Perang Maya makin hebat, makin mendapat tempat, makin sengit dengan pelbagai kaedah dan platform yang digunapakai.
Disaat ini, siapa yang menguasai semua medium atau platform maka merekanlah yang akan mengatasi pihak lawan. Pakatan haram memang terkenal dengan strategi kotor perang cyber sejak sebelum PRU12, walhal ketika itu Malaysia masih baru dalam dunia siber dan tak ramai yang membaca menggunakan internet malah penulis maya amat kurang.
Penggunaan Blog, Facebook, Twitter, Friendster dan sebagainya amat ketara ketika ini dan setiap medium atau platform mempunyai pengikut tersendiri malah ianya diberi penambahbaikan setiap masa bersesuaian dengan peningkatan kelajuan teknologi masakini.
Kadar pembaca internet atau maya sudah bertambah, berbillion pembaca malah di Malaysia, pengguna Facebook sendiri melebihi 9 juta orang;
Kalau sebelum PRU12, pakatan haram menguasai perang siber, kini setelah PRU12, jentera maya BN mula menguasai alam siber dan peralihan pembaca mula ketara ke arah mencari kebenaran bukan lagi fitnah dan adu domba.
Pembaca bijak menilai yang mana fakta dan yang mana rekayasa dan fitnah. Keadaan ini menyebabkan pasukan maya pakatan haram mula mengambil langkah drastik, menambah bilangan jentera dan mendapat khidmat tenaga pengajar dari luar Malaysia. Khabarnya pakatan haram mula impot tenaga pengajar dari negara jiran, Singapura yang kononnya lebih advance dan telah diuji di pilihanraya mereka tahun lepas.
Walaupun parti pemerintah menang dan hilang sejumlah kerusi tanpa dijangka namun taktik dan teknik yang mereka uji ternyata berkesan terutama "perang gerila" yang medannya adalah bandar bukan kampung.
Jumlah pembaca internet majoritinya dari bandar kerana kemudahan rangkaian "broadband" atau jalur lebar serta kelajuan akses. Itu semua kriteria penting dalam menentukan berita atau maklumat dapat sampai tepat pada waktu atau "realtime" menjadikan setiap berita lebih dicepat sampai kepada pembaca.
Pembaca maya lebih suka berita terkini kerana mereka boleh akses dimana saja dengan adanya kemudahan telepon mudahalih atau "smart phone" yang mana mereka tidak lagi perlu buka komputer riba atau komputer meja. Akses di mana saja, bila-bila masa.
Pakatan haram dilihat amat terdesak kerana terpaksa minta bantuan kononnya pakar dari Singapura dalam menguruskan jentera maya dan gambar di atas adalah sebahagian latihan jentera maya mereka yang mana kursus sebegini dibuat dari masa ke semasa. Malah mungkin Dap yang cadangkan agar menggunakan dan membayar tenaga pengajar dari Singapura kerana kedengaran angin kencang bertiup bahawa Dap telah membuka pejabatnya di Singapura.
Lim Guan Eng khabarnya telah membuka pejabat Dap di sana supaya mereka senang berurusan "menyerang" kedudukan Kerajaan BN dari sana. Terbaru isu kapal selam yang mana peguam dari Perancis mengadakan taklimat langsung kepada barisan kepimpinan dan juga jentera siber mereka di sana.
Pakatan haram menggunakan strategi menyerang dari luar Malaysia kerana mereka beranggapan undang-undang Malaysia tidak mampu melangkaui sempadan negara lain. Apatah lagi undang-undang maya amat berbeza antara negara.
Persoalan yang timbul, apakah rancangan sebenar pakatan haram kiranya mereka menang PRU13 ?
- Apakah Singapura akan masuk kembali dalam Malaysia ?
- Apakah strategi jumlah kerusi parlimen cina Singapura bakal menjadikan jumlah kerusi Melayu bakal berkurangan akan memberi kelebihan kepada Dap yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri ?
- Lee Kuan Yew pernah berkata, sebelum matanya tertutup rapat, beliau ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Persoalannya kalau Singapura pakar dalam "cyberwar" kenapa parti PAP pimpinan Lee Kuan Yew merudum ? malah lebih teruk, kenapa lantik dan bayar pensyarah dari Malaysia untuk mengajar mereka bagaimana menulis blog ?
Anwar dilihat terdesak dalam usaha menjalinkan hubungan dengan Singapura, ada sumber mengatakan Anwar terpaksa kerana cerita moralnya banyak dalam genggaman pasukan risik Singapura. Adakah wujud unsur ugutan terhadap Anwar yang menyebabkan "team Singapura" bebas memandu jentera PRU13 mereka ?
Post a Comment