Kehangatan isu istana Brunei yang dikhabarkan bakal berkahwin lagi mendapat perhatian meluas, baik warga Brunei itu sendiri mahu pun yang berada di luar Brunei.
Rata-rata dari komen yang diterima menyatakan rasa cinta dan sayang mereka kepada Sultan Brunei sebagai seorang raja yang penyayang dan perihatin kepada rakyat jelata. Terima kasih atas segala komen anda.
Bukanlah menjadi niat penulis menjadikan isu istana Brunei untuk menghina hasrat murni Sultan untuk mendirikan masjid. Jauh lagi untuk menyibuk rumahtangga orang. Penulis sekadar bertanya, benarkah baginda akan berkahwin lagi? Adakah cinta lama berputik kembali?.
Sudah barang tentu sebagai seorang individu yang tersohor di serata dunia seperti Sultan Brunei, krisis yang berlaku di istana sedikit sebanyak pasti menjadi perhatian rakyat. Sedangkan selebriti yang tak berapa terkenal pun kekadang kita sibuk nak tahu perkembangannya, inikan pula baginda. Sebagaimana rakyat Brunei, penulis juga ada mengikuti cerita-cerita tentang istana Brunei, terutamanya tentang kekayaan baginda yang melimpah ruah. Kaya tapi berjiwa penyayang. Memang hebat.

Pun begitu, penulis juga perihatin kepada nasib janda-janda yang kehilangan punca dan nakhoda untuk terus melayari bahtera kehidupan. Penulis hanya tumpang gembira sahaja jika benar janda tersebut bakal menduduki tahta Brunei. Bertuahlah badan!!.
Meminjam sebuah lagu nyanyian Mat Sentul, "Kalau Sudah Suka, Tak Kira Tua Ke Muda, Tua Sama Tua, Yang Muda Samalah Muda, Orang Lain Pilih Dara, Aku Pilih Janda Muda, Ini Bukan Sebarang Janda, Janda Muda Ada Bende".
Tapi kenapa janda? Betul...hak individulah nak berkahwin dengan siapa pun. Tambah-tambah jika orang tersebut berkedudukan dan berharta. Namun bukankah ramai lagi anak dara di luar sana yang boleh menandingi si janda dari segi paras rupa dan layanan. Apatah lagi anak dara Brunei yang tak kurang cantiknya.
Baca seterusnya di sini
+ comments + 1 comments
Kalau baginda memilih janda yg punya anak dan status anaknya itu anak yatim ... pasti niatnya itu mendapat keberkatan Allah .
Post a Comment