Home » » U ULANG I SAMAN U!! DENGAN TUN MAHATHIR & LEE KUAN YEW KECUTTT

U ULANG I SAMAN U!! DENGAN TUN MAHATHIR & LEE KUAN YEW KECUTTT

Written By LAILANATASHA on Thursday, March 21, 2013 | 9:41 PM


anwar liwat1
Anwar Bin Ibrahim memang terkenal sebagai Raja Saman. Istilah you ulang I saman amat cukup sinonim dengan Anwar keparat.  Sikap Anwar yang suka menyaman ini bukan sahaja terhadap kes yang dia rasa dia akan menang sahaja malahan apabila dia rasa macam nak gertak atau ugut orang maka KONONnya nak saman itu bagaikan tak lekang dari mulut manusia keparat ini.
Namun begitu sikap Anwar amat berbeza sekali dalam dua kes yang amat ketara.  Perkataan saman bagaikan terlalu asing bagi Anwar atau sebenarnya dalam kes ini perkataan saman itu terlalu memudaratkan dirinya sehinggalah dia tidak sanggup menyaman dua orang tokoh terkemuka ini. Sepertimana Anwar tidak sanggup bersumpah kerana terlalu takutnya dia dimakan sumpah seperti apa yang telah berlaku terhadap Bala P.I.
Di dalam buku Tun Mahathir terdapat dua chapter yang menceritakan tentang salah laku seks songsang Anwar Bin Ibrahim.  Sekiranya dia tidak menjalani kehidupan seks songsang ini sudah pasti Anwar tidak akan teragak-agak untuk menyaman Tun mahathir atau mengugut menyaman seperti kebiasaannya. Namun apa yang kita boleh lihat adalah sikap diam seribu bahasa terhadap dua chapter didalam buku Tun Mahathir ini.
Dalam kes kedua, Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew turut tahu tentang kegiatan sisi gelap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Lee Kuan Yew sendiri pernah memberitahu agensi Risikan Kebangsaan Australia (ONA) bahawa beliau sendiri mempercayai Anwar sememangnya melakukan  aktiviti liwat itu bersama seorang pembantu lelakinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Pendedahan akhbar Australia itu bersumberkan pendedahan sebuah laman web antarabangsa, WikiLeaks, berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat bertarikh November 2008, iaitu kira-kira lima bulan selepas dakwaan Anwar meliwat bekas pembantu peribadinya itu terbongkar.
Agensi perisikan Singapura mempercayai Anwar terlibat dalam aktiviti homoseksual berasaskan bukti risikan teknikal, yang dilakukan agensi itu, dipercayai melalui kaedah memintas talian komunikasi negara.
Persoalan utamanya mengapa Anwar Bin Ibrahim ini tidak mahu menyaman Tun Mahathir dan Lee Kuan Yew atas tuduhan yang cukup berat ke atasnya? Sebenarnya rakyat yang waras tahu dengan mata hati yang cukup jelas bahawa Anwar sememangnya terlibat didalam aktiviti yang tidak bermoral ini.
Tambahan pula semasa Anwar ditanya oleh bekas Ketua Polis Negara Tun Haniff Omar tentang salah laku seksnya ini dia tidak menafikan kerana sedar bahawa mereka sudah ada bukti.
Tun Haniff pernah menasihatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menghentikan perbuatan homoseksualnya selepas polis menemui bukti Anwar mempunyai hubungan seks luar tabii dengan dua lelaki pada tahun 1993. Haniff yang mengesahkan beliau telah memaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad mengenai kegiatan Anwar itu pada 9 Oktober 1993 berkata, dua tiga hari kemudian Anwar meminta orang perantaraan mengaturkan pertemuan dengannya (Haniff) setelah mendapat berita Dr. Mahathir sudah mengetahui mengenai perlakuan seks sumbang itu.
Haniff pergi ke rumah Anwar selepas sembahyang Subuh. Dalam perjumpaan tersebut, katanya, bekas Timbalan Perdana Menteri tidak menafikan bukti-bukti yang polis ada.
”Anwar hanya nak tahu sama ada pegawai saya akan blackmail dia. Saya bagi tahu yang kita bukan dalam blackmail business. Saya menasihatkan Anwar supaya menghentikan perbuatan (homoseksual) itu.”
Haniff telah memberi taklimat kepada Tun mengenai kegiatan sumbang Anwar, beliau meminta Dr. Mahathir supaya berhati-hati dengan Anwar yang ketika itu adalah Menteri Kewangan kerana kemungkinan Anwar mempunyai hubungan homoseksual dengan dua lelaki yang salah seorang daripadanya adalah warganegara asing.
”Berdasarkan siasatan yang dilakukan beberapa kali oleh para pegawai polis, kami mempunyai bukti kukuh Anwar menjalin hubungan seks luar tabii dengan seorang warganegara asing dan seorang pondan.
”Saya fikir warga asing itu menjadi tali barut Anwar. Oleh itu saya minta siasatan lanjut dibuat dua tiga kali dan selepas itu saya memaklumkan kepada Perdana Menteri,” katanya.
Beliau meminta Dr. Mahathir berjaga-jaga kerana kemungkinan menteri nya (Anwar) terdedah kepada ugutan oleh warganegara asing berkenaan.
Haniff, 59, memegang jawatan tertinggi dalam Polis Diraja Malaysia selama 19 tahun dari 1974 hingga ke tarikh persaraannya pada 15 Januari 1994.
Menurut beliau, maklumat yang dikemukakan kepada Perdana Menteri pada masa itu (1993) disokong oleh bukti yang kukuh dan meyakinkan.
Haniff berkata, faktor yang mendorongnya memaklumkan perlakuan Anwar kepada Dr. Mahathir kerana para pegawainya menemui bukti-bukti yang memerlukan siasatan lanjut.
Ketika ditanya adakah Dr. Mahathir mempercayai maklumat yang diberikannya, Haniff berkata:
”Perdana Menteri tidak cakap banyak dan saya tahu sangat, PM kalau tak cakap banyak, dia tidak percayalah itu. Pasal dia tak percaya, saya tak mahu tekankan lagi.
”Jadi saya minta para pegawai saya meneruskan pemerhatian mereka kalau benda itu jelas nampak berkembang, ia mungkin boleh ditaklimatkan kepada PM.”
Bagaimanapun, Haniff kemudian membiarkan kes tersebut begitu sahaja kerana tanggungjawabnya untuk memaklumkan kepada Perdana Menteri telah selesai. Tambahan pula beliau dalam proses untuk bersara pada bulan Oktober tahun 1993.
Kata Haniff, oleh kerana tempoh persaraannya kian hampir, beliau menyerahkan perkara itu kepada pegawai kanannya untuk meneruskan pemerhatian dan mengawasi kes itu.
Katanya, dua tiga hari selepas pertemuan dengan Dr. Mahathir pada Oktober 1993, beliau didatangi oleh orang perantaraan Anwar yang menyatakan keinginan Anwar untuk berbincang dengannya.
”Saya tanya kepada orang perantaraan itu, sebab apa Anwar hendak jumpa? Mereka berkata, ‘sebab benda sensitif yang Tan Sri telah taklimatkan kepada PM’.
”Pada jangkaan saya Anwar telah dimaklumkan oleh Dr. Mahathir (berhubung perlakuan seks luar tabii,” katanya.
Berikutan itu, satu pertemuan telah diatur di antara Haniff dengan Anwar di kediaman Anwar selepas sembahyang Subuh. Bagaimanapun, Haniff berkata, beliau kurang pasti tarikh pertemuan tersebut.
Katanya, jelas pada pertemuan itu Anwar mengetahui apa yang beliau (Haniff) tahu dan Anwar tidak bertanya bagaimana beliau mendapat tahu dan mengapa ia dilaporkan kepada Perdana Menteri.
Ketika ditanya adakah Anwar menafikan maklumat tersebut, Haniff menjawab, Anwar tidak menafikan dan tidak bertanya lebih lanjut.
Menurutnya, ketika beliau menjadi Ketua Polis Negara, pasukan polis tidak ada anggota untuk mengawasi setiap menteri atau orang kenamaan.
Bagaimanapun, katanya, jika polis mendapat maklumat sampingan atau bertembung dengan sesuatu yang membangkitkan syak wasangka terhadap perbuatan jenayah atau keselamatan negara, perkara itu akan disiasat dengan lebih mendalam.
Haniff berkata, pada peringkat awal beliau berasa lega kerana segala tohmahan dan surat layang telah dinafikan oleh Perdana Menteri dan Ketua Polis Negara sendiri.
Bagaimanapun, setelah enam tahun taklimat kepada Dr. Mahathir tentang perlakuan sumbang Anwar itu berlalu, hari ini ia meletup semula.
Sementara itu, Haniff berkata, hari ini beliau dikunjungi oleh dua pegawai polis dari Bukit Aman untuk mengambil kenyataannya ekoran kenyataan Perdana Menteri semalam yang mengaitkan namanya dalam kes perlakuan sumbang luar tabii Anwar.
Bekas Ketua Polis Negara itu berkata, beliau sedih dengan kes Anwar kerana ia menjejaskan imej negara.
Katanya: ”Sifat semula jadi Anwar yang berkarisma, kebolehan dan rangkaiannya yang cekap menyebabkan masyarakat sukar untuk mempercayai tuduhan ke atasnya.”
Sesungguhnya dengan terdedahnya video aktiviti songsang Anwar ini maka rakyat Malaysia wajib menolaknya di PRU13 yang akan datang.

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger