Home » » PEMIMPIN PAS HINA PARA ANGGOTA POLIS YANG GUGUR?

PEMIMPIN PAS HINA PARA ANGGOTA POLIS YANG GUGUR?

Written By LAILANATASHA on Monday, March 4, 2013 | 1:28 PM



Saat Malaysia diselubungi tragedi yang tak pernah dijangka, saat negara kita diceroboh dan saat seluruh rakyat Malaysia memberi tumpuan terhadap krisis Lahad Datu diceroboh pengganas dengan penuh debar dan doa, ada pemimpin pakatan haram mula menjalankan jarum halus menimbulkan provokasi melampau dan menghina Anggota Keselamatan yang gugur syahid mempertahankan negara.

Sikap pemimpin dinilai oleh rakyat ketika sesuatu tragedi berlaku, rakyat nak lihat sejauh mana sensitif atau pekanya seseorang pemimpin rakyat cakna bila bencana menimpa makmum di bawahnya.

Ada pemimpin yang ikhlas, bergegas ke tempat kejadian untuk melihat dan menenangkan anggota keluarga yang dirundung malang, ada pemimpin yang terus hulurkan bantuan agar bahang bebanan bencana dapat dikurangkan dan ada pemimpin yang munafik, hanya memilih untuk melawat mangsa bencana mengikut warna bendera parti. Hanya yang menyokong beliau akan mendapat bantuan istimewa, yang tidak menyokong tak perlu harapkan apa-apa. Mereka takkan datang waima bertanya khabar.




Tragedi Lahad Datu pada peringkat awal menerima kejutan yang tak pernah rakyat Malaysia jangka, tak pernah terjadi begitu keras kepala pihak penjenayah sanggup menipu kerana pada awalnya mereka memberi jaminan tiada keganasan bakal dicetuskan.

Siapa menyangka, mereka bukan datang dengan niat untuk berbincang, rupanya datang memang niat untuk membuat huru hara dan isu pokok kononnya nak tuntut hak tanah milik mereka hanya penipuan. Ada agenda yang lebih besar rupanya tersurat dan tersirat yang mana MI bakal dedahkan di siri seterusnya.

Tidak pernah terjadi dalam mana-mana peperangan bila Bendera Putih di angkat, maka mengikut undang-undang perang antarabangsa, pihak tersebut sudah mengaku menyerah diri dan wajib tidak dikhianati. Rupanya Anggota Keselamatan kita tertipu dan akibatnya rakyat Malaysia terkejut bila berita dua orang anggota keselamatan kita gugur syahid terkena tembakan mortar bukannya peluru senapang.

Perasaan marah, sedih dan amat simpati terhadap keluarga syuhada menyelubungi lapangan terbang Subang ketika jenazah syuhada tiba.

Dalam kita berduka walaupun bukannya ahli keluarga kita yang gugur syahid namun MI yakin di hati seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan tetap tersentuh bila anggota keselamatan yang bertugas menyabung nyawa demi Malaysia menjadi negara yang aman terkorban.

Rupanya, warna peribadi pemimpin pakatan haram boleh dilihat jelas Allah tunjukkan melalui peristiwa bersejarah dan berdarah ini.

Di mana ulama politik ?
Di mana pemimpin pakatan haram ?

Cukupkah Tian Chua menyalahkan UMNO sebagai ubat yang mujarab dalam meredakan kesedihan keluarga syuhada yang bukannya dua orang tetapi telah meningkat kepada lapan orang yang gugur mempertahankan negara.

Yang paling mendukacitakan rakyat bila Nik Aziz dan HAdi Awang, kedua ulama politik ini tinggal tidak jauh dari kediaman arwah syuhada, Ins. Zulkifli Mamat. Semasa jenazah syuhada ini tiba, di mana Nik Aziz dan HAdi Awang ?

Embedded image permalink

Benarkah Nik Aziz sibuk menguruskan persiapan kedatangan Balasubramaniam yang bakal bentangkan kisah pembunuhan Altantuya siri terbaru versi terbaru ?

Gambar di bawah ini tidak lama, ini gambar baru setelah kepulangan Bala dan Nik Aziz menerimanya sebagai tetamu kehormat. Persiapan rapi untuk menerima kunjungan rombongan Bala di lihat amat penting untuk disambut ?



Bagaimana pula dengan Hadi Awang ? Di manakah beliau ? Tak perlukah beliau muncul di rumah arwah syuhada untuk zahirkan perasaan simpati sebagai Presiden Parti yang kononnya mengguna pakai label ISLAM ?

Biasa kalau perhatikan Facebook Nik Aziz atau Twitter beliau, kalau ketua cawangan Pas mati pun beliau akan bergegas pergi untuk ziarah arwah si mati.

Malah kalau tak sempat solat jenazah di rumah si mati pun Hadi Awang akan cepat-cepat ke kubur dan tunjukkan bahawa beliau amat simpati dengan kematian ahli pas itu.


Apakah seluruh kepimpinan pakatan haram malu untuk menjilat ludah mereka kerana syuhada adalah Anggota Polis yang mereka sendiri labelkan sebagai BINATANG peliharaan BN ? Nauzubillah, lihat saja video di bawah ini sebagai peringatan bagi yang lupa ;


Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger