Home » » PAS Yakin Anwar Kaki Liwat Dan Kaki Zina!! Wan Azizah Meraung

PAS Yakin Anwar Kaki Liwat Dan Kaki Zina!! Wan Azizah Meraung

Written By LAILANATASHA on Tuesday, November 20, 2012 | 1:04 PM


Matlamat dan visi PAS telah dizahirkan di Muktamar PAS ke-58 yang berakhir dengan doa menghancurkan UMNO. Dengan ini PAS mengistiharkan bahawa Putrajaya adalah satu-satunya matlamat hidup parti itu. PAS sanggup lakukan apa sahaja walaupun terpaksa menjual dan melacurkan Islam dan maruah untuk memastikan cita-cita mereka ke Putra Jaya terlaksana. Maka  apa saja yang mampu mengganggu atau menyukarkan perjalanan ke Putra Jaya, wajib ditutup, diketepikan atau dimusnahkan.
Hadi Awang dengan angkuh meluahkan angan-angannya selama ini yang  perlantikannya sebagai Perdana Menteri nanti akan bermakna Islam telah menang dan jika beliau ditakdirkan meninggal dunia selepas itu, maka beliau bersedia walaupun beliau menjual dan melacurkan Islam untuk ke Putra Jaya.
Sungguh aneh bilamana Hadi Awang  mengistiharkan dirinya lambang kemenangan Islam sedangkan dengan DAP yang anti Islam serta Melayu, dan PKR pula berkiblatkan barat sehinggakan Anwar tersenarai sebagai tokoh liberalisme dan pluralisme di rantau ini. Jelas, bahawa Islam hanyalah mainan politik bagi PAS. Namun, ini sudah pun diketahui umum.
Selama ini pakatan haram telah sehati sekata  meletakkan Anwar sebagai bakal PM tetapi kini semuanya berubah. Isunya  kini bukan lagi sikap PAS yang mempolitikkan Islam tetapi tentang kenapa persoalan mengenai Hadi Awang menjadi Perdana  Menteri boleh timbul dalam Muktamar kali ini ?


Nampak gayanya PAS cukup maklum akan siapakah Anwar Ibrahim dan PAS tidak sanggup menerima kaki liwat, kaki zina dan kaki rasuah sebagai Perdana Menteri. Selama ini PAS cuba menafikannya, cuba menepisnya dan cuba mengtidak-apakan segala keburukan Anwar tetapi akhirnya PAS terpaksa mengambil-kira keresahan akar umbi kerana bimbang tidak mampu mengekalkan sokongan dalam menghadapi pilihanraya.
Walaupun selama ini  Hadi Awang sendiri bertungkus lumus membela Anwar dengan menyatakan yang video hanya besi dan tidak boleh diambil  kira sebagai saksi atau bukti namun  hari ini terbukti bahawa Hadi Awang sebenarnya meragui kata-katanya sendiri. Beliau pada hakikatnya cukup tahu dan yakin bahawa Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana penuh dengan skandal yang begitu dahsyat sehingga tidak tercapai oleh akal pemimpin naïf sepertinya.
PAS dan angan-angan   politik Pakatan haram menyebabkan  Hadi sanggup menipu apa saja sambil menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan hadith untuk membela Anwar. Akhirnya dalam Muktamar ini, Hadi Awang baru tersedar bahawa akar umbi juga tahu yang beliau telah menipu mereka selama ini. Dan kerana itu, beliau perlu menunjukkan yang beliau juga bersetuju dengan mereka bahawa penzina dan peliwat tidak boleh menjadi Perdana Menteri.
Sokongan terhadap Hadi juga bermakna penentangan terhadap Anwar Ibrahim. Penentangan terhadap Anwar Ibrahim bermakna krisis dalaman kepada PAS iaitu antara golongan Anwarinas dan golongan Ulama yang mana pasti akan diterjemahkan dalam PRU nanti. Selain itu, ia juga membangkitkan kesangsian DAP terhadap keseluruhan kerjasama dengan PAS dalam PRU kali ini. Ini kerana DAP hanya bersatu dengan PAS atas ikatan faktor Anwar Ibrahim. Tanpa Anwar, maka tiadalah tali pengikat kedua-dua parti itu.
Cita-cita Hadi Awang dan PAS yang semakin bersemangat menghancurkan terus pakatan haram menjelang pilihanraya.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger