Setelah penulis bongkarkan kebencian Nurul Izzah terhadap Polis Pasukan Gerakan Am yang bersungguh-sungguh mempertahankan tanahair yang tercinta ini, semalam berlaku lagi insiden perjuangan berani anggota PGA ini. Pengganas Sulu telah menyerang hendap pasukan keselamatan yang mengakibatkan dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera dalam Ops Daulat di Kampung Tanjung Batu di Tanjung Labian di sini. Rupa-rupanya tawaran gencatan senjata oleh kumpulan pengganas Sulu ternyata hanya helah semata.
Dalam pertempuran bermula pukul 8 malam tadi dan berlarutan sehingga pukul 4 pagi ini, dua anggota terbabit yang berusia 25 tahun cedera di paha dan betis.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib (gambar) berkata, pasukan keselamatan diserang hendap oleh kumpulan pengganas Sulu itu dalam tempoh yang agak panjang semasa operasi di Kampung Tanjung Batu.
Sementara itu KETUA Kampung Simunul, Ramlee Saraman (kanan) menunjukkan beberapa buah rumah yang dipercayai menjadi tempat persembunyian pengganas Sulu dalam tinjauan ke kampung itu, di Semporna, Sabah
Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Simunul akan merobohkan sembilan buah rumah termasuk tiga daripadanya yang menjadi lokasi pengganas Sulu menyerang hendap sehingga meragut nyawa enam anggota keselamatan, minggu lalu.
Post a Comment