Home » » Ronnie Liu Dicabar Letak Jawatan Jika Gagal Tangani Isu Kondo Batu Caves

Ronnie Liu Dicabar Letak Jawatan Jika Gagal Tangani Isu Kondo Batu Caves

Written By LAILANATASHA on Thursday, November 22, 2012 | 9:00 AM


 Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah M.Manoharan dari DAP mencabar Anggota Exco kerajaan negeri Selangor Ronnie Liu Thian Kiew  supaya meletak jawatan sekiranya tidak dapat menangani isu projek kondominium 29 tingkat di Batu Caves yang mendapat bantahan keras daripada pelbagai pihak.

Pihak pembangkang terutama DAP cuba mempolitikkan isu yang amat sensitif ini.  Projek pembinaan kondominium itu telah dirancang dibina berhampiran bukit batu kapur, dan akan menjejaskan kawasan dan penduduk di sekitarnya.  Seperti biasa Ronnie si biadap ini telah mencabar PM  supaya menghentikan projek kondo serta merta tanpa menunggu BN ambil alih Selangor dengan alasan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mempunyai kuasa penuh untuk menarik balik lesen projek berkenaan daripada pemaju Dolomite Properties Sdn Bhd.

Tamparan hebat terhadap Ronnie si biadap kerana rakan baiknya berkata  “Adakah Yang Berhormat Pandamaran bersedia meletak jawatan sekiranya projek kondominium ini tidak dapat dibatalkan kerana ia dilihat mengancam agama Hindu dan struktur kuil Batu Caves berumur 100 tahun,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Ronnie Liu (DAP-Pandamaran) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor.

Ini adalah antara alamat yang jelas menunjukkan bahawa berlaku perpecahan dikalangan DAP itu sendiri. Banyak tindak-tanduk Ronnie Liu ala gangster yang telah membuatkan para pemimpin DAP yang lain cuak terhadapnya. Tetapi PAS yang dikeldaikan oleh DAP sentiasa menyokong segala tindak-tanduk sibiadap ini seperti kes rampasan arak, murtad , pusat hiburan dan lain-lain lagi.

Ronnie Liu yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan,Kajian dan Penyelidikan negeri berkata isu letak jawatan tidak timbul sebab kerajaan negeri telah pun mengeluarkan arahan untuk memberhentikan sementara projek pembinaan itu dan satu jawatankuasa bebas ditubuhkan bagi mengkaji kelulusan projek.

Katanya kajian awal pihaknya mendapati pemaju projek kondominium itu tidak mematuhi syarat-syarat tertentu yang ditetapkan dalam kelulusan pembangunan dan kerajaan negeri mempunyai hak memberhenti ataupun membatalkan projek itu tetapi perlu dibuat secara profesional.

Ronnie Liu berkata projek kondominium itu mendapat permit penjualan pengiklanan dan sebanyak 60 peratus daripada sejumlah 400 unit rumah telah dijual. Agaknya berapa keuntungan yang telah dibuat oleh Ronnie.

Projek pembinaan kondominium itu mendapat perhatian apabila Jawatankuasa Kuil Sri Subramaniam Swamy Devasthanam Batu Caves melakukan bantahan terhadap projek berkenaan yang didakwa akan menjejaskan pemandangan dan struktur kuil berkenaan. Justeru kerajaan Selangor mengarahkan pemaju untuk menghentikan pembinaan kondominium itu untuk memberi laluan kepada siasatan dijalankan.


Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger