AES telah dilaksanakan untuk mengurangkan kemalangan dikalangan 
pengguna jalan raya, di mana secara purata, 18 orang meninggal dunia 
akibat kemalangan.  Kos sosial dan ekonomi yang ditanggung oleh kerajaan
 untuk menguruskan kemalangan jalan raya menjangkau RM9bilion.  Sebanyak
 831 buah kamera akan ditempatkan mengikut fasa di kawasan black spot 
yang telah dikenalpasti oleh MIROS (Malaysian Institute of Road Safety).
  AES ini dilaksanakan sepenuhnya oleh syarikat swasta, iaitu  ATES 
 Sdn. Bhd. dan Beta Tegap Sdn. Bhd.   Walau bagaimanapun, saman yang 
dikeluarkan tersebut adalah oleh JPJ setelah semua maklumat berkaitan 
pesalah dikenalpasti.  Sehubungan itu, projek ini tidak melibatkan kos 
kepada kerajaan.  
Isu yang ditimbulkan
•        AES adalah satu cara untuk mengambil wang rakyat
•        AES membebankan rakyat
•        AES mempunyai banyak kekurangan
•        AES perlu ditangguhkan
AES
 sebenarnya dilaksanakan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya, AES 
sekarang menumpukan kepada dua kesalahan sahaja , iaitu, speeding dan 
melanggar lampu merah.  MIROS telah mengenalpasti bahawa kedua-dua 
kesalahan in menyumbang kepada kemalangan yang tertinggi.  Oleh yang 
demikian, untuk menangani perkara ini AES telah dilaksanakan.
Undang-undang adalah untuk dipatuhi, jika kita 
melanggar had laju atau lampu trafik ianya merupakan satu kesalahan dan 
jika ditangkap dan terbukti akan disaman, sama seperti 
kesalahan-kesalahan lain.  JIka rakyat tidak mahu ikut peraturan dan 
undang –undang maka negara akan hancur.  Adakah ini bermaksud kita 
memberi subsidi kepada peragut supaya meraka tidak meragut lagi ? 
I8 kematian secara purata direkodkan setiap hari, 
berapa ramai yang menjadi anak yatim piatu, berapa ramai ibu bapa yang 
kehilangan anak-anak.  
AES akan menangkap gambar semua kenderaan termasuk motosikal yang melanggar had laju.
Kerajaan mempunyai sebab untuk melaksanakan had laju 
tertentu di kawasan-kawasan tertentu, berdasarkan infrastruktur jalan 
yang sedia ada yang hanya boleh menampung sesuatu kemalangan jika dalam 
had laju tertentu, jika terlebih ianya akan memudaratkan pengguna jalan 
raya.
Dapatan sehingga kini, data-data menunjukkan bahawa 
kes-kes pelanggaran had laju dan lampur trafik di kawasan-kawasan yang 
di mana terdapat kamera AES telah berkurangan.  
“Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya”,  “Prevention is better than cure”

+ comments + 1 comments
Nice fact Laila!! Good job!!
Post a Comment