Home » » Husam Lari Dari janji

Husam Lari Dari janji

Written By LAILANATASHA on Saturday, April 13, 2013 | 10:00 AM



Mesti ramai yang rasa Dato’ Husam sebagai hero PAS sebab berani ke Putrajaya. Ini adalah kerana beliau sudah mengesahkan akan bertanding di Putrajaya. Perkara ini dianggap sebagai satu simbol keberanian PAS kerana mencabar BN di pusat pemerintahan negara.
Tetapi, jangan kita lupa bahawa setiap calon veteran yang bertanding akan dinilai melalui 'track record'. Setiap perkara yang dilakukan calon akan dinilai di saat menjelang kepada pilihan raya.

Ianya umpama semakan report card rakyat kepada mereka yang bertanding. Jadi, cuba semak semula apa kejayaan dan khidmat yang telah dicurahkan beliau di Kelantan.

Nampaknya, beliau sama sahaja dengan kepimpinan pakatan pembangkang yang lain. Sebab janji hanya tinggal janji, janji pembangkang tak mungkin ditepati.  Tindakan yang ingin bertanding di Putrajaya dilihat sebagai melarikan diri setelah gagal tunaikan janji-janji kepada rakyat Kelantan.

Sudah semestinya ini bakal meninggalkan rasa kecewa rakyat Kelantan. Mana tak nya, sudah berjanji, tidak dilaksanakan. Rakyat sudah semestinya mengangkat beliau sebagai pemimpin mereka kerana percaya beliau akan berkhidmat untuk masyarakat.

Tetapi inilah resam pembangkang, menabur janji untuk meraih undi. Bukan berjanji untuk ditepati. Jadi, macam mana pula gayanya jika beliau ke Putrajaya. Jangan mudah percaya kepada janji-janji semudah itu.

Kaji semula adakah ianya relevan untuk dilaksanakan. Ini sebagai langkah awal untuk berjaga-jaga dari kecewa. Apa yang kita nampak, Husam ingin mencuba nasib di Putrajaya dengan strategi baru.

Ekoran sokongan terhadap beliau di Kelantan semakin berkurangan, beliau menaruh harapan kepada rakyat Kelantan yang berhijrah atau menetap di Putrajaya.

Tetapi, apa yang kita pasti, rakyat sudah bijak menilai. Sama-sama kita berfikir sebelum buat keputusan agar tidak kecewa di kemudian hari.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. MALAYSIA KRITIS - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger