Home » » Mahfuz Dan Salahuddin Tidak Bersama Hadi Awang ?

Mahfuz Dan Salahuddin Tidak Bersama Hadi Awang ?

Written By LAILANATASHA on Wednesday, November 21, 2012 | 8:00 PM




Dalam kelam kabut menyusun calon PRU 13, kelam kabut menyusun barisan kabinet kiranya pakatan haram menang dan dalam kelam kabut menentukan serta melobi jawatan Perdana Menteri, akhirnya dua orang kuat pas menikus tidak berupaya bersuara menyokong hasrat akar umbi pas yang begitu ghairah mencanangkan Hadi Awang sebagai PM kiranya mereka menang.

Semalam, di lobi parlimen, kedua pemimpin tertinggi pas, Mahfuz Omar dan Salahuddin bila ditanya, siapakah bakal PM kiranya pakatan haram menang, mereka berdua seolah berjanji dan sudah sepakat untuk tidak menamakan Hadi Awang, Presiden mereka sendiri sebagai PM. Sebaliknya hanya menjawab, menang dulu PRU baru kita tahu.

Apakah isyarat ini mereka berikan kepada akar umbi supaya jangan terlampau ghairah canang nama Presiden mereka sendiri sebagai PM atau isyarat ini menjelaskan bahawa geng anwarinas akan bersama Anwar selepas PRU13 ?

Sikap gantung telor ini amat mengecewakan ahli pas sendiri, seolah-olah dilihat Hadi Awang tidak mampu untuk menjadi pemimpin No 1 negara. Sumber dalaman parti juga memberitahu bahawa kumpulan anwarinas dalam pas semakin besar dan inilah sebabnya mereka dilihat sebagai dominan dalam setiap keputusan majlis tertinggi pas termasuk syura dewan ulama.

"Play safe" juga jelas kelihatan di wajah kedua pemimpin tertinggi pas ini, supaya ahli melihat mereka matang berpolitik, tetapi strategi ini jelas memakan diri bila mereka telah d bandingkan dengan keupayaan UMNO BN dalam mempertahankan Pemimpin No 1 parti.

Kalau UMNO atau parti komponen BN yang lain, mereka akan terus memberikan sokongan padu kepada Presiden parti mereka, kenapa tidak berlaku sedemikian dalam pas ? Inilah yang menyebabkan ramai ahli pas mula kecewa kerana sudah masuk unsur mencari kekayaan dalam parti.

Isu Ketua Pemuda Pas Malaysia mengaku menerima gaji bulanan juga hebat diperkatakan selepas tamat muktamar pas baru-baru ini, ramai ahli mereka sendiri tidak tahu bahawa wujudnya 'pengambilan duit bulanan" bagi jawatan tertentu dalam parti.

Apakah unsur 'big brother' yang sponsor duit kepada pemimpin pas itu benar seperti yang didedahkan bahawa Mat Sabu dibayar RM15k sebulan bersama sembilan pemimpin pas yang lain ?
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger