Home » » AZIZAN TERSUNGKUR SEBELUM BERJUANG DI PRU13

AZIZAN TERSUNGKUR SEBELUM BERJUANG DI PRU13

Written By LAILANATASHA on Thursday, April 4, 2013 | 9:19 PM



Sebagai seorang manusia penulis benar-benar rasa kesian apabila  Menteri Besar Kedah jatuh tersungkur selepas mengadap YDP Agong bagi mendapatkan perkenaan pembubaran DUN Kedah sebentar tadi.
Seperti juga Nik Aziz walaupun hospital sudah menjadi rumah kedua mereka namun Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak, menyatakan kepada media bahawa dia masih lagi mampu memerintah negeri itu dan tidak perlu digantikan dengan orang lain.
Menurut MB Kedah,  Kerajaan Pas Kedah tidak perlu berhutang dengan Kerajaan Pusat untuk membayar gaji kakitangan awam di bawah Kerajaan Negeri itu namun apa yang terjadi di KUIN lain pula ceritanya. Kakitangan KUIn teraniaya dengan teruk di bawah pentadbiran PAS Kedah.
Datuk Mukhriz pernah memintanya mempertimbangkan supaya meletak jawatan sebagai Menteri Besar dan menyerahkannya kepada Datuk Ir. Amiruddin Hamzah memandangkan status kesihatannya yang sering terjejas sejak kebelakangan ini.

Sesungguhnya Azizan tidak mampu mentadbir Kedah. Azizan menyatakan dia tidak berhutang dengan Kerajaan Pusat untuk membayar gaji kakitangan awam negeri Kedah. Namun begitu Azizan telah menyalahgunakan wang yang diberikan oleh Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri sebanyak RM150 juta setahun yang sepatutnya digunakan untuk memperbaiki jalan persekutuan di negeri itu.

Sebahagian besar wang memperbaiki jalan persekutuan telah digunakan untuk membayar gaji para kakitangan awam Kedah. Perkara ini sememangnya diketahui oleh ADUN-ADUN Barisan Nasional tentang bagaimana Kerajaan Pas Kedah itu membuat “rolling” duit peruntukan jalan tersebut. Pengerusi Perhubungan UMNO yang juga ADUN Bakar Bata, Datuk Bahshah Hanipah, pernah mengutarakan persoalan “kehilangan” duit peruntukan dari Kerajaan Pusat itu.

Kerajaan Pas Kedah telah berdolak dalik dalam memberi jawapan dan memberitahu bahawa wang tersebut masih ada. Sehingga sekarang, Kerajaan pimpinan Azizan Razak masih gagal membuktikan bahawa wang tersebut masih ada di dalam akaun Kerajaan Negeri. Apakah ini yang dikatakan “profesional” oleh Azizan?

Nik Aziz yang  sudah berpuluh-puluh tahun mentadbir Kelantan, hanya sebuah masjid saja yang mampu dibinanya. Sedangkan rumah ibadat agama lain dan patung-patung berhala menjadi keutamaaan Kerajaan pimpinan Tok Guru itu.

KONONnya PAS memartabatkan Islam berdasarkan hanyalah dengan menaikkan papan tanda yang memaparkan aurat muslim dan muslimah, serta larangan membuat maksiat di negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Sedangkan maksiat di Kelantan terus bercambah biak dengan banyaknya hatta 300 meter dari office Nik Aziz.

Tambahan pula, statistik yang dikeluarkan oleh Majlis Aids Malaysia baru-baru ini membuktikan Nik Aziz gagal membendung gejala maksiat melalui papan tandanya. Kelantan masih lagi menjuarai carta penghidap HIV di negara ini untuk tiga tahun berturut-turut, hatrik! Justeru itu, bolehkah kita katakan bahawa Nik Aziz melakukan sesuatu yang memartabatkan Islam di Kelantan berbanding Kedah? Jawapannya sudah tentu tidak. Namun bagi penulis perkara utama adalah Nik Aziz dan Azizan ini sudah melepasi umur “dinasour” untuk memerintah dengan keadaan kesihatan yang benar-benar tidak mengizinkan. Tak mampu buat cara tak mampu. Kami naik menyampah lihat orang tua tak sedar diri masih bernafsu kuat politiknya

Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
April 4, 2013 at 10:43 PM

Tu tanda alamat nak tersungkur lah PAS Kedah kali nih.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger