangki.

Cucunya, Mahadi Mokhtar,47 berkata, dia amat kesal dengan kelewatan pengkebumian jenazah neneknya yang sepatutnya boleh disempurnakan sebelum waktu Zohor lagi.

“Jam 11.30 pagi baru AKSB hantar air, disebabkan itu proses untuk memandikan jenazah lewat. Sekiranya air ada, mungkin kelewatan ini tidak akan berlaku.

“Nenek bukannya ada saudara jauh yang perlu ditunggu untuk melihat jenazahnya kerana saya seorang saja cucu tunggalnya yang menjaga dan tinggal bersamanya selama ini,” katanya kepada DetikPerubahan.com di sini hari ini.

Menurutnya, masalah air terputus di sinI semakin kritikal bukan sahaja jenazah tidak dapat dimandikan tetapi rutin harian juga terjejas.

“Bulan puasa ini langsung air tak ada, nak memasak nasi waktu sahur pun susah,” katanya.

Mahadi berkata, walau pun pengkebumian jenazah neneknya menimbulkan kekecohan, tetapi dia bersyukur arwah neneknya dapat dikebumikan kira – kira jam 3.30 petang tadi di tanah perkuburan islam Baru Bendang Pak Yong.

MI - Tuan Guru Nik Aziz wajar jawab di akhirat

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger